Saturday, 12 July 2014

Zionis Akan Gagal, Kami Pasti Menang : Haniyeh


GAZA: Timbalan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh menegaskan bahawa rakyat Palestin tidak akan berganjak dari tanah air sendiri dan akan mempertahankannya sekalipun dengan nyawa dan darah.


"Kami bangga dengan jati diri yang tinggi rakyat Palestin, kami menghormati mereka yang telah syahid dan kami bangga dengan pertahanan kami yang telah berjaya mengelirukan musuh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pencerobohan Israel akan gagal dan rakyat Palestin akan menang tanpa mengira apa yang berlaku sekalipun.

"Untuk musuh, saya ingin berkata, hentikan jenayah perang anda terhadap rakyat kami.

"Kamu Israel telah memulakan ini dan pencerobohan ini perlu dihentikan, kami hanya mempertahankan diri dan tanah kami," kata Haniyeh.

Sejak serangan udara dimulakan Isrel Selasa lalu, seramai 86 rakyat Palestin gugur syahid manakala lebih 550 cedera.

Sebahagian besar yang terkorban adalah orang awam, warga tua, wanita dan kanak-kanak.

Selain itu, serangan agresif itu turut memusnahkan sepenuhnya hampir 200 buah kediaman manakala 6,300 buah lagi separuh musnah.


Pada waktu ini Israel telah bersiap sedia membuat serangan darat dengan menempatkan 40,000 tentera mereka dengan kelengkapan jentera pemusnah berat di sempada Gaza. - HARAKAHDAILY 11/7/2014

kita hanya mampu berdoa.

kita hanya mampu berdoa..tiap kali menerima khabar berita dari sahabat kat sana tu..dan kita terus kelu..kaku..saat mereka terusan dihujani bom juga peluru..lihat betapa kerdilnya kita..Allah! Doalah..kami perlukan doa anda..itu kata sahabat saya..dermalah yang termampu..kami tidak minta anda ke sini bersama senjata..cukuplah senjata doa serta ubatan juga makanan dari kamu, saudaraku...kuatnya mereka..sungguh mereka sangat tabah. teruskan doa anda selagi kita mampu! Allahuakbar! Laknat Allah ke atas kamu wahai Israel! 

AL-FATIHAH

Apa jenayah bayi comel ini??

Apa jenayah bayi comel ini?? :[ Allahu akbar!
Laknat Allah atasmu Israel!!!!!!!!!!!!!!!!

Skrg Israel membedil Hospital pula..
Hasbunallah wani'mal wakil!!!!!!

Perkenankan doa kami Ya Allah!

#prayforgaza #gazaunderattack
Apa jenayah bayi comel ini??  Allahu akbar!
Laknat Allah atasmu Israel!!!!!!!!!!!!!!!!
Skrg Israel membedil Hospital pula..
Hasbunallah wani'mal wakil!!!!!!
Perkenankan doa kami Ya Allah!

Malaysia hantar 50 doktor pakar ke Gaza


12/07/2014 8:19pm

MELAKA - Malaysia akan menghantar dalam masa terdekat seramai 50 doktor pakar bagi ’Misi Bantuan Kemanusiaan ke-4 ke Gaza’.
Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata, langkah itu untuk memberi bantuan perubatan kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa serangan udara tentera Israel di Semenanjung Gaza.
Beliau berkata keputusan itu dinyatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak setelah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu semalam.
"Saya dimaklumkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah di Gaza ratusan mangsa cedera dalam serangan itu dan lebih 100 telah meninggal...setiap lima minit berlaku serangan udara dengan lebih 1,500 bedilan.
"Oleh itu sukarelawan terdiri daripada doktor pakar dalam pelbagai bidang termasuk pakar kanak-kanak, ortopedik, dan sakit puan amat diperlukan bagi merawat mangsa serangan udara yang rata-ratanya adalah kanak-kanak, warga emas dan wanita,” katanya. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0712&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_16.htm#ixzz37Ge8g2hf 
Hakcipta terpelihara 

