Sunday, 27 July 2014
Israel sambung semula serangan ke atas Gaza
2014/07/27 - 15:17:57 PM
BAITULMAQDIS: Tentera Israel menyatakan ia akan menyambung semula serangan darat, laut dan udara ke atas Gaza selepas Hamas terus menembak roket, sekali gus menamatkan gencatan senjata sebelah pihak selama 12 jam.
“Berikutan tembakan berterusan roket Hamas semasa gencatan senjata itu yang dipersetujui demi kebajikan penduduk awam Gaza, IDF akan menyambung semula aktiviti udara, laut dan darat di Semenanjung Gaza," menurut tentera Israel dalam satu kenyataan.
Operasi ketenteraan selama 20 hari di Gaza sudah membunuh lebih 1,000 rakyat Palestin dan 45 warga Israel. - Agensi
3 rakyat Palestin maut sejurus Israel sambung serangan
2014/07/27 - 16:16:50 PM
BANDARAYA GAZA: Tiga rakyat Palestin terbunuh akibat bedilan apabila tentera Israel menyambung semula serangan ke atas Gaza, menurut anggota perubatan.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata dua lelaki terbunuh berhampiran sempadan di tengah Gaza, manakala lelaki ketiga terbunuh berhampiran Khan Yunis di selatan. - AFP
palestin
these days you hear a lot of well-meaning people say that we need "to humanize Palestinians" to oppose their demonization by Zionist propaganda--it is actually the other way around--it is the heroic, graceful, defiant, life-affirming endurance of Palestinians that restores OUR humanity as we witness their unsurpassed grace under an ungodly occupation and siege, attempt at annihilation, and repeated slaughter--they teach life, Sir!
Bayi ‘ajaib’
PASUKAN penyelamat mengeluarkan mayat anggota keluarga al-Najar yang maut bersama 15 saudaranya selepas rumah dimusnahkan dalam serangan udara tentera Israel. |
Baitulmaqdis: Kelahiran pramatang seorang kanak-kanak perempuan daripada ibunya yang maut dalam serangan udara Israel dianggap satu keajaiban.
Ibu bayi berkenaan yang berusia 23 tahun maut dalam serangan udara terhadap rumahnya di bandar Deir al-Balah, namun ajaibnya bayi dikandung berjaya diselamatkan melalui pembedahan.
Dr Fadi Al-Khrote yang mengetuai pasukan pembedahan berkata, bayi terbabit ‘ajaib’ kerana ibunya diisytiharkan mati secara klinikal selama 10 minit sebelum pembedahan diselesaikan. Lazimnya, bayi dijangka tidak mampu hidup lebih daripada lima minit selepas ibunya meninggal dunia.
Sementara itu, Israel dan Hamas akhirnya bersetuju melakukan gencatan senjata sementara selama 12 jam bermula jam 8 pagi waktu tempatan semalam pada hari ke-19 keganasan di Gaza, namun usaha mencari kedamaian jangka panjang antara dua pihak bertelagah itu masih gagal mencapai kata sepakat.
Sementara itu, Israel dan Hamas akhirnya bersetuju melakukan gencatan senjata sementara selama 12 jam bermula jam 8 pagi waktu tempatan semalam pada hari ke-19 keganasan di Gaza, namun usaha mencari kedamaian jangka panjang antara dua pihak bertelagah itu masih gagal mencapai kata sepakat.
Namun, malangnya dalam beberapa jam menjelang tempoh gencatan dipersetujui itu, keganasan tetap berterusan apabila serangan udara Israel mengakibatkan 23 terbunuh termasuk 16 sekeluarga, empat kanak-kanak dan seorang anggota paramedik.
Menurut Hamas dan kumpulan pejuang lain di Gaza mereka mencapai persetujuan mengadakan gencatan manakala Israel turut mengesahkan mereka bersetuju memberi ‘ruang kemanusiaan di Semenanjung Gaza’. Kenyataan dikeluarkan kementerian dalam negeri di bawah Hamas di Gaza juga memberi amaran supaya orang ramai tidak menghampiri bangunan yang musnah atau pangkalan tentera bagi mengelak terdedah kepada bahan letupan.
Bagaimanapun, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) John Kerry yang berada di Kaherah bersama Setiausaha Agung Ban Ki-moon dilaporkan berkata usaha menghentikan pertempuran sengit Hamas dan Israel masih menemui jalan buntu berikutan kedua-dua pihak masih perlu membincangkan beberapa isu, namun mendakwa rangka asas proses damai sudah dimulakan.
Tetapi sebaliknya stesen televisyen Channel 1 Israel melaporkan Jumaat lalu, Kabinet Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menolak cadangan-cadangan dikemukakan Kerry.
