Monday, 22 December 2014

Penduduk Israel ceroboh muzium Masjid al-Aqsa



22 Disember 2014





BAITULMAQDIS - PALESTIN. Tindakan sekumpulan penduduk Israel menyerbu masuk ke sebuah muzium Islam di Masjid al-Aqsa di timur al-Quds semalam, menimbulkan kemarahan penduduk Palestin sekali gus meningkatkan lagi ketegangan di wilayah bergolak itu.



Menurut Press TV, dalam keganasan terbaharu terhadap tapak suci Islam tersebut, mereka dikatakan menyerbu masuk ke dalam masjid di bawah perlindungan rejim Zionis.



Menurut laporan organisasi bukan kerajaan Palestin, Yayasan untuk Pembiayaan dan Warisan al-Aqsa, hampir 14,000 penduduk Israel di mana sebahagian besarnya adalah penduduk pelampau telah menyerbu pekarangan masjid berkenaan sejak awal tahun ini.



Pada November sahaja, lebih 1,200 rakyat Israel memasuki tempat itu, termasuk 1,081 penduduk, 104 tentera dan 22 pegawai perisikan. Sejak beberapa minggu lalu, Masjid al-Aqsa menjadi tempat pertempuran antara penduduk Palestin dan penduduk Israel serta rejim Zionis.