Solat hajat selamatkan Palestin



PARA jemaah mendoakan keselamatan seluruh rakyat Palestin yang sedang berhadapan serangan tentera Israel di Masjid Negeri , Sabah. - UTUSAN/Azrul Edham Mohd Aminuddin
KUALA LUMPUR 11 Julai - Umat Islam hari ini mengambil peluang selepas solat Jumaat untuk mengerjakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan rakyat Palestin yang berdepan dengan kekejaman rejim Zionis.
Di PUTRAJAYA, kira-kira 5,000 jemaah meluangkan masa menunaikan solat hajat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) memohon agar penindasan tentera Zionis terhadap rakyat Palestin di Gaza ditamatkan segera.
Bacaan Qunut Nazilah dalam solat Jumaat turut diadakan di masjid yang terletak di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu memohon agar kemenangan diberikan ke atas rakyat Palestin menentang kezaliman Israel.
Terlebih dahulu dalam khutbah Jumaat yang bertajuk Menyingkap Rahsia Ramadan, khatib menyeru umat Islam menunaikan bacaan Qunut Nazilah dan solat hajat untuk membantu rakyat wilayah bergolak itu.
Permohonan doa pada hari ke-13 umat Islam berpuasa itu turut dianjurkan bagi memohon kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia termasuk di Syria.
Sementara itu, di KUANTAN, lebih 1,000 umat Islam menunaikan solat hajat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini untuk memohon Allah supaya melindungi rakyat Palestin yang kini berhadapan kekejaman tentera rejim Israel.
Solat hajat yang diadakan selepas solat Jumaat itu diimamkan oleh Imam 1, Mohd. Khalil Mohd. Zari.
Selain Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, masjid-masjid utama yang lain di seluruh negeri ini turut mengadakan solat hajat susulan kekejaman terbaru tentera Zionis di Gaza.
Israel mula melakukan serangan udara ke atas Gaza sejak empat hari lalu mengakibatkan 82 orang terbunuh setakat semalam.
Operasi itu juga merupakan yang terbesar dilakukan Israel ke atas Gaza sejak 2012.
Di SEREMBAN, ribuan umat Islam turut menunaikan solat hajat sebaik sahaja selesai mengerjakan solat Jumaat di Masjid Negeri di sini hari ini bagi mendoakan keselamatan rakyat Palestin yang kini berhadapan kekejaman tentera rejim Zionis.
Solat hajat dan doa itu telah diimamkan oleh Imam Masjid Negeri, Mohd. Nidzar Nor Mohammad.
Terdahulu, sewaktu mengerjakan solat Jumaat, turut diadakan bacaan Qunut Nazilah dengan doa supaya rakyat Palestin, khususnya di bumi Gaza dilindungi oleh Allah SWT daripada perbuatan keji yang dilakukan Israel ke atas mereka.
Turut serta mengerjakan solat Jumaat dan solat hajat itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Bumi Gaza di Palestin kini menerima asakan dan bedilan Israel selepas sehingga semalam sebanyak 700 serangan ke atas 300 sasaran dilakukan mereka dan dilaporkan bilangan yang terkorban termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas sedang meningkat.
Sementara itu demo bantahan terhadap kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin dibuat di pekarangan Masjid Negeri ini selepas solat hajat oleh sekumpulan individu, antaranya mengutuk tindakan yang dilakukan rejim Zionis terhadap umat Islam di Gaza terutama dalam bulan Ramadan ini.
Dalam pada itu di Masjid Abdullah Sijang, Port Dickson umat Islam yang selesai mengerjakan solat Jumaat di situ telah bertindak memijak bendera Israel serta ada yang membakarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140712/dn_03/Solat-hajat-selamatkan-Palestin#ixzz37GcksZRh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kekejaman rejim Zionis wajar dilaknat - Mufti


PENDUDUK Palestin menyembahyangkan jenazah Abdallah Abu Ghazal, 5, di sebuah masjid di Beit Lahiya, utara Gaza, kelmarin. Abdallah adalah antara 22 yang terbunuh dalam serangan udara Israel awal pagi kelmarin. - AFP
KUALA LUMPUR 11 Julai - Kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin benar-benar mengundang kemarahan masyarakat Islam yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim di luar batasan kemanusiaan.
Kehancuran bandar Gaza akibat bedilan serangan udara Israel tidak hanya memusnahkan rumah kediaman, malah mencabut ratusan nyawa tidak berdosa termasuk wanita, warga emas dan kanak-kanak.
Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, rejim Israel langsung tidak mempedulikan peraturan antarabangsa dan mencemar kemuliaan Ramadan kepada umat Islam apabila melakukan serangan tanpa henti.
"Memang di dalam al-Quran pun telah banyak perkara yang Allah SWT melaknat orang Yahudi kerana melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran dan sudah menjadi tabiat mereka tidak mempedulikan pandangan orang lain.
"Apa yang cukup menyedihkan adalah kematian kanak-kanak dan wanita juga tidak menjadi masalah kepada mereka, rejim Israel ini benar-benar tidak berperikemanusiaan dan langsung tidak kisah mengenai darah yang tumpah di atas kezaliman mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, kekejaman rejim Israel itu amat terkutuk justeru beliau menyeru agar umat Islam seluruh dunia mendoakan keselamatan rakyat Palestin.
"Kekejaman terbaharu Israel ini merupakan tindak balas terhadap perpaduan masyarakat Palestin (kerajaan perpaduan Hamas-Fatah), marilah kita sama-sama berdoa agar perpaduan umat Islam Palestin dapat dipertahankan dan kemudiannya memulihkan kekuatan Islam," katanya.
Katanya, kezaliman rejim Israel tiada penghujungnya kerana sejak 1970-an lagi rejim itu sentiasa menyerang Palestin pada bulan Ramadan.
Dalam pada itu, menurut Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut, penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin adalah amat dahsyat dan menyedihkan kerana terus terperangkap dengan kekejaman demi kekejaman rejim Israel.
"Apa yang dilakukan oleh rejim Israel adalah bukan tamadun manusia, mereka sanggup mencabut nyawa kanak-kanak berdosa sehingga ada keluarga yang langsung hilang zuriat keturunan mereka," katanya.
Kata Nooh, walaupun jarak Malaysia dan Palestin agak jauh, beliau menyeru agar rakyat Malaysia terus melakukan solat hajat dan mendoakan keselamatan rakyat Palestin selain menghulurkan derma agar bantuan dapat disalurkan kepada mereka.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140712/dn_04/Kekejaman-rejim-Zionis-wajar-dilaknat---Mufti#ixzz37GcambZS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

16 maut serangan terbaharu Israel di Gaza


GAZA CITY 12 Julai - Sebanyak 16 rakyat Palestin maut dalam serangan udara terbaharu Israel di Genting Gaza awal pagi ini menjadikan angka kematian pada hari kelima keganasan tersebut meningkat kepada 121 orang.
Jurucakap Kementerian Gazam Asraf al-Qudra berkata, serangan terbaharu tersebut menyebabkan tiga orang maut di kawasan perumahan Tufah, Gaza City.
Serangan tersebut dilancarkan sejurus selepas dua orang maut dalam serangan di sebuah badan kebajikan untuk orang kurang upaya di Beit Lahiya di utara Gaza dan tiga orang lagi maut dalam serangan di barat Gaza City. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140712/lu_12/16-maut-serangan-terbaharu-Israel-di-Gaza#ixzz37Gc4XnBP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Doa untuk Gaza

Gambar menunjukkan seorang anak kecil menangis di sebelah bapanya yang sudah syahid, berharap agar bapanya kembali bergerak dan bernafas

Rafah

Gambar menunjukkan keadaan di sempadan Rafah apabila kerajaan Mesir membenarkan warga Mesir dan bukan warga Palestin untuk keluar melalui pintu Rafah.
Yang cedera juga dibenarkan keluar.
Add caption
Add caption
Add caption
Add caption
Add caption
Add caption

Israel guna penculikan warganya halalkan serangan

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
SHAH ALAM - Tentera Israel didakwa sengaja mengeksploitasi penculikan tiga remaja negara itu dari penempatan haram Yahudi di Hebron sebagai alasan untuk menyerang penduduk Palestin di Gaza.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa tindakan keganasan tidak berperikemanusiaan dan pertumpahan darah itu juga dilakukan untuk menjejaskan kestabilan kerajaan perpaduan antara Hamas dan Fatah.

"Dalam percubaan terdesak memusnahkan sebuah negara Palestin, kerajaan Netanyahu juga bersedia mengheret rakyat Israel ke ambang perang secara terang-terangan.

"Tidak ragu lagi apabila dia melakukan tindakan keganasan itu dengan sewenang-wenangnya walaupun mendapat campur tangan daripada Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah untuk menghalangnya," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, kuasa Barat sekali lagi digambarkan berpura-pura dan mendiamkan diri terhadap kekejaman terbaru itu.

"Ia amat memalukan apabila melepaskan tanggungjawab sekali gus mendedahkan sikap 'double standard' mereka terhadap perjuangan demokrasi, kebebasan dan keadilan," katanya.

Sementara itu, media dan pemimpin Barat terus meremehkan isu asas penduduk haram di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

"Israel tidak menghormati Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 242 dalam isu meluaskan wilayah mereka di bumi Palestin.

"Tindakan membunuh ratusan penduduk Israel itu hanyalah satu lagi episod kekejaman dan ketidakadilan mereka terhadap orang awam tidak berdosa," katanya

Mana negara Islam, antarabangsa?

Kanak-kanak ini menjadi korban bedilan roket selepas tembakan itu tersasar ke kediamannya di bandar Gaza, awal pagi semalam. - Foto AFP
Kanak-kanak ini menjadi korban bedilan roket selepas tembakan itu tersasar ke kediamannya di bandar Gaza, awal pagi semalam. - Foto AFP
SEJAK  bumi Palestin dibedil bertali arus setiap minit dalam tempoh 24 jam, ramai bertanya di manakah bantuan dan usaha negara-negara Islam untuk menghentikan kekejaman ini.
Serangan itu bukan kecil. Kabinet Israel sudah pun membuat rancangan untuk membedil lebih 750 kawasan di wilayah Gaza dengan lebih 800 roket sudah dilancarkan sejak Isnin lalu.

Sehingga semalam, media Barat melaporkan angka korban dicatatkan lebih 100 orang dengan ratusan parah namun angka itu bukanlah digit yang boleh dipercayai selagi tiada pengesahan dari pihak berkuasa Palestin. 

Persoalannya, mengapa Israel melancarkan serangan ketika ini?

Pemerhati politik berpendapat, tindakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengisytiharkan serangan mega ini pasti mempunyai alasan kukuh. Adakah disebabkan negara Islam di Timur Tengah, Eropah dan Asia ketika ini sedang lena atau mereka tidak mampu membantu kerana bimbang ancaman diplomatik?

Negara Timur Tengah

Ketika serangan mula memuncak sejak Selasa lalu, bumi Palestin dikepung Zionis dengan ketat. Serangan roket bagaikan hujan jatuh membedil kediaman dan pejabat kerajaan.

Mesir antara negara disebut untuk menjadi orang tengah menyelesaikan konflik ini. Tetapi apa yang boleh Mesir lakukan kerana negaranya sendiri mengalami pergolakan politik sejak penggulingan Presiden Mohammed Mursi.

Mereka berhadapan perang saudara antara tentera, polis dan gerakan Ikhwanul Muslimin.

Presiden Abdel Fattah Al-Sisi hanya mampu memberi janji kosong untuk sedia membantu tetapi beliau sendiri mengarahkan 19 terowong di sempadan Senai dimusnahkan kelmarin bagi mengelakkan penduduk Palestin menjadi pelarian di negaranya.

Untuk meminta bantuan dari Syria, amat tidak munasabah kerana negara itu kini sedang dalam kancah perang saudara yang makin hari makin parah hingga menyebabkan lebih jutaan maut dan menjadi pelarian.
Bantuan dari Iraq juga tidak akan diperoleh kerana negara itu kini sedang bergelut dengan pergolakan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL). Kemunculan kerajaan Islam pimpinan Abu Bakr al-Baghdadi terus memeningkan Perdana Menteri, Nouri al-Maliki.

Selepas mengumumkan pembentukan kerajaan Islam kumpulan terbabit kini digelar militan oleh negara Barat dan kumpulan pejuang oleh beberapa negara Islam.

Ingin minta bantuan Turki? Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan sedang berhadapan dengan masalah kebangkitan rakyat atau Arab Spring untuk menggulingkan pentadbiranya. Krisis antara beliau dan Muhammed Fethullah Gülen juga masih panas. Hanya pilihan  raya nanti bakal menyelesaikan segala masalah itu.

Cuma Lebanon memberikan lampu kuning. Itu pun jika benar roket didakwa dilepaskan dari utara negara itu mendarat ke sempadan Israel, semalam adalah milik negara berkenaan.

Namun, sehingga kini belum ada pengesahan sah ianya milik Lebanon.

Eropah, AS

AS hanya menawarkan diri untuk menjadi orang tengah jika Israel dan Palestin bersetuju mahukan gencatan senjata. Namun sehingga kini beluam ada petanda kedua-duanya mahu mengalah.

Netanyahu  dalam satu kenyataan mengatakan pihaknya tidak sesekali berminat untuk melakukan gencatan senjata sebaliknya gempur berganda akan dilakukan dari setiap penjuru iaitu udara, darat dan laut.

Negara-Negara Eropah hanya mengambil langkah tunggu dan lihat. Mereka mengambil pendekatan lebih subjektif apabila tidak akan campur tangan dalam konflik terbabit dan jauh sekali untuk menawarkan bantuan ketenteraan.

Semalam, Presiden Rusia Vladimir Putin menggesa Netayahu supaya menghentikan serangan namun teguran itu tidak diendahkan.

Kini, negara Eropah seperti Sepanyol, Greece dan Perancis hanya mampu melancarkan kempen boikot produk barangan Israel bertujuan melemahkan ekonomi negara itu.

Difahamkan, Israel menjana ekomoni negaranya melalui kebergantungan pengeksportan produk makanan ke Eropah.

Asia

Indonesia menawarkan bantuan AS$1.5 juta (RM3.1 juta) buat Gaza kerana yakin negara itu amat memerlukan bantuan kewangan. Indonesia tidak boleh mencampuri konflik ini kerana negara itu masih dalam proses pengiraan undi Pilihan Raya Presiden yang berakhir Rabu
lalu. Sudah pasti, semua pemimpin lebih menumpukan peralihan politik dalaman.

Filipina dianggap tidak mampu mencampuri urusan di Gaza kerana negara itu sendiri berhadapan dengan konflik kumpulan pejuang di Selatan negara itu.

Pemburuan serpihan Abu Sayyaf masih belum berakhir, pembentukan negara autonomi Bangsamoro juga belum dimulakan, sudah pasti mereka enggan mencampuri urusan luar.

Sri Lanka pula kini berhadapan krisis etnik. Minggu lalu, umat Islam diancam bunuh oleh kumpulan pelampau Buddha menyebabkan presiden negara itu mengeluarkan amaran keras.

Bangladesh, Vietnam dan Combodia sudah pasti tidak termampu untuk membantu kerana kekuatan tentera yang terhad melainkan melalui suara di PBB.

Apa pun, jika Netanyahu mengerakkan 40,000 tentera ke Gaza tidak mustahil Intifada ke-3 akan tercetus. Adakah negara Islam akan terus berdiam diri meninggalkan Palestin berseorangan untuk berjuang? Kita hanya mampu berdoa tetapi bedilan roket terus membunuh
penduduk Islam di sana.

OIC desak Majlis Keselamatan PBB dakwa Israel

PBB
PBB
JEDDAH - ARAB SAUDI. Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghentikan segera serangan udara Israel terhadap Gaza yang kini meragut lebih 80 penduduk sejak empat hari lalu.
Setiausaha Agung OIC Iyad Madani berkata, satu jawatankuasa dibentuk untuk meminta Majlis Keselamatan dan masyarakat antarabangsa bersama-sama berkempen menghentikan keganasan ini.

“Jawatankuasa mengarahkan Duta OIC bermesyuarat dengan Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva dan membentuk suruhanjaya antarabangsa bagi menyiasat jenayah dan pelanggaran undang-undang antarabangsa dilakukan Israel,” katanya dipetik Arab News

Menurutnya, ahli OIC dan menteri-menteri luar mesti menggembleng usaha secepat mungkin untuk menghentikan keganasan ini sebelum meragut lebih banyak nyawa.

“OIC akan menunjukkan bukti undang-undang untuk mengukuhkan dakwaan bahawa Israel adalah kerajaan Aparteid. Kami menghadapi realiti pahit melihat ramai rakyat Palestin menjadi mangsa kekejaman,” katanya.

Sementara itu, Menteri Negara Arab Hal Ehwal Luar Nizar Obaid Madani berkata, Israel melanggar semua syarat konvensyen antarabangsa dan hak asasi manusia.

“Sebanyak 57 anggota OIC akan bersetuju menyokong mesyuarat tergempar Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva bagi menyiasat jenayah antarabangsa ini  dan pencabulan hak penduduk Palestin.

palestin

Israel takut kena boikot

 Benjamin Netanyahu
Benjamin Netanyahu
TEL AVIV - Dalam keghairahan membedil ratusan roket ke Gaza, Israel dilaporkan ketakutan susulan peningkatan kempen boikot produk-produk keluaran mereka.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menganggap kempen boikot itu adalah masalah terbesar jika ia benar-benar dilaksanakan.

Susulan ancaman beberapa negara termasuk Britain, beliau adakan mesyuarat Kabinet tergempar untuk cari penyelesaian.

“Jika negara di seluruh dunia setuju memboikot produk Israel maka ekonomi negara itu berada dalam bahaya,” petik laporan Jpost.

Februari lalu, ancaman boikot itu disuarakan Menteri Luar Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry ketika menjadi perantaraan rundingan damai Israel dan Palestin.

“AS mengancam untuk memboikot segala produk Israel, jika rundingan damai Israel dengan Palestin ini gagal,” katanya.

Sehari kemudian, Kesatuan Eropah (EU) menyatakan pendirian sama terhadap Israel.

Dilaporkan juga, Menteri Kewangan Israel, Yair Lapid, beberapa kali mengingatkan jika kempen boikot itu menjadi realiti terutama dari EU maka mereka akan terputus hubungan dagang terbesar di negara itu.

“Israel kemungkinan akan mengalami penurunan nilai eksport ke negara EU sehingga AS$5.7 juta (RM18 juta) dan 9,800 penduduknya akan hilang pekerjaan,” menurutnya.

Bagaimanapun, Menteri Strategi Israel, Yuval Steinitz berpendapat, ancaman AS dan EU itu bersifat tidak adil dan serius.

“Israel tidak dapat berunding mengenai ancaman itu jika pistol sudah diarahkan ke kepala kami. Ini sayu ugutan,” katanya dipetik Jpost

Namun, beliau kemudiannya mengeluarkan kenyataan sinis apabila menyatakan kedua-dua negara itu tidak perlu menipu diri sendiri.

“Kita seharusnya tidak menipu diri sendiri. Dunia sedang memerhati AS dalam rundingan damai ini.

"Kita harus akui jika rundingan dengan Palestin gagal, dunia akan percaya bahawa kita yang bertanggung jawab dan akan ada harga yang harus dibayar,” katanya.

Angka korban di Gaza melebihi 100 orang

Sebuah kawasan di tengah Gaza musnah selepas terkena roket. - Foto AFP
Sebuah kawasan di tengah Gaza musnah selepas terkena roket. - Foto AFP
BAITULMAQDIS - PALESTIN. Angka korban serangan udara  Israel ke atas Gaza sudah melebihi 100 orang pada hari ke empat semalam.
Angka tersebut diyakini terus meningkat jika tiada sebarang gencatan senjata dipersetujui selepas Amerika Syarikat (AS) menawarkan diri untuk menjadi orang tengah.

Semalam serangan menyasarkan sekitar lapangan terbang dan beberapa kawasan kediaman dan pejabat kerajaan.

Jurucakap Pihak berkuasa Lapangan Terbang Israel berkata, Lapangan Terbang Ben Gurion terpaksa ditutup sembilan minit kerana ruang angkasa dihujani serangan roket bertali arus.

“Hamas memberi amaran bahawa semua syarikat penerbangan asing diarah menghentikan penerbangan kerana sekitar lapangan terbang tidak selamat susulan serangan berterusan Zionis,” katanya dipetik AP

Sementara itu, sebuah roket dilepaskan dari Gaza meletupkan sebuah stesen minyak di selatan Israel menyebabkan letupan kuat dan mencederakan tiga orang,

Jurucakap perubatan Israel berkata, beberapa roket dilepaskan ke Ashdod kira-kira 28 kilometer dari utara Gaza tersasar dari sasaran menyebabkan salah satu daripadanya membedil sebuah stesen minyak,” tentera.

Malam kelmarin, Israel membedil kawasan perumahan di Gaza menyebabkan lapan sekeluarga maut.

Media tempatan melaporkan, ketika kejadian lapan sekeluarga itu sedang menonton siaran tertunda Piala Dunia.

“Kejadian itu juga menyebabkan puluhan parah selepas roket berkenaan turut membedil sebuah kedai kopi yang menjadi tumpuan penduduk untuk menonton siaran Piala Dunia, “ menurut laporan itu.

Tiada tempat selamat di Gaza

Mohd Tahir (empat, kanan) memegang poster Operasi Badar pada sidang media, semalam
Mohd Tahir (empat, kanan) memegang poster Operasi Badar pada sidang media, semalam
KUALA LUMPUR – Serangan rejim Zionis  yang masuk hari kelima semalam menyebabkan hampir 1.5 juta penduduk wilayah itu hilang tempat bagi menyelamatkan diri dan berisiko menjadi mangsa bila-bila masa.
Pengurus pejabat Aqsa Syarif di Gaza, Ir Ahmad Thabet Al-Hafiz berkata, sehingga semalam, sebanyak 950 serangan udara membabitkan bahan letupan seberat 900 kilogram telah digugurkan ke bandar Gaza.
“Rejim Zionis menyasarkan serangan ke atas semua bangunan. Sekarang mereka sudah meranapkan hampir  140 rumah, hospital, sekolah dan empat masjid. Jumlah itu dijangka meningkat memandangkan serangan yang masih belum reda.
“Malah tempat tinggal sekretariat dan media luar negara turut menjadi sasaran roket,” katanya dalam temu bual video secara langsung dari Gaza bersama media Malaysia, semalam.
Menurutnya, hingga semalam, 91 maut, 661 cedera kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dalam hari kelima serangan rejim itu.
“Penduduk juga terpaksa berlindung di dalam rumah bagi mengelak jadi mangsa. Walaupun berlindung di dalam rumah, mereka tetap tidak selamat.
"Apabila Israel melancarkan serangan ke sebuah rumah, maka rumah lain di sekitarnya juga turut akan musnah berikutan jarak rumah adalah berdekatan,” katanya.
Menurutnya, usaha menghulurkan bantuan juga menjadi begitu sukar berikutan tempat penyediaan bantuan di pejabat Aqsa Syarif di Gaza turut menjadi sasaran Israel.  
Dalam pada itu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Al-Aqsa Syarif, Dr Mohd Tahir Abdul Rahman berkata, pihaknya menyasarkan kutipan derma sehingga RM6 juta dalam misi Ramadan Emergency Relief (Badr Operation) bagi menyediakan pelbagai barang keperluan seperti makanan, pakaian dan perubatan ke Gaza.
“Saya menyeru kepada seluruh anggota masyarakat yang bersimpati terhadap nasib mangsa peperangan di Gaza supaya tampil menghulur bantuan bagi meringankan penderitaan penduduk Palestin,” katanya.
Mana-mana pihak dan individu yang ingin tampil menghulur bantuan boleh memberikan bantuan secara berpakej ke akaun Maybank Islamic bernombor 551575-004299 atau akaun Bank Islam 1209-20100-34904.
Sementara itu, Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) menggesa masyarakat antarabangsa beri tekanan kepada kerajaan Israel bagi menamatkan serangan baharu ke atas rakyat Palestin.
PCOM dalam satu kenyataan berkata, sudah tiba masanya masyarakat antarabangsa mendakwa pemimpin Israel kerana jenayah perang mereka.