Sehubungan itu, Kerry tiba di Perancis semalam bagi menghadiri persidangan diadakan Menteri Luar negara itu, Laurent Fabius bersama AS, Britain, Jerman, Itali, Qatar dan Kesatuan Eropah selepas
AS dan Mesir berganding bahu dalam perancangan untuk menghentikan sementara konflik berdarah Israel-Hamas sebelum perbincangan lanjut diadakan.
Konflik bermula 8 Julai lalu apabila tentera rejim Zionis melancarkan serangan udara dari Gaza dan memusnahkan laluan bawah tanah yang digunakan Hamas sehingga meragut hampir 900 nyawa Palestin, kebanyakannya orang awam. Pertempuran turut mengorbankan 37 tentera rejim Zionis, dua orang awam Israel dan seorang pekerja asing Thailand.
Sementara itu, Ban dalam satu kenyataan menggesa supaya “keganasan dihentikan sementara dan tanpa bersyarat di Gaza serta Israel yang boleh meredakan keadaan sepanjang tempoh Aidilfitri yang diharap mampu membawa kepada pelan gencatan senjata jangka panjang”.
Kenyataan itu merujuk kepada harapan menjamin gencatan senjata selama seminggu bagi membolehkan diikuti rundingan diadakan bagi terus menghentikan persengketaan. - AFP
Sarung tangan Save Gaza: Azizulhasni diberi amaran
WARTAWAN SINAR HARIAN
26 Julai 2014
- Tertera perkataan 'Save Gaza' di sarung tangan Azizulhasni semasa menyertai acara sprint di Glasgow, semalam.
Semalam ketika menyertai perlumbaan sprint lelaki, Azizul menyarung sarung tangan bertulis ‘Save’ dan ‘Gaza’ di tangannya.
Pelumba Terengganu itu sempat menunjukkan isyarat bagi menjelaskan maksud tulisan tersebut di hadapan kamera.
Ia dirakamkan selepas perlumbaan yang membawanya ke pusingan suku akhir.
Sementara itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memuji sikap berani yang ditunjukkan Azizulhasni.
Presidennya, Amidi Abd Manan berkata, Azizulhasni jelas merupakan wira umat dan sekaligus wira kemanusiaan.
“Beliau mewakili generasi muda Malaysia tanpa mengira latar agama dan bangsa menyertai umat dunia membantah pemerkosaan kemanusiaan oleh rejim Zionis.
“Seharusnya pihak penganjur Sukan Komanwel berbangga dengan tindakan Azizulhasni ini yang menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin,” katanya.
Katanya, Gaza bukanlah konflik politik biasa tetapi pencabulan hak kemanusiaan yang amat buruk.
“Tiada rekod seburuk Israel dalam perihal Hak Asasi Manusia yang membunuh tanpa belas dan merampas tanah rakyat Palestin.
“Sukan adalah medium membina perpaduan dan kemanusiaan. Justeru tindakan Azizulhasni adalah demi memartabatkan kemanusiaan,” katanya.
Amidi berkata, penghargaan dan penghormatan perlu diberikan terhadap Azizulhasni yang mempertaruhkan masa depan kerjayanya dan juga mungkin keselamatan dirinya demi menyelamatkan Gaza dan kemanusiaan.
Gaza: Israel lanjut gencatan senjata selama 24 jam
2014/07/27
BANDARAYA GAZA: Israel menyatakan ia melanjutkan gencatan senjata di Gaza untuk tempoh 24 jam lagi hari ini tetapi Hamas menyatakan ia tidak akan berbuat demikian apabila menyambung tembakan roket selepas gencatan senjata kemanusiaan terdahulu selama 12 jam tamat.
Menurut seorang pegawai kerajaan Israel, Kabinet Israel "meluluskan permintaan PBB berhubung gencatan senjata kemanusiaan berlangsung sehingga tengah malam (2100 GMT) Ahad."
Hamas menegaskan dalam satu kenyataan bahawa "tiada gencatan senjata kemanusiaan tanpa kereta kebal Israel berundur dari Semenanjung Gaza dan penduduk boleh kembali ke rumah mereka dan ambulans membawa jenazah bebas bergerak di Gaza".
Keputusan Israel meneruskan gencatan senjata itu bermakna ia menghentikan serangan ke atas Gaza sejak 8 Julai lalu yang sudah membunuh lebih 1,000 rakyat Palestin.
Pada masa sama 42 askar Israel maut dalam pertempuran di Gaza. - Agensi
Pejuang Gaza terus bertahan
Seorang penduduk Palestin yang memakai penutup muka menunjukkan isyarat menang kepada tentera Israel ketika menunjuk perasaan di pusat pemeriksaan di Hawara, Nablus, Tebing Barat semalam. - Foto Reuters Bandaraya |
“Rakyat Palestin di Gaza tidak akan menyerah kepada musuh dan tidak akan mengangkat bendera putih,” kata pemimpin kumpulan pejuang Jihad Islam, Ziad Nakhala kepada stesen Radio Palestin.
