Tuesday 23 December 2014

Pendedahan..Kemiskinan Rakyat Israel

Akhabar Yediot Ahronot menyatakan bahwa sekitar 31,6% atau sekitar 2,5 juta penduduk Israel hidup dalam garis kemiskinan, seperti disiarkan dari hasil survei organisasi non-pemerintah Latat. Dalam laporan tahunannya, organisasi non-pemerintah ini menyatakan seperempat dari anak-anak di Israel pergi tidur kelaparan setidaknya beberapa kali dalam sebulan, sedangkan 65% dari anak-anak tidak memiliki akses ke makanan segar di sekolah, seperti disiar surat khabar Jerusalem Post. Jumlah ini menandakan bahwa sepertiga penduduk Israel berada dalam garis kemiskinan, ditengah hamburan wang tentera Yahudi menyerang Jalur Gaza. Selain angka kemiskinan yang terus meningkat, jumlah anak yang berhenti sekolah pada tahun 2013 lalu akibat angka kemiskinan mencapai 27%. (Dostor/Ram) lihat lagi gambar kemiskinan di israel


Gaza umpama bom jangka



Gaza City: Hanya empat bulan selepas konflik berdarah di Gaza, penganalisis menjangkakan perang baru boleh tercetus jika proses pembinaan semula di wilayah berkenaan tidak dipercepatkan, selain konflik berpanjangan dalam kepemimpinan Palestin gagal diselesaikan.



Sejak peperangan 50 hari antara Israel dan Hamas yang mengakibatkan kematian hampir 2,200 penduduk Palestin dan 73 warga Yahudi, tidak banyak yang berubah di Gaza.



Puluhan ribu orang masih tiada tempat tinggal dan kemusnahan dapat dilihat di serata wilayah itu.



Malangnya, pembinaan semula masih tidak dilaksanakan, manakala usaha menghidupkan kembali rundingan damai sejak Ogos lalu berulang kali tertangguh.





Keadaan itu menyebabkan penduduk Gaza semakin diselubungi kekecewaan dan ia membuka kepada risiko tercetusnya semula keganasan baru.



Hujung minggu lalu, sejak perang berakhir pada 26 Ogos lalu, pesawat pejuang Israel membedil selatan Gaza selepas pejuang Hamas menembak roket melepasi sempadannya - kali ketiga ini berlaku dalam tempoh empat bulan lalu.



Walaupun tiada kecederaan dilaporkan di kedua belah pihak, kejadian itu dibimbangi menjejaskan damai.



Cabang tentera Hamas, Ezzedine al-Qassam dilaporkan berkata, jika kehancuran dilakukan Israel di Gaza tidak diperbaiki, “akan ada yang meletup nanti.”



“Jika tuntutan kami tidak diendahkan, tengok sajalah balasannya pada musuh kami, tidak kiralah rakyat mahupun pemimpinnya,” katanya.



Pembinaan semula yang terlalu lembap menjadi isu paling membimbangkan di Gaza.



Sejak lapan tahun kebelakangan ini, Gaza dikenakan sekatan menyeluruh oleh Israel - dan Mesir - sehingga menghalang kemasukan pelbagai bahan keperluan untuk pembinaan.



Penganalisis politik, Avi Issacharoff berkata, keadaan semasa di Gaza tidak ubah seperti sebelum perang tercetus.



“Jika sekatan masih dilaksanakan, sempadan terus ditutup dan pembinaan tetap lembap dalam tempoh enam bulan ini, Hamas akan mengambil tindakan.



“Ia mungkin mencetuskan perang baru,” katanya.



Profesor politik di Universiti al-Azhar, Naji Sharab berkata, memang ada kemungkinan perang tercetus semula.



“Populariti Hamas pasti merudum jika pembangunan tersekat dan isu kewangan tidak diselesaikan. Semakin proses damai terjejas, semakin tinggi kemungkinan perang berlaku,” katanya. - Agensi



Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Disember 2014 @ 5:04 AM

SEORANG wanita Palestin menunggu mendapatkan kebenaran untuk memasuki Mesir di sempadan di Rafah.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/18327#sthash.jTNZL61W.dpuf

Ziad Abu Ein berjuang hingga ke akhir


23 Disember 2014

Ziad Abu Ein
Ziad Abu Ein 



RIBUAN penduduk Palestin meratapi kematian pemimpin kanan Fatah, Ziad Abu Ein yang terbunuh akibat konfrontasi ganas dengan tentera Israel pada 10 Disember lalu.

Insiden itu turut mendapat perhatian masyarakat antarabangsa yang mengutuk sekeraskerasnya tindakan biadab rejim Zionis tersebut. Susulan daripada itu, Palestin berikrar untuk mengambil langkah sewajarnya dengan melakukan siasatan menyeluruh bagi mengheret individu bertanggungjawab ke muka pengadilan.


Jadi tahanan politik pertama

Ziad Abu Ein dilahirkan pada 1959 dan pernah meringkuk di dalam penjara selama lebih satu dekad susulan beberapa siri tangkapan yang dibuat ke atas beliau.

