Saturday, 12 July 2014

Gaza terkepung

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Kuala Lumpur: “Kami kini terperangkap...tiada tempat untuk lari lagi,” kata seorang pegawai perubatan di Hospital Al Syifa, Gaza Dr Rafat Alshanti kepada Harian Metro melalui mesej di laman sosial facebook (FB) miliknya, semalam.
Beliau menganggap serangan rejim Zionis sejak empat hari lalu satu kempen pembunuhan besar-besaran terbaru terhadap rakyat Palestin di Tebing Gaza berbanding serangan sebelum ini pada November 2012 dan Disember 2008. 
“Jumlah mangsa terlalu ramai hingga Hospital Al Syifa tidak dapat menampung mayat mangsa dan pesakit yang cedera. Mereka (tentera Zionis) sengaja menghina kemuliaan Ramadan. 

“Ramadan tahun ini dipenuhi darah pekat. Saya dan 1.3 juta penduduk Gaza dibunuh ketika kami menumpukan ibadat puasa, tadarus dan solat Tarawih. Kami hanya mampu berdoa dilindungi Allah,” katanya.
Foto
KEADAAN di Tebing Gaza selepas dibedil Zionis.

Dr Rafat berkata, bekalan elektrik dan air ke Gaza turut disekat pihak Zionis bagi menambahkan lagi kesengsaraan rakyat Palestin.

“Masalah kini bukan hanya membabitkan bekalan makanan, kami kekurangan ubat di hospital bagi merawat pesakit yang tercedera. Selain itu, kami menghadapi masalah gangguan bekalan elektrik di hospital,” katanya. 

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/12

No comments:

Post a Comment