Saturday, 7 May 2016

Israel sasar dua lokasi Hamas di Gaza

BAITULMAQDIS: Pesawat Israel menyasarkan dua lokasi Hamas di selatan Gaza, sebagai tindak balas kepada serangan roket merentasi sempadan, kata tentera, ketika ketegangan sepanjang sempadan wilayah Palestin itu semakin reda.
"Awal hari ini, roket dibedil dari Semenanjung Gaza ke selatan Israel.
"Sebagai reaksi, pesawat menyasarkan dua infrastruktur Hamas di selatan Semenanjung Gaza," kata tentera dalam kenyataan. - AFP
KERETA kebal Israel di sempadan Semenanjung Gaza. - Foto AFP

Pejuang Palestin lancar serangan ke arah Israel

Baitulmaqdis: Pejuang Palestin di Semenanjung Gaza melancarkan serangan meriam terbaru ke arah Israel semalam, pada hari ketiga berturut-turut yang melihat pertempuran antara dua pihak berkenaan.
Tentera Israel berkata dalam satu kenyataan: “Serangan meriam sekali lagi dilepaskan terhadap pihak kami di sempadan Gaza. Tiada kecederaan dilaporkan.”
Jurucakap tentera berkata, Israel tidak membalas serangan itu.
Kelmarin, kereta kebal Israel melepaskan tembakan yang membunuh seorang wanita Palestin di rumahnya dalam pertempuran paling teruk antara tentera dengan Hamas sejak perang 2014.
Zeina Al-Amour, 54, maut dalam serangan lewat Khamis itu di Khan Yunis. Seorang pemuda berusia 21 tahun juga cedera dalam kejadian itu.
Sejak pertempuran tercetus pada Rabu, Hamas dan kumpulan pejuang lain melepaskan sekurang-kurangnya 10 tembakan meriam ke arah Israel yang dibalas dengan tiga serangan udara ke Gaza.
Kereta kebal Israel di sempadan juga melepaskan tembakan secara berterusan terhadap apa didakwanya sasaran Hamas.
Pertempuran beberapa hari lalu itu dibimbangi mengancam gencatan senjata antara Israel serta Hamas yang berkuat kuasa sejak perang 50 hari pada 2014 mengakibatkan lebih 2,251 orang Palestin dan 73 Israel terkorban.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mei 2016 @ 5:04 AM


AHLI keluarga Zeina meratap kematiannya.

Serangan udara Israel sasar 4 kawasan di Gaza

Gaza City (Palestin): Serangan udara Israel yang menyasarkan empat kawasan di Gaza mencederakan empat orang termasuk tiga kanak-kanak, ketika keganasan semakin memuncak di sempadan, kata sumber perubatan dan keselamatan semalam.
Ia serangan terbesar dalam beberapa bulan ini, sekali gus menimbulkan kebimbangan menggugat gencatan senjata antara Israel dan pemimpin Hamas yang dipersetujui sejak perang berakhir pada musim panas 2014.
Menurut tentera Israel, sasaran utama serangan itu terowong penyusupan di bawah sempadan.
“Sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas tentera Israel, pesawat tentera udara kami menyasarkan empat kawasan infrastruktur Hamas di utara Semenanjung Gaza,” kata tentera Israel dalam satu kenyataan.
Ia tidak menyatakan sebarang kemalangan jiwa, tetapi sumber perubatan di Gaza memberitahu serangan di daerah Al-Zeitoun mencederakan empat sekeluarga terdiri daripada tiga kanak-kanak dan seorang lelaki berusia 65 tahun.
Ketika kejadian, serangan itu terkena garaj milik Hasan Hasaneen yang menegaskan kenderaan terbakar itu tidak digunakan pasukan keselamatan, sebaliknya cuma untuk kerja pembinaan semula.
Menurut tentera Israel, serangan pada tengah malam itu menyasarkan kemudahan yang dikendalikan oleh Hamas. Dua daripada serangan itu menyasarkan pangkalan sayap tentera Pergerakan Jihad Islam Palestin, menyebabkan kerosakan, tetapi tiada kematian.
Sejak dua hari lalu, tentera Israel yang menjalankan operasi di sepanjang pagar yang memagari wilayah itu dengan ketat berkali-kali disasarkan dari dalam Gaza - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mei 2016 @ 9:52 AM


SEORANG lelaki memeriksa kenderaan yang musnah di bengkelnya selepas dibedil serangan udara Israel.

