Monday 9 March 2015

Ki-moon bimbang keputusan Palestin


NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menyuarakan kebimbangannya selepas Palestin mengambil keputusan untuk menghentikan semua kerjasama keselamatan dengan Israel.

Palestin mengambil langkah itu kerana mendakwa Israel melanggar perjanjian dua hala selain enggan menyerahkan hasil kutipan cukai.
Ban Ki-moon
Ban Ki-moon
Menurut jurucakap PBB, Stephane Dujarric, Ki-moon menggesa pihak berkuasa Israel dan Palestin menilai semula tindak-tanduk mereka dan kembali ke meja rundingan.

Katanya, Ki-moon turut menyeru agar Israel menyalurkan kembali hasil kutipan cukai kepada pihak berkuasa Palestin.

Israel membekukan pemindahan pendapatan cukai kepada Palestin, selepas ia mengemukakan permohonan untuk menganggotai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Pegawai Israel memaklumkan, kira-kira ASD$127 juta (RM449 juta) yang dikutip bagi pihak Palestin sepanjang Disembar lalu, tidak akan disalurkan  buat sementara.

Akibat tindakan Israel itu, pihak berkuasa Palestin berhadapan masalah untuk membayar gaji pekerja yang berkhidmat di sektor awam. - Reuters

Protes mega anti-Netanyahu


Protes mega anti-Netanyahu
Lebih 40,000 penunjuk perasaan anti-Netanyahu menyertai perhimpunan di Dataran Rabin di Tel Aviv.
TEL AVIV - ISRAEL. Puluhan ribu penduduk Israel membanjiri jalan utama menyertai protes mendesak Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu meletak jawatan menjelang Pilihan Raya Parlimen akan datang.

Media tempatan melaporkan, lebih 40,000 penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Rabin di Tel Aviv sambil melaungkan slogan mengutuk dasar pemimpin itu yang menghasut peperangan selain menuntut perubahan dalam kerajaan.

Menurut Press TV, Bekas Ketua Agensi Risikan Mossad, Meir Dagan turut mengecam Netanyahu ketika beliau berucap di hadapan puluhan ribu penentang kerajaan tersebut.

"Kita mempunyai pemimpin yang hanya berjuang untuk kepentingan politiknya sendiri.

"Netanyahu tidak membawa sebarang pembaharuan atau mewujudkan masa depan lebih baik sepanjang tempoh enam tahun beliau bergelar perdana menteri," tegasnya.

Sementara itu, salah seorang penganjur protes itu memberitahu, perhimpunan mega tersebut diadakan kerana kebanyakan penduduk sudah bosan dengan sikap putar belit Netanyahu yang sengaja mencetuskan ketegangan di rantau terbabit.

Menurutnya, rejim Tel Aviv jelas gagal menangani isu berkaitan ekonomi dan sosial serta situasi keselamatan juga semakin merosot.

Difahamkan, perhimpunan besar-besaran itu diadakan beberapa hari selepas Netanyahu menyampaikan ucapan berbaur provokasi berhubung perjanjian program nuklear Iran di Kongres Amerika Syarikat.

Israel tidak akan serah wilayah Palestin - Netanyahu


Benjamin Netanyahu. - Foto REUTERS
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berkata Israel tidak akan menyerahkan sebarang wilayah berikutan keadaan semasa di Asia Barat, sekali gus menolak kemungkinan penubuhan negara Palestin
Kenyataan Netanyahu itu yang dibuat ketika beliau cuba memenangi sokongan puak tegar menjelang pilihan raya kebangsaan minggu depan, jelas menolak matlamat utama masyarakat antarabangsa dan bakal menjejaskan usaha damai jika beliau dipilih semula.
"Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berkata sebarang wilayah yang dikosongkan akan jatuh ke tangan pelampau dan pertubuhan pengganas yang disokong Iran. Justeru, tidak akan ada penyerahan dan pengunduran. Ia tidak relevan," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan parti Likud.
Pejabat Netanyahu menjelaskan kenyataan itu mencerminkan pendirian beliau selama ini.
Masyarakat antarabangsa sudah lama berusaha untuk penubuhan negara Palestin di atas wilayah yang ditawan Israel pada Peperangan Asia Barat pada 1967.
Pada 1993, Israel dan Palestin memeterai perjanjian sementara yang akan menjurus kepada penamatan konflik Israel-Palestin.
Beberapa pusingan rundingan damai diadakan sejak itu dengan yang terbaharu menemui jalan buntu tahun lalu.
Pegawai Palestin, Saeb Erekat, berkata Netanyahu menggunakan persengketaan serantau sebagai alasan.
"Hari ini Netanyahu menunjukkan wajar sebenar beliau. Sejak 1993, beliau berusaha keras untuk memusnahkan usaha damai dan penyelesaian dua negara," kata Erekat.
Menjelang pilihan raya kebangsaan, puak sederhana dan parti berhaluan kiri menyatakan mereka menyokong usaha menyambung rundingan damai dengan Palestin.
Tiada reaksi segera daripada Amerika Syarikat.

