Sunday, 27 July 2014

Persahabatan baru di sebalik perang


Gaza: Penduduk Gaza Mahmud Khalaf merasakan pengalaman baru yang pelik apabila buat kali pertama dalam hidupnya menunaikan solat di dalam gereja Kristian dengan patung Jesus ‘memandangnya’.

Sejak perang tercetus, dia tidak mempunyai pilihan melainkan bersolat di dalam gereja yang menjadi tempat berlindung apabila rejim Zionis mengebom kawasan kediamannya di utara Palestin.
“Mereka membenarkan kami solat dan ini memang mengubah pandangan kami terhadap orang Kristian. Malah, mereka kini seakan menjadi keluarga kami.

“Kami semua menunaikan solat, di sini, semalam. Memang kini perasaan sayang semakin kuat antara kami dengan penganut Kristian di sini,” katanya.


Mahmud, 27, tidak menyangka dia dapat mengerjakan solat di dalam gereja setiap hari dan ini secara tidak langsung menguatkan keakraban antara penganut dua agama itu.




Kini, pengunjung ke Gereja Saint Porphyrius di Gaza City itu disambut ‘marhaban’ golongan Kristian dan salam oleh mereka yang beragama Islam yang rata-rata mendapatkan perlindungan di situ sejak dua minggu lalu selepas kehilangan tempat tinggal.

Rakannya Khalaf yang meninggalkan rumahnya di Shaaf apabila diserang pesawat Israel juga lega mendapat perlindungan rakan Kristiannya.

“Mereka banyak membantu dan kami sangat berterima kasih serta bersyukur kerana mereka begitu kuat menyokong kami.

“Paderi dan pekerja gereja menghormati kami sepanjang Ramadan.
Namun, tidak bermakna mereka berpuasa seperti kami, cuma tidak makan di hadapan kami pada waktu siang, malah tidak merokok atau minum,” katanya.- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/27

No comments:

Post a Comment