Penduduk melihat kemusnahan rumah mereka yang dibakar penduduk Yahudi di Tebing Barat. Foto: AFP |
Bapa bayi malang berkenaan, Ali Saad Dawabsheh dan seorang lagi anaknya, turut cedera dalam serangan itu.
Menurut pasukan perubatan di hospital Rafidia, badan bayi tersebut melecur hampir 75 peratus lapor Al Jazeera.
Jurucakap Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rdeineh berkata, kerajaan Israel bertanggungjawab sepenuhnya di atas jenayah itu kerana terus menyokong aktiviti penempatan haram dan melindungi penceroboh terbabit.
"Dua buah rumah penduduk Palestin dibakar di pintu masuk kampung dan penyerang turut menconteng dinding dalam bahasa Ibrani yang membawa maksud balas dendam serta hidup Messiah.
Sementara itu, pegawai tentera Israel Leftenan Kolonel Peter Lerner dalam satu kenyataan memberitahu, siasatan menyeluruh sedang dijalankan untuk memburu suspek dan mereka yang bertanggungjawab akan dihukum.