Ketika berusia 18 tahun, beliau menjadi tahanan politik pertama yang diberkas rejim Zionis pada 1977.

Kira-kira dua tahun kemudian, Ziad ditahan di Amerika Syarikat selepas diburu perisikan Israel, Mossad dan Biro Penyiasat Pusat (CIA). Penahahan itu dibuat selepas beliau didakwa terlibat dalam operasi bersenjata yang telah meragut nyawa dan mencederakan puluhan penduduk Israel.

Ziad terpaksa meringkuk selama tiga tahun di penjara Chicago sebelum menjadi tahanan Palestin pertama yang akan dihantar pulang oleh Washington ke Tel Aviv.

Bagaimanapun, keputusan itu mencetuskan bantahan banyak pihak dan beliau turut melancarkan mogok lapar sebagai tanda protes.


Terus jadi buruan Israel 

Ziad akhirnya dijatuhi hukuman penjara seumur hidup sejurus beliau dihantar pulang ke Israel.

Pada 1983, nama beliau disenaraikan di bawah perjanjian pertukaran tahanan, namun Ziad diberkas semula oleh Mossad di Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv ketika pemimpin itu dalam perjalanan untuk dihantar ke Algeria melalui Mesir.

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) turut mengecam tindakan Israel itu, namun mereka gagal meyakinkan bekas Presiden Yitzhak Shamir untuk membebaskan Ziad.

ICRC bertindak mengemukakan rayuan kepada Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, di mana resolusi berhubung pembebasan segera Ziad akhirnya diluluskan walaupun mendapat bantahan AS dan sekutu kuatnya Israel.

Beliau hanya dibebaskan kira-kira dua tahun kemudian pada 1985 seperti yang dipersetujui dalam satu lagi perjanjian pertukaran tahanan walaupun namanya tidak tersenarai pada masa tersebut.

Beberapa bulan kemudian, Ziad sekali lagi ditahan untuk kali ketiga di bawah tahanan untuk kali ketiga di bawah tahanan pentadbiran tanpa dikenakan sebarang dakwaan.


Pegang beberapa jawatan

Sebelum Intifada Pertama tercetus, Ziad kerap muncul dalam wawancara di stesen televisyen Israel bagi membincangkan mengenai kemelut politik di wilayah itu.

Beliau juga terlibat dalam rundingan secara langsung dengan pegawai Israel yang bertujuan mencari jalan penyelesaian strategik berhubung tuntutan Palestin untuk menubuhkan sebuah negara berdaulat.

Ziad juga pernah memegang beberapa jawatan selepas Pihak Berkuasa Palestin (PA) ditubuhkan sejurus Perjanjian Oslo ditandatangani pada 1993.

Pada 2003, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Penjara dan turut menganggotai Majlis Revolusi Fatah.

Ketika Intifada Kedua pada 2002, Ziad ditahan semula dan ditempatkan sekali lagi di bawah tahanan pentadbiran selepas penahanan pemimpin Fatah, Marwan Barghouti yang didakwa bersembunyi di kediamannya di Ramallah.


Dilantik sebagai Menteri kanan Palestin

Hubungan Ziad bersama gerakan Hamas agak dingin kerana beliau pernah beberapa kali menuduh mereka memalsukan maklumat yang diperoleh daripada sumber Israel.

Pada September lalu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas melantik beliau sebagai menteri tanpa portfolio yang mengetuai Jawatankuasa Penempatan dan Anti Penjajahan penduduk Palestin.

Kementerian itu ditubuhkan pada 2004 untuk mendokumentasikan segala aktiviti Israel yang berkaitan dengan projek perluasan penempatan haram dan pembinaan Tembok Pemisah di Tebing Barat.

Ia turut menjadi penggerak kepada Jawatankuasa Rakyat untuk melakukan penentangan dengan cara aman di kawasan tanah milik penduduk Palestin yang dirampas oleh pihak berkuasa rejim Zionis.

Bagaimanapun, mereka sering berdepan tindakan ganas tentera Israel yang melancarkan serangan balas dengan melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah.

Sejak memegang jawatan itu, Ziad sering menyertai kumpulan protes tersebut dan beliau tidak pernah berputus asa untuk berjuang demi menuntut hak penduduk Palestin.


Jadi mangsa kekejaman Israel

Beberapa saksi mendakwa Ziad dipukul pihak berkuasa Israel ketika beliau bersama kumpulan aktivis merancang untuk menanam pokok zaitun di perkampungan Turmusiya di barat Ramallah sebagai simbol penentangan terhadap Tel Aviv.

Laporan autopsi Israel dan Palestin juga memberikan keputusan yang berbeza.

Palestin mendakwa kematian beliau berpunca daripada keganasan tentera rejim Zionis manakala laporan ahli patologi Israel pula mendapati kononnya ia disebabkan oleh serangan jantung.

Pasukan perubatan Israel juga didakwa sengaja melengahlengahkan rawatan ke atas Ziad selepas mangsa rebah akibat pergelutan itu.