Sunday, 27 July 2014

Penduduk New York sertai protes bantah kekejaman Zionis Israel



SEBAHAGIAN kumpulan penunjuk perasaan yang berkumpul di Times Square, New York bagi membantah serangan Israel di Gaza.


NEW YORK - Beribu-ribu penunjuk perasaan membanjiri jalan raya di bandar ini kelmarin sebagai bantahan terhadap serangan Israel ke atas Gaza.
Penunjuk perasaan yang membawa bendera Palestin dan poster mengutuk kekejaman Israel serta menuntut serangan yang membunuh lebih 1,000 penduduk di Gaza dihentikan.
Polis berkata, pihaknya terpaksa mengawal lalu lintas selepas hampir 3,000 penunjuk perasaan berarak di jalan raya yang sibuk di Times Square.
Kumpulan tersebut juga mendesak supaya kerajaan Amerika Syarikat (AS) menghentikan bantuan terhadap Israel.
"Kami mahu kepungan terhadap Gaza dan pembunuhan rakyat Palestin dihentikan segera.
"Kami mahu mereka (rakyat Palestin) hidup seperti manusia yang lain," kata seorang lelaki Palestin yang kini menetap di AS, Ramsey Jamal.
Jamal juga mendukung anak lelakinya berusia lapan tahun di bahu yang memegang sepanduk bertulis: "Israel saya masih kanak-kanak. Tolong jangan bunuh saya."
Israel memulakan serangan ganas di Gaza pada awal bulan lalu dengan alasan mahu menghentikan serangan roket pejuang Hamas.
Jumlah kematian di Gaza akibat serangan tersebut kini meningkat kepada lebih 1,000 orang yang kebanyakannya orang awam.
Seramai 37 askar Yahudi dan tiga rakyat Israel terkorban dalam konflik berkenaan. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0727&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz38cXHmPYJ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment