BAITULMAQDIS - PALESTIN. Angka korban serangan udara  Israel ke atas Gaza sudah melebihi 100 orang pada hari ke empat semalam.
Angka tersebut diyakini terus meningkat jika tiada sebarang gencatan senjata dipersetujui selepas Amerika Syarikat (AS) menawarkan diri untuk menjadi orang tengah.

Semalam serangan menyasarkan sekitar lapangan terbang dan beberapa kawasan kediaman dan pejabat kerajaan.

Jurucakap Pihak berkuasa Lapangan Terbang Israel berkata, Lapangan Terbang Ben Gurion terpaksa ditutup sembilan minit kerana ruang angkasa dihujani serangan roket bertali arus.

“Hamas memberi amaran bahawa semua syarikat penerbangan asing diarah menghentikan penerbangan kerana sekitar lapangan terbang tidak selamat susulan serangan berterusan Zionis,” katanya dipetik AP

Sementara itu, sebuah roket dilepaskan dari Gaza meletupkan sebuah stesen minyak di selatan Israel menyebabkan letupan kuat dan mencederakan tiga orang,

Jurucakap perubatan Israel berkata, beberapa roket dilepaskan ke Ashdod kira-kira 28 kilometer dari utara Gaza tersasar dari sasaran menyebabkan salah satu daripadanya membedil sebuah stesen minyak,” tentera.

Malam kelmarin, Israel membedil kawasan perumahan di Gaza menyebabkan lapan sekeluarga maut.

Media tempatan melaporkan, ketika kejadian lapan sekeluarga itu sedang menonton siaran tertunda Piala Dunia.

“Kejadian itu juga menyebabkan puluhan parah selepas roket berkenaan turut membedil sebuah kedai kopi yang menjadi tumpuan penduduk untuk menonton siaran Piala Dunia, “ menurut laporan itu.