“Selagi mereka tidak berundur, kami bersedia mengambil apa juga langkah untuk mengusir mereka,” katanya.
Pejuang jihad melancarkan lebih 1,600 roket sejak pertempuran bermula 8 Julai lalu. Bedilan roket berterusan sepanjang malam, termasuk satu yang mengenai kawasan kejiranan di Selatan bandar Israel, Ashdod, namun tiada kecederaan di laporkan.
Pihak Hamas mendakwa meng-gunakan peluru berpandu anti kereta perisai ke atas pasukan Israel.
Israel melancarkan operasi sera-ngan darat lewat Khamis lalu selepas beratus-ratus serangan udara di wilayah yang diperintah Hamas gagal menghentikan serangan roket yang tak henti-henti disasarkan ke bandar-bandar utama Israel.
Satu cadangan gencatan senjata Mesir ditolak oleh Hamas, yang memerintah Gaza sejak 2007 sebaliknya menuntut Israel dan Mesir menarik balik sekatan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata.
Hamas pernah terselamat daripada pertempuran dengan Israel pada masa lalu, termasuk operasi serangan darat selama tiga minggu pada Januari 2009 dan satu lagi serangan udara selama seminggu pada tahun 2012, namun dalam setiap konflik kumpulan pejuang Palestin tetap bertahan. Ia kini mengawal ribuan senjata roket antaranya jarak jauh dan berkuasa tinggi, selain membina satu sistem kubu bawah tanah.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza Ashraf al-Kidra berkata serangan udara sepanjang malam menyebabkan angka korban pada hari ke 12 itu meningkat kepada lebih 337 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam dan kira-kira satu perlima daripada mereka kanakkanak. Seorang askar Israel terbunuh sebaik operasi serangan darat bermula, dipercayai berpunca dari tembakan amaran manakala seorang penduduk awam Israel terbunuh awal minggu ini.
Dalam usaha baru untuk mencapai gencatan senjata, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon dijangka berlepas ke Asia Barat Sabtu ini untuk membantu menjadi pengantara kepada konflik Gaza. Gencatan senjata “amat diperlukan” bagi memastikan usaha bantuan kemanusiaan berjaya, kata setiausaha agung bagi hal ehwal politik, Jeffrey Feltman kepada mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan pada Jumaat lalu. AP
Angka kematian penduduk Gaza kini hampir cecah 1,000 orang
GAZA - Angka korban akibat serangan ganas Israel di Gaza meningkat kepada lebih 1,000 orang selepas pasukan penyelamat mengeluarkan lebih banyak mayat daripada sisa runtuhan bangunan di seluruh wilayah berkenaan semalam.
Gencatan senjata selama 12 jam yang bermula semalam membolehkan pasukan penyelamat mencari mayat mangsa yang tertimbus di dalam sisa runtuhan bangunan yang menjadi bedilan tentera Yahudi sejak beberapa minggu lalu.
Seorang jurucakap pasukan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, pihaknya menjumpai lebih 100 mayat yang tertimbus dalam sisa runtuhan menjadikan jumlah mangsa yang terkorban meningkat kepada lebih 1,000 orang.
Katanya, mayat-mayat itu dijumpai tiga jam selepas gencatan senjata kemanusiaan berkuat kuasa pada pukul 8 pagi waktu Gaza.
Menurutnya, sebanyak 13 mayat dijumpai di Shejaiya di barat Gaza, 13 lagi di Deir al-Balah dan Nusseirat serta sembilan di utara. - AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0727&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz38cXPfGJV
Hakcipta terpelihara
Penduduk New York sertai protes bantah kekejaman Zionis Israel
NEW YORK - Beribu-ribu penunjuk perasaan membanjiri jalan raya di bandar ini kelmarin sebagai bantahan terhadap serangan Israel ke atas Gaza.
Penunjuk perasaan yang membawa bendera Palestin dan poster mengutuk kekejaman Israel serta menuntut serangan yang membunuh lebih 1,000 penduduk di Gaza dihentikan.
Polis berkata, pihaknya terpaksa mengawal lalu lintas selepas hampir 3,000 penunjuk perasaan berarak di jalan raya yang sibuk di Times Square.
Kumpulan tersebut juga mendesak supaya kerajaan Amerika Syarikat (AS) menghentikan bantuan terhadap Israel.
"Kami mahu kepungan terhadap Gaza dan pembunuhan rakyat Palestin dihentikan segera.
"Kami mahu mereka (rakyat Palestin) hidup seperti manusia yang lain," kata seorang lelaki Palestin yang kini menetap di AS, Ramsey Jamal.
Jamal juga mendukung anak lelakinya berusia lapan tahun di bahu yang memegang sepanduk bertulis: "Israel saya masih kanak-kanak. Tolong jangan bunuh saya."
Israel memulakan serangan ganas di Gaza pada awal bulan lalu dengan alasan mahu menghentikan serangan roket pejuang Hamas.