“Kami percaya kerajaan Israel melancarkan serangan ini dengan mengeksploitasi tempoh bertenang dalam keadaan serantau untuk melarikan diri daripada krisis politik dalaman serta untuk menggagalkan perdamaian Palestin yang dicapai baru-baru ini,” menurut kenyataan itu.

Palestin sudah bersiap sedia

Askar Israel menunggu 'lampu hijau' untuk melakukan serangan darat.
Askar Israel menunggu 'lampu hijau' untuk melakukan serangan darat.
GAZA- Palestin kini bersiap sedia menghadapi ancaman 40,000 tentera Zionis yang akan dilancarkan pada bila-bila masa melalui Operasi Perlindungan Sempadan.
Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengumumkan perkara itu dan meminta semua penduduk bersedia, lapor Press TV.
"Segala usaha saya untuk menamatkan keganasan gagal. Namun kami tidak akan putus asa mempertahankan tanah ini sungguh pun Israel terus mendesak supaya meninggalkan tanah ini.
"Kami tidak mempunyai senjata, tetapi kami akan tetap teguh mempertahankan negara ini. Jika Israel mempunyai peluru berpandu dan senjata, ini tidak bermakna kita akan menyerah diri,“ katanya.
Menurutnya, Palestin bersedia untuk melakukan gencatan senjata jika dipersetujui Israel tetapi hingga kini negara itu masih berdiam dan enggan berbincang sungguh pun mendapat nasihat dan teguran negara lain.
Semalam beliau meminta rakyat Palestin yang tinggal berhampiran sempadan dengan Israel supaya meninggalkan kediaman mereka dan bergerak menuju ke Genting Gaza.

Angka Korban Serangan Israel Meningkat 83 Orang


Diterbitkan: Jumaat, 11 Julai 2014 10:01 AM

GAZA CITY: Bedilan bertubi-tubi tentera udara Israel ke atas Semenanjung Gaza yang memasuki hari keempat pada Jumaat menyaksikan angka kematian mencecah 83 orang.

Angka kematian pada Khamis pula mencecah 32 orang.

Kebanyakan yang terkorban dalam tempoh 24 jam lalu adalah di Khan Yunis, di selatan Gaza apabila Israel melancarkan serangan kira-kira jam 1 pagi waktu tempatan.

Serangan itu disasarkan ke sebuah kafe ketika peminat bola sepak menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Dunia antara Argentina dan Holland.

Sembilan orang maut manakala sekurang-kurangnya 15 lagi cedera.

Beberapa jam kemudian, pesawat perang Israel membedil dua rumah di bandar itu, menyebabkan empat wanita dan empat kanak-kanak terbunuh.

Satu lagi serangan membunuh seorang lelaki berusia 19 tahun dan ayahnya berusia 75 tahun.

Di tengah Gaza, seorang lelaki maut dalam serangan udara terhadap sebuah kem pelarian di Nusseirat.

Di Zeitun, timur Gaza City, serangan roket membunuh seorang lelaki yang sedang menunggang motosikal pada lewat petang.mstar

Obama Bimbang Keadaan Lebih Buruk Di Gaza


Diterbitkan: Jumaat, 11 Julai 2014 10:17 AM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pada Jumaat memberitahu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bahawa beliau bimbang pertelangahan Israel dengan Hamas di Gaza bertukar menjadi lebih buruk.

Sehubungan itu, AS menurut Obama menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi mencapai gencatan senjata bagi kedua-dua pihak.

Obama memberitahu pemimpin Israel itu selepas pesawat tentera negara itu berterusan membedil Palestin sehingga mengusarkan dunia yang akan membawa lebih banyak pertumpahan darah di Palestin.

“Presiden melahirkan kebimbangan mengenai risiko pada masa depan yang boleh mencetuskan ketegangan.

"Beliau menekankan pentingnya semua pihak berbuat sesuatu untuk melindungi nyawa orang awam dan mengembalikan semula keamanan," kata Rumah Putih dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, AS turut bersedia memberi pertolongan ke arah gencatan senjata, termasuk kembali kepada perjanjian gencatan pada November 2012.

Menerusi gencatan senjata pada 2012, ia diketuai bekas Setiausaha Negara, Hillary Clinton dan Mesir sehingga menamatkan lapan hari serangan udara Israel terhadap Hamas.

