Sunday 27 July 2014

Pejuang Gaza terus bertahan

Foto
Seorang penduduk Palestin yang memakai penutup muka menunjukkan isyarat menang kepada tentera Israel ketika menunjuk perasaan di pusat pemeriksaan di Hawara, Nablus, Tebing Barat semalam. - Foto Reuters Bandaraya

Foto

 Gaza: Pejuang Hamas di Gaza terus bertahan di sebalik serangan bertubi-tubi tentera Israel di wilayah itu ketika angka korban meningkat kepada 337 orang.

“Rakyat Palestin di Gaza tidak akan menyerah kepada musuh dan tidak akan mengangkat bendera putih,” kata pemimpin kumpulan pejuang Jihad Islam, Ziad Nakhala kepada stesen Radio Palestin.

“Selagi mereka tidak berundur, kami bersedia mengambil apa juga langkah untuk mengusir mereka,” katanya.

Pejuang jihad melancarkan lebih 1,600 roket sejak pertempuran bermula 8 Julai lalu. Bedilan roket berterusan sepanjang malam, termasuk satu yang mengenai kawasan kejiranan di Selatan bandar Israel, Ashdod, namun tiada kecederaan di laporkan.

Pihak Hamas mendakwa meng-gunakan peluru berpandu anti kereta perisai ke atas pasukan Israel.

Israel melancarkan operasi sera-ngan darat lewat Khamis lalu selepas beratus-ratus serangan udara di wilayah yang diperintah Hamas gagal menghentikan serangan roket yang tak henti-henti disasarkan ke bandar-bandar utama Israel.

Satu cadangan gencatan senjata Mesir ditolak oleh Hamas, yang memerintah Gaza sejak 2007 sebaliknya menuntut Israel dan Mesir menarik balik sekatan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata.
Hamas pernah terselamat daripada pertempuran dengan Israel pada masa lalu, termasuk operasi serangan darat selama tiga minggu pada Januari 2009 dan satu lagi serangan udara selama seminggu pada tahun 2012, namun dalam setiap konflik kumpulan pejuang Palestin tetap bertahan. Ia kini mengawal ribuan senjata roket antaranya jarak jauh dan berkuasa tinggi, selain membina satu sistem kubu bawah tanah.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza Ashraf al-Kidra berkata serangan udara sepanjang malam menyebabkan angka korban pada hari ke 12 itu meningkat kepada lebih 337 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam dan kira-kira satu perlima daripada mereka kanakkanak. Seorang askar Israel terbunuh sebaik operasi serangan darat bermula, dipercayai berpunca dari tembakan amaran manakala seorang penduduk awam Israel terbunuh awal minggu ini.

Dalam usaha baru untuk mencapai gencatan senjata, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon dijangka berlepas ke Asia Barat Sabtu ini untuk membantu menjadi pengantara kepada konflik Gaza. Gencatan senjata “amat diperlukan” bagi memastikan usaha bantuan kemanusiaan berjaya, kata setiausaha agung bagi hal ehwal politik, Jeffrey Feltman kepada mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan pada Jumaat lalu. AP

No comments:

Post a Comment