Jumlah kematian di Gaza akibat serangan tersebut kini meningkat kepada lebih 1,000 orang yang kebanyakannya orang awam.
Seramai 37 askar Yahudi dan tiga rakyat Israel terkorban dalam konflik berkenaan. - Reuters
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0727&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz38cXHmPYJ
Hakcipta terpelihara
Gencatan senjata selama 12 jam
|
GAZA - Gencatan senjata kemanusiaan selama 12 jam bermula semalam selepas Israel dan pergerakan Hamas bersetuju dengan permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menghentikan serangan sekali gus membolehkan rundingan bagi gencatan senjata jangka panjang dimulakan.
Pegawai kesihatan Gaza berkata, seramai 18 orang dalam satu keluarga terkorban terkena bedilan kereta kebal Israel di selatan Gaza tidak lama sebelum gencatan senjata berkuasa kuasa pada pukul 8 pagi waktu Gaza.
Tentera Israel berkata, pihaknya akan menghentikan serangan selama 12 jam tetapi akan meneruskan usaha mencari dan memusnahkan terowong yang digunakan oleh pejuang Hamas.
Seorang jurucakap Hamas berkata, semua kumpulan pejuang juga akan patuh dengan gencatan senjata berkenaan.
Beratus-ratus penduduk Gaza keluar membanjiri jalan raya untuk mencari barangan keperluan beberapa minit selepas gencatan senjata dikuatkuasakan.
Beberapa penduduk kembali ke rumah masing-masing bagi melihat kerosakan kediaman mereka akibat serangan tentera Yahudi dan sebilangan lagi penduduk berbaris mengeluarkan wang di bank untuk membeli makanan.
Sebelum gencatan senjata dikuatkuasakan pertempuran tercetus lagi dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry kini berada di Timur Tengah bagi mencari jalan menamatkan konflik selama 19 hari yang sudah meragut lebih 1,000 nyawa penduduk Gaza yang majoriti adalah orang awam termasuk wanita serta kanak-kanak.
Para pegawai di Gaza berkata, lima orang terbunuh dalam beberapa serangan udara tentera Israel pada malam kelmarin dan pejuang Hamas pula melancarkan berpuluh-puluh roket ke selatan serta tengah Israel.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan oleh Israel kerana kebanyakan roket berjaya dipintas oleh sistem pertahanan peluru berpandu Israel.
Seorang pegawai kesihatan Gaza, Ashraf Al-Qidra berkata, seramai 18 ahli daripada sebuah keluarga di kampung Khuzaa di Khan Younis terbunuh selepas kediaman mereka musnah terkena bedilan meriam kereta kebal Israel.
Jurucakap tentera Israel memberitahu, dua lagi askarnya terbunuh ketika bertempur dengan pejuang Hamas di Gaza menjadikan jumlah korban meningkat kepada 37 orang.
Jurucakap itu turut mengumumkan bahawa seorang askarnya yang hilang dalam satu serangan hendap di Gaza enam hari lalu telah terbunuh walaupun mayatnya tidak dijumpai.
Pejuang Hamas sebelum ini mendakwa berjaya menangkap askar berkenaan tetapi tidak memaparkan gambar lelaki tersebut. - Reuters
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0727&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz38cX8ltvg
Hakcipta terpelihara
Persahabatan baru di sebalik perang
Gaza: Penduduk Gaza Mahmud Khalaf merasakan pengalaman baru yang pelik apabila buat kali pertama dalam hidupnya menunaikan solat di dalam gereja Kristian dengan patung Jesus ‘memandangnya’.
Sejak perang tercetus, dia tidak mempunyai pilihan melainkan bersolat di dalam gereja yang menjadi tempat berlindung apabila rejim Zionis mengebom kawasan kediamannya di utara Palestin.
“Mereka membenarkan kami solat dan ini memang mengubah pandangan kami terhadap orang Kristian. Malah, mereka kini seakan menjadi keluarga kami.
“Kami semua menunaikan solat, di sini, semalam. Memang kini perasaan sayang semakin kuat antara kami dengan penganut Kristian di sini,” katanya.
Mahmud, 27, tidak menyangka dia dapat mengerjakan solat di dalam gereja setiap hari dan ini secara tidak langsung menguatkan keakraban antara penganut dua agama itu.
Kini, pengunjung ke Gereja Saint Porphyrius di Gaza City itu disambut ‘marhaban’ golongan Kristian dan salam oleh mereka yang beragama Islam yang rata-rata mendapatkan perlindungan di situ sejak dua minggu lalu selepas kehilangan tempat tinggal.
Rakannya Khalaf yang meninggalkan rumahnya di Shaaf apabila diserang pesawat Israel juga lega mendapat perlindungan rakan Kristiannya.