Dalam kenyataan Rumah Putih itu, Obama juga memberitahu Netanyahu bahawa beliau memahami bahawa Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri.

Sehubungan itu beliau turut mengutuk serangan oleh Hamas dan kumpulan militan lain dari Gaza.mstar

palestin


Dua Askar Israel dilaporkan terkorban selepas kenderaan mereka diletupkan oleh Briged Izzuddin Al-Qassam berdekatan sempadan di sebelah Timur Gaza.

Sumber;
Paldf

palestin

Salah sebuah External tank jet daripada roket Israel yang tidak berfungsi dipijak penduduk Gaza di tengah bandar Gaza.

Sumber;
SHEHAB

palestin

Seorang Wartawan Palestin Shehab Hameed dilaporkan terkorban selepas keretanya dibedil roket perang Israel.

Gambar sebuah kereta yang musnah akibat bedilan.

Sumber;
Aljazeera
Gambar rumah Muhammad Temraz yang hancur akibat serangan bom jet Israel di Hayy Tel Sultan Barat Bandar Rafah, Selatan Gaza.

Sumber;
SHEHABNEWS
Pesawat Israel masih lagi meletupkan bom-bom asap dalam kuantiti yang banyak di atas langit belah barat Rafah, Selatan Gaza.

Sumber;
paldf
Pesawat Israel meneruskan serangan bertali arus kali ini ke atas bandar Khan Younis. Kematian dan kecederaan masih belum dilaporkan setakat ini.

Sumber;
SHEHABNEWS
Apa gambaran letupan roket Israel dibandingkan dengan roket serangan balas Al-Qassam ?

Seperti gambar ini adalah kesan serangan bom dari roket canggih Israel.

Sumber;
SHEHABNEWS
Israel meneruskan serangan tidak berhati perut mereka, kali ini bangunan Pejabat Bank Negara Islam Khan Younis menjadi sasaran mereka.

Sumber;
GazaNow
Gambar menunjukkan salah seorang mangsa keganasan roket Israel yang mensasarkan bom mereka ke atas sebuah bangunan kebajikan menjaga orang-orang kurang upaya dan orang tua.

serangan roket Israel ini mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan.

Sumber;
GazaNow
Gambar 3 orang Syahid(insha allah) yang terkorban akibat bedilan roket Israel di Hayyu Tufah Timur Gaza Timur Gaza.

Sumber;
SHEHABNEWS

Hasil seni rakyat Gaza.

Hasil seni rakyat Gaza.

Seni Asap bom.

palestin

Sebuah padang di tanah terbiar terbakar dan terpaksa dipadamkan oleh askar Israel dikhuatiri merebak ke bahagian lain.

Kebakaran kesan akibat serangan balas roket pejuang ke tanah terjajah Israel malam tadi.

Sumber;
SHEHABNEWS

Doakan perjuangan tentera Allah, Bridged Al-Qassam!! Jumaat barakah, semoga Allah mengabulkan doa-doa kita!! Amin.. Takbir!!

palestin

Jangan ambil ayah aku!!

Selamat berehat di syurga anak kecil Gaza! :'{

Senjata rahsia terkuat Al-Qassam adalah, "solat dan doa" Allah bersama mereka! Allah Akbar!

Bantah israel serang Palestin diTunisia

Yahudi bersorak saksi kekejaman Zionis


Baitulmaqdis: Penduduk Israel di sempadan Gaza berkumpul beramai-ramai di puncak bukit Sderot, untuk menyaksikan sendiri kekejaman rejim Zionis terhadap warga Palestin.

Inilah yang dilakukan penduduk Yahudi ketika penduduk Gaza, termasuk wanita dan kanak-kanak Palestin terbunuh akibat pengeboman rambang pemerintah mereka.


Ada yang datang untuk menyaksikan keganasan ‘tayangan secara langsung itu’ dengan membawa kerusi dan minuman. Sebahagian besar mereka bertepuk tangan dan bersorak setiap kali bom atau misil yang dilepaskan tentera Zionis itu meledak di wilayah Palestin berkenaan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/12

Ancam serang lapangan terbang


Perkara itu dinyatakan kumpulan berkenaan ketika rejim Zionis tidak menunjukkan sebarang tanda untuk menghentikan kekejaman mereka. 
“Sebagai tindak balas terhadap keganasan Israel menyerang penduduk Gaza, Hamas memutuskan untuk melakukan serangan ke atas Lapangan Terbang Ben Gurion kerana ia menjadi sebahagian daripada tempat untuk melancarkan serangan ke atas kami. 

“Kami mengingatkan agar anda (syarikat penerbangan) tidak melakukan pendaratan di lapangan terbang terbabit,” menurut kenyataan yang dikeluarkan kumpulan itu.
Foto
LETUPAN besar sejurus selepas tentera udara Israel mengebom sebuah bangunan di bandar Gaza, semalam.
Menurut Hamas, ia sudah melancarkan sekurang-kurangnya satu serangan roket ke arah lapangan terbang berkenaan semalam. 
Kira-kira 102 orang rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara selama empat hari yang dilancarkan Israel ke atas Gaza, termasuk enam semalam. 

Hamas melancarkan serangan balas dengan melepaskan ratusan roket ke arah Israel dan mengenai sehingga kawasan yang terletak beratus-ratus kilometer dari Gaza. 

Kumpulan berkenaan berkata, amaran berkenaan dikeluarkan kepada pesawat penerbangan dari luar agar dapat mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini dan kecederaan kepada penumpang mereka. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/12

Pesawat Zionis terus bedil Gaza


Sehubungan itu, pemimpin dunia berusaha membantu kekejaman Israel masuk hari keempat semalam. 
Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama menelefon Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk menyuarakan kebimbangan dan menawarkan bantuan untuk menyelesaikan krisis berkenaan. 

