BAITULMAQDIS - PALESTIN . Israel mengumum kan untuk meluluskan pembinaan 69 kediaman di penempatan haram Har Homa, Timur Baitulmaqdis sekali gus melanggar usaha rundingan damai, kelmarin.
Pegawai Palestin yang mengumumkan perkara itu, mengutuk tindakan rejim dan Setiausaha Amerika Syarikat, John Kerry yang dilihat cuba melengahkan rundingan damai di Timur Tengah.
"Israel perlu hentikan projek itu sebelum rundingan damai bersambung," katanya dipetik dari PressTV.
Menurut pakar, Har Homa adalah kawasan pertikaian di pinggir selatan Baitulmaqdis dan berkemungkinan pembinaan penempatan haram itu memberi kesan negatif kepada sektor sempadan dengan Tebing Barat.
Sementara itu, Kementerian Perumahan mendakwa, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu secara senyap mengarahkan pembinaan rumah di Tebing Barat dan Timur Baitulmaqdis sejak Mac lalu.

No comments:
Post a Comment