50,000 desak tukar rejim

Tel Aviv: Puluhan ribu penunjuk perasaan berkumpul di sini malam kelmarin bagi membantah kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan mendesak ‘perubahan’, 10 hari menjelang pilihan raya umum.
Protes berkenaan dianjurkan pertubuhan akar umbi Million Hands dan yang berkempen untuk perjanjian damai antara Israel dan Palestin serta penubuhan sebuah negara Palestin.
Polis berkata, lebih 50,000 orang berhimpun di Dataran Yitzhak Rabin - yang dinamakan bagi mengenang bekas perdana menteri yang dibunuh di situ ketika perhimpunan damai pada 1995.
“Ini ialah demonstrasi oleh rakyat Israel yang mahukan perubahan politik dan perjanjian damai antara Israel dan Palestin.
“Kerajaan yang ada gagal menangani masalah sosial, ekonomi dan meningkatkan keselamatan,” kata seorang penganjur Dror Ben Ami.
Perhimpunan itu adalah antara protes anti-Netanyahu terbesar diadakan menjelang pilihan raya 17 Mac dan menggambarkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan berhaluan kanan.
“Kami berharap parti berhaluan kiri akan kembali,” kata Ben Ami.
Parti Likud pimpinan Netanyahu bersaing sengit dengan Kesatuan Zionis dalam kajian pendapat terbaru.
Netanyahu, jika menang kali ini, dijangka tidak akan berusaha untuk berdamai dengan Palestin kerana anggota Kabinet yang ada sekarang menentang pembentukan negara Palestin.
Turut serta dalam tunjuk perasaan semalam ialah bekas ketua agensi perisikan Israel, Meir Dagan, yang mengecam keras dasar Netanyahu.
“Israel mempunyai banyak musuh. Saya tidak gentar dengan mereka. Apa yang saya takut ialah pemimpin Israel sekarang,” katanya.
Ucapannya disambut dengan tepukan dan sorakan: “Bibi berundur!” merujuk gelaran kepada Netanyahu.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2015 @ 5:27 AM


RAKYAT Israel yang hadir pada perhimpunan mendesak perubahan kerajaan di Dataran Yitzhak Rabin, Tel Aviv, kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35587#sthash.Yafyigl9.dpuf

Penduduk desak Netanyahu undur


penduduk Israel mengadakan demonstrasi  di Dataran Rabin di Tel
Penduduk Israel mengadakan demonstrasi di Dataran Rabin di Tel Aviv kelmarian mendesak Benjamin Netanyahu berundur. – AFP
TEL AVIV 8 Mac – Beribu-ribu penduduk Israel mengadakan demonstrasi di Tel Aviv, semalam bagi mendesak Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berundur daripada jawatannya itu selepas pilihan raya umum Israel pada 17 Mac ini.
Media Israel melaporkan kira-kira 30,000 orang menyertai demonstrasi itu, semalam yang diadakan di bawah tema “Israel mahukan perubahan’’.
Mereka turut melaungkan slogan “Bibi, anda gagal, baliklah rumah’’ merujuk kepada nama panggilan Netanyahu.
Bekas ketua agensi risikan Israel, Mossad, Meir Dagan ketika berucap pada demonstrasi itu berkata, Netanyahu merupakan orang yang menimbulkan kerosakan strategik terbesar kepada Israel.
Tinjauan pendapat menunjukkan Netanyahu yang memimpin Parti Likud menghadapi saingan sengit daripada parti Kesatuan Zionis pimpinan Isaac Herzoq yang mempunyai kaitan dengan Parti Buruh.
Netanyahu yang ingin mempertahankan jawatannya buat penggal keempat, dilihat mempunyai sedikit kelebihan kerana mempunyai banyak sekutu untuk membentuk kerajaan perikatan.
Perdana Menteri itu memberi fokus kempennya terhadap isu keselamatan dan program nuklear Iran.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/penduduk-desak-netanyahu-undur-1.67321#sthash.gxx5vgPY.dpuf