“Mereka banyak membantu dan kami sangat berterima kasih serta bersyukur kerana mereka begitu kuat menyokong kami.
“Paderi dan pekerja gereja menghormati kami sepanjang Ramadan.
Namun, tidak bermakna mereka berpuasa seperti kami, cuma tidak makan di hadapan kami pada waktu siang, malah tidak merokok atau minum,” katanya.- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/27
Pindah 300 pekerja Thailand ke zon selamat
Gaza: Sekurang-kurang 300 pekerja Thailand akan dipindahkan jauh dari Gaza sementara siasatan dakwaan pekerja warga Thailand dipaksa bekerja di lokasi berbahaya dan berisiko terkena serangan udara berikutan kematian seorang pekerja dari wilayah Nan.
Setiausaha tetap buruh Jirasak Sukontachart berkata, 300 hingga 4,000 pekerja Thai bekerja di Gaza mahu dipindahkan ke zon selamat.
Permohonan mereka itu selepas kematian Narakorn Kittiyangkul, 36, dalam serangan roket, Rabu lalu di tempat kerjanya di Ashkelon, 75 kilometer di selatan Tel Aviv.
Ketua Jabatan Pekerja kementerian terbabit Sumet Mahosot berkata dia pada mulanya dimaklumkan Narakorn diberi amaran serangan roket bakal dilakukan dan dinasihatkan mencari perlindungan.
Katanya, Narakorn dan empat atau lima rakan juga warga Thai tidak mengendahkan amaran berkenaan.
Jirasak mendakwa menerima aduan majikan memaksa pekerja terus bekerja walaupun diberi amaran serangan. Katanya, dia akan meminta kedutaan Thai di Israel mengesahkan perkara itu.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/27
Bayi ‘ajaib’
Baitulmaqdis: Kelahiran pramatang seorang kanak-kanak perempuan daripada ibunya yang maut dalam serangan udara Israel dianggap satu keajaiban.
Ibu bayi berkenaan yang berusia 23 tahun maut dalam serangan udara terhadap rumahnya di bandar Deir al-Balah, namun ajaibnya bayi dikandung berjaya diselamatkan melalui pembedahan.
Dr Fadi Al-Khrote yang mengetuai pasukan pembedahan berkata, bayi terbabit ‘ajaib’ kerana ibunya diisytiharkan mati secara klinikal selama 10 minit sebelum pembedahan diselesaikan. Lazimnya, bayi dijangka tidak mampu hidup lebih daripada lima minit selepas ibunya meninggal dunia.
Sementara itu, Israel dan Hamas akhirnya bersetuju melakukan gencatan senjata sementara selama 12 jam bermula jam 8 pagi waktu tempatan semalam pada hari ke-19 keganasan di Gaza, namun usaha mencari kedamaian jangka panjang antara dua pihak bertelagah itu masih gagal mencapai kata sepakat.
Sementara itu, Israel dan Hamas akhirnya bersetuju melakukan gencatan senjata sementara selama 12 jam bermula jam 8 pagi waktu tempatan semalam pada hari ke-19 keganasan di Gaza, namun usaha mencari kedamaian jangka panjang antara dua pihak bertelagah itu masih gagal mencapai kata sepakat.
PASUKAN penyelamat mengeluarkan mayat anggota keluarga al-Najar yang maut bersama 15 saudaranya selepas rumah dimusnahkan dalam serangan udara tentera Israel.
Namun, malangnya dalam beberapa jam menjelang tempoh gencatan dipersetujui itu, keganasan tetap berterusan apabila serangan udara Israel mengakibatkan 23 terbunuh termasuk 16 sekeluarga, empat kanak-kanak dan seorang anggota paramedik.
Menurut Hamas dan kumpulan pejuang lain di Gaza mereka mencapai persetujuan mengadakan gencatan manakala Israel turut mengesahkan mereka bersetuju memberi ‘ruang kemanusiaan di Semenanjung Gaza’. Kenyataan dikeluarkan kementerian dalam negeri di bawah Hamas di Gaza juga memberi amaran supaya orang ramai tidak menghampiri bangunan yang musnah atau pangkalan tentera bagi mengelak terdedah kepada bahan letupan.
Bagaimanapun, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) John Kerry yang berada di Kaherah bersama Setiausaha Agung Ban Ki-moon dilaporkan berkata usaha menghentikan pertempuran sengit Hamas dan Israel masih menemui jalan buntu berikutan kedua-dua pihak masih perlu membincangkan beberapa isu, namun mendakwa rangka asas proses damai sudah dimulakan.
Tetapi sebaliknya stesen televisyen Channel 1 Israel melaporkan Jumaat lalu, Kabinet Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menolak cadangan-cadangan dikemukakan Kerry.
