2014/07/11
ANKARA: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata hubungan Turki-Israel tidak akan pulih seperti sedia kala selagi negara Yahudi itu meneruskan serangannya di Gaza.
Turki dan Israel sudah lama berusaha untuk menambah baik hubungan mereka selepas komando Israel menyerang kapal pro-Palestin pada 2010, yang mengorbankan lapan warga Turki dan seorang keturunan Turki-Amerika.
Israel memohon maaf kepada Turki bagi kematian itu dan bersetuju membayar pampasan di bawah usaha membabitkan Amerika Syarikat pada 2013.
Pada Mac lalu, pegawai Turki berkata kedua-dua pihak sudah hampir mencapai persetujuan untuk memulihkan perhubungan.
Erdogan bagaimanapun dengan tegasnya semalam memberi amaran kepada Israel, “Hentikan serangan ini. Selagi ia tidak dihentikan, perhubungan sedia kala antara Turki dan Israel tidak mungkin berlaku.”
Erdogan bercakap dalam kempennya dalam pertandingan presiden Ogos hadapan.- AP
No comments:
Post a Comment