Serangan kejam Zionis


Asap tebal memenuhi ruang udara selepas Israel membedil Rafah di selatan Genting Gaza, kelmarin.
GENTING GAZA - PALESTIN. Pesawat pejuang Israel membedil Genting Gaza selama tiga hari berturut-turut, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap provokasi terbaharu oleh tentera rejim Zionis ke atas penduduk Palestin.
Saksi mendakwa terdapat dua siri serangan udara dilancarkan ke atas Beit Lahia di utara Gaza dan Khuzaa di tenggara Khan Yunis, pagi semalam.
Dalam satu kenyataan, tentera Israel memaklumkan operasi itu kononnya menyasarkan empat kedudukan baharu gerakan Hamas, namun tiada kematian dilaporkan.
Insiden itu berlaku sehari selepas penduduk Khan Yunis, Aytah al-Amur, 54, terkorban apabila rumahnya dibedil kereta kebal rejim Zionis.   
Difahamkan, Tel Aviv telah melancarkan kempen pengeboman baharu terhadap wilayah Gaza sejak Rabu lalu hingga menyebabkan sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam memberi amaran keras untuk bertindak balas terhadap rejim Zionis.
Pada Julai 2014, tentera Israel telah melancarkan Operasi Perlindungan Sempadan selama 50 hari ke atas Gaza dan meragut sekurang-kurangnya 2,200 nyawa. - Press TV

Israel perhebat 
serangan ke atas Gaza


Ahli keluarga Zeina yang maut akibat terkena bedilan kereta kebal

Ahli keluarga Zeina yang maut akibat terkena bedilan kereta kebal tentera Israel tidak dapat menahan kesedihan semasa majlis pengebumian wanita itu di Gaza, kelmarin. REUTERS
GAZA CITY 6 Mei – Israel meneruskan serangannya ke atas Gaza, masuk hari kedua semalam, mengakibatkan seorang wanita Palestin terbunuh apabila kediamannya di selatan Genting Gaza dibedil kereta kebal rejim Zionis.
Kereta kebal Israel yang diletakkan di garisan sempadan mengebom kediaman Zeina Al-Amour, 54, setelah mendakwa premis itu digunakan oleh Hamas sebagai markasnya.
Bedilan kereta kebal Israel itu disusuli dengan serangan mortar pejuang Palestin dari kawasan Khan Younis di selatan Gaza ke arah wilayah Israel.
Berita kematian Zeina disahkan pengurusan Hospital Nasser, manakala seorang lagi penduduk Palestin berusia 21 tahun cedera akibat serangan artileri Israel di kawasan terbabit.
Sebelum iktu, tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza mengakibatkan empat penduduk Palestin cedera, dengan tiga daripada mangsa adalah kanak-kanak.
Serangan tentera Israel itu mencetuskan pertempuran antara pergerakan Hamas dan kumpulan pejuang Palestin yang lain dengan tentera Israel, kelmarin, yang pertama sejak serangan besar-besaran Israel ke atas Gaza pada 2014, selepas Israel mendakwa menemukan sebuah terowong berhampiran wilayahnya.
Tentera Israel mendakwa pihaknya menemukan sebuah terowong baharu, semalam selepas menjumpai struktur sama pada pertengahan 2014.
Dalam perkembangan berkaitan, jet pejuang Israel, hari ini mengebom sebuah kemudahan pergerakan Hamas di selatan Gaza sebagai mebalas serangan mortar yang didakwa dilakukan oleh pergerakan Hamas itu ke wilayah Israel. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-perhebat-8232-serangan-ke-atas-gaza-1.319327#sthash.pK37lJBQ.dpuf