Sehubungan itu, Kerry tiba di Perancis semalam bagi menghadiri persidangan diadakan Menteri Luar negara itu, Laurent Fabius bersama AS, Britain, Jerman, Itali, Qatar dan Kesatuan Eropah selepas
AS dan Mesir berganding bahu dalam perancangan untuk menghentikan sementara konflik berdarah Israel-Hamas sebelum perbincangan lanjut diadakan.
Konflik bermula 8 Julai lalu apabila tentera rejim Zionis melancarkan serangan udara dari Gaza dan memusnahkan laluan bawah tanah yang digunakan Hamas sehingga meragut hampir 900 nyawa Palestin, kebanyakannya orang awam. Pertempuran turut mengorbankan 37 tentera rejim Zionis, dua orang awam Israel dan seorang pekerja asing Thailand.
Sementara itu, Ban dalam satu kenyataan menggesa supaya “keganasan dihentikan sementara dan tanpa bersyarat di Gaza serta Israel yang boleh meredakan keadaan sepanjang tempoh Aidilfitri yang diharap mampu membawa kepada pelan gencatan senjata jangka panjang”.
Kenyataan itu merujuk kepada harapan menjamin gencatan senjata selama seminggu bagi membolehkan diikuti rundingan diadakan bagi terus menghentikan persengketaan. - AFP
Duit raya beli senapang
Oleh Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman
Tinggal sehari lagi untuk kita menyambut Aidilfitri. Saya yakin, di seluruh Malaysia kini berlaku kesesakan di pusat beli-belah dan di lebuh raya.
Golongan ibu pula sibuk membuat kuih-muih serta menghias rumah bagi menyambut kepulangan anak dan cucu masing-masing.
Itu senario biasa di Malaysia, tetapi di Gaza kini saya jangkakan tiada sambutan Aidilfitri kerana ledakan bom dan roket dilepaskan tentera Zionis bagaikan tidak berpenghujung. Sehingga saat ini, seluruh Gaza masih dihujani peluru.
Hanya satu kemungkinan sambutan Aidilfitri berlaku di sini, itupun jika adanya genjatan senjata selama satu hari dipersetujui antara Hamas dan Israel. Jika ada pun, mungkin sambutan Aidilfitri kali ini tidak semeriah tahun lalu.
Hanya satu kemungkinan sambutan Aidilfitri berlaku di sini, itupun jika adanya genjatan senjata selama satu hari dipersetujui antara Hamas dan Israel. Jika ada pun, mungkin sambutan Aidilfitri kali ini tidak semeriah tahun lalu.
KANAK-KANAK Palestin memegang senjata mainan pada satu demonstrasi di sebuah kem pelarian di selatan Lubnan.
Kakitangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang juga rakan baik saya, Abdullah berkata, dalam keadaan begini tidak mungkin ada sambutan Aidilfitri.
“Jika berlaku genjatan senjata pun, rasanya seluruh Semenanjung Gaza tetap dalam keadaan berkabung dan masih bersedia untuk berperang.
“Yang paling sedih kanak-kanak sebab tidak dapat beraya...tapi apakan daya,” kata Abdullah ketika pertemuan dengannya di kawasan Shijaiyyah, kelmarin.
Untuk makluman semua, tahun lalu saya berkesempatan menyambut dua hari besar bagi umat Islam iaitu Aidilfitri dan Aidiladha di Gaza. Jadi, elok rasanya saya kongsikan bagaimana sambutan dan kemeriahannya di sini.
Pada hari pertama bermulanya Ramadan lagi kebanyakan rumah akan dihias dengan lampu kelip-kelip. Seminggu sebelum Aidilfitri, pasar raya dan kedai menjual kuih-muih akan dipenuhi ramai orang yang mahu melakukan persiapan seperti membeli baju raya.
Malah, pada malam Aidilfitri pula, kesesakan luar biasa akan berlaku di jalan di seluruh Gaza. Malah, kedai dan pasar raya juga akan dibuka sehingga lewat pagi untuk memberi peluang kepada orang ramai yang mahu membeli-belah pada saat akhir.
Satu perkara luar biasa yang tidak pernah saya lihat di Malaysia yang menjadi amalan rakyat Gaza iaitu berarak pada malam Aidilfitri.
Mereka akan berkumpul beramai-ramai sebelum berarak mengelilingi perkampungan sambil berselawat dan memanjatkan pujian kepada Allah SWT.
Pada raya pertama pula, mereka akan berkunjung atau menziarahi sanak saudara manakala hari kedua dan ketiga pula, ketua keluarga akan membawa seluruh keluarga besar mereka ke pusat peranginan atau taman tema untuk berhibur.
Sambutan mereka hanya untuk tiga hari pertama, bukan seperti di Malaysia hampir sepanjang bulan ada sambutan.
'Perang' Twitter pemain bola sepak
SEDANG Israel bertubi-tubi melancarkan roket ke Gaza, pemain bola sepak Joey Barton dan Yossi Benayoun juga ‘berperang’ di laman Twitter selepas berselisih pendapat berkenaan konflik di Gaza dan Israel.