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-Moon dan Presiden Russia Vladimir Putin turut menggesa keganasan dihentikan ketika kadar kematian penduduk Palestin meningkat sehingga lebih 100 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak.
Foto
KEADAAN sebuah kawasan di Rafah sejurus selepas dibom pesawat tentera Israel, semalam.

Malangnya, kedua-dua pihak seolah-olah tidak langsung menunjukkan minat untuk meredakan keadaan malah Netanyahu dilaporkan berkata, pihaknya tidak langsung memikirkan untuk mengadakan gencatan senjata.

Bekas Perdana Menteri Gaza dan pegawai paling kanan Hamas, Ismail Haniya juga tidak memberi bayangan untuk mencari jalan penyelesaian. 

“Israel yang memulakan pertempuran kali ini. Mereka yang sepatutnya menghentikan serangan. Kami sekadar mempertahankan diri,” katanya. 

Hamas turut menggesa tunjuk perasaan besar-besaran bagi membantah kekejaman Israel pada Jumaat kedua Ramadan yang menyebabkan polis Israel berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kekacauan. 

Sementara itu, di Baitulmaqdis, polis mengehadkan kemasukan ke pekarangan Masjid al-Aqsa hanya untuk lelaki berusia 50 tahun ke atas. 

Pasukan perubatan Palestin melaporkan, serangan udara mengakibatkan kematian 30 penduduk di Semenanjung Gaza kelmarin manakala enam lagi terbunuh semalam menjadikan jumlah kematian secara keseluruhan lebih 100 orang. Lebih 500 lagi cedera. 

Setakat ini, tiada kematian dilaporkan di Israel, namun seorang lelaki berusia 50-an dilaporkan parah selepas sebuah roket milik Hamas terkena stesen minyak di bandar pelabuhan Ashdod di selatan negara itu, semalam. 

Tentera Israel juga berkata, seorang anggotanya parah akibat serangan yang dilakukan lewat Khamis lalu. 

Dalam tempoh semalaman, tentera Israel menembak 50 sasaran selain mengebom 21 struktur dimiliki Hamas, kata jurucakap tentera Leftenan Kolonel Peter Lerner. 

Satu daripada serangan udara menyasarkan pelabuhan Gaza menyebabkan beberapa bot terbakar termasuk sebuah kapal Palestin yang bersedia merempuh sekatan tentera laut Israel. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/12

Gaza terkepung

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Kuala Lumpur: “Kami kini terperangkap...tiada tempat untuk lari lagi,” kata seorang pegawai perubatan di Hospital Al Syifa, Gaza Dr Rafat Alshanti kepada Harian Metro melalui mesej di laman sosial facebook (FB) miliknya, semalam.
Beliau menganggap serangan rejim Zionis sejak empat hari lalu satu kempen pembunuhan besar-besaran terbaru terhadap rakyat Palestin di Tebing Gaza berbanding serangan sebelum ini pada November 2012 dan Disember 2008. 
“Jumlah mangsa terlalu ramai hingga Hospital Al Syifa tidak dapat menampung mayat mangsa dan pesakit yang cedera. Mereka (tentera Zionis) sengaja menghina kemuliaan Ramadan. 

“Ramadan tahun ini dipenuhi darah pekat. Saya dan 1.3 juta penduduk Gaza dibunuh ketika kami menumpukan ibadat puasa, tadarus dan solat Tarawih. Kami hanya mampu berdoa dilindungi Allah,” katanya.
Foto
KEADAAN di Tebing Gaza selepas dibedil Zionis.

Dr Rafat berkata, bekalan elektrik dan air ke Gaza turut disekat pihak Zionis bagi menambahkan lagi kesengsaraan rakyat Palestin.

“Masalah kini bukan hanya membabitkan bekalan makanan, kami kekurangan ubat di hospital bagi merawat pesakit yang tercedera. Selain itu, kami menghadapi masalah gangguan bekalan elektrik di hospital,” katanya. 

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/12

Israel terus binasa Gaza


Pada masa sama, pejuang Palestin meneruskan serangan roket mereka jauh ke wilayah negara Yahudi itu.
Sekurang-kurangnya 102 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam terbunuh dalam serangan yang dilancarkan rejim Zionis, kononnya untuk mengakhiri serangan roket ke atas penduduk awamnya yang sebahagiannya jatuh sehingga Tel Aviv, Baitulmaqdis dan bandar lain.

Serangan roket yang dilancarkan Hamas itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kematian atau kecederaan serius kerana kebanyakannya dipintas sistem pertahanan udara Iron Dome yang sebahagiannya dibiayai Amerika Syarikat.
Foto
BANDAR Gaza terus dibedil dalam serangan udara tentera Israel.
Foto
AHLI keluarga seorang doktor yang maut dalam serangan udara memberi penghormatan terakhir.
Foto
PENDUDUK Gaza melihat serpihan roket Israel di sebuah jalan di Deir El-Balah.

Satu roket yang dilancarkan Hamas semalam mengenai sebuah stesen minyak di bandar Ashdod menyebabkan kebakaran besar dan sekurang-kurangnya tiga cedera parah.

Pemimpin Zionis membayangkan kemungkinan melancarkan serangan darat selepas ia menggerakkan kira-kira pas ia menggerakkan kira-kira 20,000 anggota pasukan simpanan.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/12