Barton cukup terkenal di laman sosial kerana sering membuat komen berkenaan 18 hari serangan Israel ke atas Gaza yang telah mengakibatkan lebih 800 rakyat Palestin terkorban.
“Serangan ke atas sekolah di Beit Hanoun adalah sesuatu yang jelik. #StopKillingChildrenInGaza (Hentikan pembunuhan kanak-kanak di Gaza),” katanya di Twitter, semalam.
“Sekiranya ini perbuatan negara lain, tentu Barat akan masuk campur. Perkara ini tidak boleh berterusan. Kanak-kanak yang tidak bersalah menjadi mangsa. Konflik ini mesti berakhir,” kata Barton.
“Sekiranya ini perbuatan negara lain, tentu Barat akan masuk campur. Perkara ini tidak boleh berterusan. Kanak-kanak yang tidak bersalah menjadi mangsa. Konflik ini mesti berakhir,” kata Barton.
Barton pernah bermain untuk Manchester City dan Newcastle turut berkongsi gambar rakyat Palestin yang ditindas pada pengikutnya di Twitter.
Joey Barton berasal dari Huyton, United Kingdom, kini bermain untuk Queens Park Rangers FC, manakala Yossi Benayoun berasal dari Dimona, Israel, bermain untuk kelab Israel, Maccabi Haifa.
Bagaimanapun, dalam suasana yang tegang itu, Barton berjaya mengakhiri perbualan itu dengan baik.
8 termasuk 4 kanak-kanak maut dibedil bom Israel
GAZA CITY 26 Julai - Sebanyak lapan penduduk Palestin termasuk empat kanak-kanak terbunuh dalam satu serangan udara Israel di bandar Khan Yunis, selatan bandar ini, hari ini.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan Palestin berkata, kira-kira 20 penduduk lain cedera dalam serangan itu beberapa jam sebelum penguatkuasaan gencatan senjata selama 12 jam di Gaza.
Angka korban terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan rakyat Palestin yang maut sejak konflik antara Hamas dengan Israel menjadi 879 orang. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140726/lu_11/8-termasuk-4-kanak-kanak-maut-dibedil-bom-Israel#ixzz38cPMU9tq
© Utusan Melayu (M) Bhd
100 mayat dikeluarkan daripada runtuhan
GAZA CITY 26 Julai - Sekurang-kurangnya 100 mayat penduduk Palestin berjaya dikeluarkan daripada runtuhan bangunan dan kediaman di seluruh Genting Gaza ketika gencatan senjata selama 12 jam dikuatkuasakan, semalam.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, mayat-mayat tersebut telah dibawa ke hospital-hospital di utara, tengah dan selatan Genting Gaza.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 25 mayat yang dijumpai di bahagian utara di Beit Hanun dan Beit Lahiya, dibawa ke Hospital Kamal Adwan, sementara 25 lagi mayat yang ditemukan di Shejaiya dan Zaitun dibawa ke Hospital Shifa di Gaza City.
Sebanyak 13 mayat yang dijumpai di bahagian tengah Gaza iaitu di Bureij, Deir al-Balah dan Nusseirat dibawa ke Hospital al-Aqsa, manakala 13 lagi mayat yang dijumpai di Khan Younis dan Rafah di selatan Gaza, dihantar ke hospital kelolaan Eropah.
Bagaimanapun, jumlah angka korban dijangka meningkat kerana usaha mengeluarkan mayat sedang giat dijalankan. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140727/lu_06/100-mayat-dikeluarkan-daripada-runtuhan#ixzz38cODECV5
© Utusan Melayu (M) Bhd
Gencatan senjata 12 jam dikuatkuasakan
GAZA CITY 26 Julai - Gencatan senjata selama 12 jam berkuatkuasa hari ini selepas Israel dan pergerakan Hamas di Genting Gaza bersetuju dengan permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mahu pertempuran dihentikan seketika dalam usaha memastikan gencatan senjata jangka panjang dapat dijalankan.
Ratusan penduduk Palestin memenuhi jalan-jalan utama sejurus gencatan senjata dikuatkuasakan dengan ada di antaranya kembali ke rumah masing-masing bagi memeriksa kesan kemusnahan akibat serangan tentera Israel dan selebihnya mengeluarkan duit bagi membeli makanan untuk disimpan.
Jumlah korban penduduk di Gaza semasa hari ke-20 konflik antara Israel dan Hamas juga meningkat kepada sekurang-kurangnya 1,000 orang, sebelum gencatan senjata rapuh selama 12 jam itu dikuatkuasakan.
Gencatan senjata itu bermula pada pukul 8 pagi waktu tempatan
(1 petang waktu Malaysia).
Israel bagaimanapun enggan melanjutkan gencatan berkenaan.
Beberapa jam sebelum itu, satu serangan udara tentera Israel di selatan Gaza, membunuh sebanyak 20 orang penduduk Palestin termasuk 11 kanak-kanak, dengan kebanyakan mangsa berasal dari sebuah keluarga besar.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, serangan di selatan Khan Younis itu mengenai rumah keluarga keturunan Najjar, membunuh sekurang-kurangnya 14 ahli keluarga tersebut.
Dua lagi yang maut adalah ahli keluarga Abu Shahla, manakala dua daripada empat mayat masih belum dikenal pasti.
Ashraf berkata, kematian itu turut melibatkan 11 kanak-kanak antaranya yang berusia setahun dan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun.
Jumlah itu bagaimanapun dijangka terus meningkat ketika usaha-usaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap di balik runtuhan beberapa buah rumah di daerah yang terkena serangan tentera Israel iaitu di Beit Hanun di utara, Shejaiya dan Zaitun di timur dan Khan Younis di selatan Gaza masih giat dijalankan.
Tentera Israel dalam pada itu mengumumkan kematian dua lagi anggota tenteranya di Gaza.
Dalam perkembangan berasingan di Tebing Barat, tentera Israel menembak mati dua remaja Palestin yang meneruskan bantahan mereka ke atas kempen ketenteraan Israel di Gaza.
Menurut pihak keselamatan Palestin, mangsa yang terkorban adalah Nasri Mahmud Paqatqa, 16, dan lima yang lain cedera dalam satu pertempuran di kampung Beith Fajar, selatan Baitulaham, manakala seorang lagi, remaja Bassem Abu Rub, 18, terkorban dalam protes di pusat pemeriksaan tentera Jalama di utara Tebing Barat. - AFP/REUTERS
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140727/lu_05/Gencatan-senjata-12-jam-dikuatkuasakan#ixzz38cNz7nGQ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sengsara menjelang Aidilfitri
GAZA CITY 26 Julai - Ketika umat Islam di seluruh dunia sedang sibuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada Isnin ini, kira-kira 1.8 juta penduduk Palestin di Genting Gaza pula terus hidup dalam ketakutan akibat serangan besar-besaran Israel.
Bedilan bom sama ada dari udara dan kereta kebal tentera Zionis seolah-olah tidak jemu menjadikan mereka sebagai sasaran, membuatkan mereka tidak mempunyai pilihan selain melarikan diri atau bersembunyi di dalam rumah masing-masing.
Masjid, sekolah dan hospital yang sepatutnya tidak menjadi mangsa serangan bom turut menjadi sasaran bedilan tentera Zionis dalam konflik antara pergerakan Hamas dan Israel yang memasuki hari ke-20 sejak tercetus pada 8 Julai lalu.
Seorang penduduk, Fatima, 47, dan cucunya merupakan antara penduduk Gaza yang terpaksa tinggal berhimpit-himpit di sebuah pangsapuri selepas konflik itu bermula.
"Mereka (cucu) mahu keluar daripada rumah, tetapi keadaan tidak selamat," katanya merujuk kepada rutin harian mereka sejak 8 Julai lalu sebagaimana lapor portal The National.
Malah, sejak konflik itu bermula, penduduk Gaza kerap mengalami gangguan bekalan elektrik yang merumitkan lagi urusan harian mereka.
Kebiasaannya, menjelang Aidilfitri, penduduk Gaza akan membeli-belah serta melakukan persiapan raya, namun keadaan yang tidak selamat kini memaksa mereka berlindung dan tidak boleh berbuat apa-apa.
"Tidak ada sambutan Aidilfitri bagi penduduk Gaza tahun ini. Terlalu banyak kematian dan kehilangan buat kami," kata seorang lagi penduduk bernama Ballawi.
Israel menerusi Operasi Perlindungan Sempadan terus menggempur Gaza dari darat dan udara serta menyerang kepentingan awam dengan mendakwa Hamas menyembunyikan senjata mereka di situ.
Konflik itu setakat ini telah membunuh lebih 1,000 penduduk Gaza dengan kebanyakan jumlah yang terkorban merupakan orang awam.
Kira-kira 46 buah sekolah, 56 buah masjid dan tujuh hospital turut tidak terkecuali menjadi bedilan tentera Israel.
Konflik selama 20 hari itu juga mengakibatkan 5,860 penduduk Gaza cedera dibedil kira-kira 5,300 serangan bertali arus tentera Zionis yang masih gagal dihentikan oleh mana-mana kuasa besar mahupun Mesir yang sebelum ini berjaya menjadi orang tengah kepada gencatan senjata antara Hamas dan Israel.
Lebih 100,000 penduduk Gaza terpaksa meninggalkan rumah masing-masing selepas serangan tentera Zionis setakat ini telah memusnahkan kira-kira 4,329 buah rumah penduduk.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140727/lu_04/Sengsara-menjelang-Aidilfitri#ixzz38cNjcTel
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)