Saturday 17 October 2015

Palestin gesa tentera antarabangsa ditempat di Timur Baitulmaqdis

SABTU, 17 OKTOBER 2015 @ 12:51 AM

PBB: Israel menolak gesaan Palestin supaya pasukan perlindungan antarabangsa dikerahkan ke Timur Baitulmaqdis untuk meredakan keganasan di Masjid Al-Aqsa. Wakil Palestin Riyad Mansour minggu ini berkata, situasi "amat bahaya" di perkarangan tapak suci itu dan Majlis Keselamatan perlu mencari jalan "menyediakan perlindungan" kepada rakyat Palestin. "Situasi sekarang memerlukan perlindungan kepada rakyat kami di jajahan yang diduduki bermula di Bandar Lama Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa," katanya kepada media. Mansour berkata, negara Arab sedang mempertimbangkan satu deraf resolusi penyelesaian yang menuntut pengunduran tentera Israel dari kawasan pergolakan dan menggesa pengerahan tentera pelindung di Al-Aqsa. Namun gesaan itu ditolak Timbalan Duta Israel David Roet yang memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), pihaknya tidak akan bersetuju ke atas mana-mana kehadiran pasukan antarabangsa di Temple Mount. "Kehadiran itu akan menyebabkan satu perubahan dalam status quo," katanya kepada 15 negara anggota majlis yang bertemu dalam sesi tergempar bagi membincangkan keganasan berlarutan selama beberapa minggu antara Israel dan Palestin di Baitulmaqdis dan jajahannya. Pada Jumaat, seorang lelaki yang menyamar sebagai jurugambar berita menikam tentera Israel sebelum ditembak mati. Rakyat Palestin yang berang membakar tempat suci penduduk Yahudi di Tebing Barat ketika mereka melancarkan "revolusi Jumaat" ke atas Israel. Tentera Israel dikerahkan secara besar-besaran di Baitulmaqdis selepas keganasan dua minggu yang menyaksikan 39 rakyat Palestin maut dan beratus lagi cedera dalam pertembungan dengan tentera Israel. Tujuh rakyat Israel maut dengan berpuluh lagi cedera. Perkarangan Masjid Al-Aqsa adalah tapak suci ketiga umat Islam. Umat Islam bimbang Israel mahu menukar peraturan mentadbir tapak itu, yang membolehkan penduduk Yahudi melawat namun tidak dibenarkan berdoa bagi mengelak mencetuskan provokasi. Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berulang kali berkata, beliau komited kepada status quo. Tiada deraf resolusi dibentangkan kepada anggota majlis Jumaat namun Duta Perancis Francois Delattre berkata beliau akan mengedarkan satu kenyataan deraf merayu situasi tenang. -AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/89565

2 rakyat Palestin dibunuh tentera, penduduk Yahudi

SABTU, 17 OKTOBER 2015 @ 3:53 PM


PASUKAN keselamatan Israel berdiri di sebelah mayat seorang lelaki Palestin yang cuba menikam seorang askar bersebelahan dengan kawasan kejiranan Palestin di Jabal Mukaber. - Foto AFP

BAITULMAQDIS: Askar dan seorang penduduk Israel menembak mati dua rakyat Palestin yang cuba menikam warga Yahudi dalam dua insiden berasingan di timur Baitulmaqdis dan Tebing Barat hari ini. Dalam kejadian pertama sebelum 0600 GMT, seorang rakyat Palestin cuba menikam seorang penduduk Israeli di Hebron di mana 500 penduduk tinggal di bawah perlindungan tentera dalam kalangan 200,000 rakyat Palestin. Menurut pihak tentera, penduduk Yahudi berkenaan melepaskan tembakan terhadap rakyat Palestin yang cuba menikamnya tetapi gagal. Sumber Palestin mengesahkan kematian remaja berusia 18 tahun itu yang dikenali sebagai Fadel al-Kawatsmi. Beberapa minit kemudian di timur Baitulmaqdis, rakyat Palestin kedua dibunuh oleh askar Israel apabila beliau dikatakan cuba menikam seorang askar di satu pos kawalan. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/89651

30,000 Yahudi berhijrah ke Israel tahun ini


BAITULMUQADDIS – Lebih 30,000 orang dijangka berhijrah ke Israel pada tahun ini iaitu peningkatan sebanyak 16 peratus berbanding tahun lalu, kata Menteri Imigresen, Zeev Elkin kelmarin.
Daripada jumlah itu, warga Perancis mencatat angka terbesar sebagai penduduk baharu dengan anggaran 7,500 orang berbanding hanya 3,440 pada 2013.
Pada Januari lalu, selepas empat penduduk Yahudi dibunuh dalam satu serangan di sebuah pasar raya di Paris, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengeluarkan jemputan kepada golongan Yahudi di Perancis dan Eropah untuk berhijrah ke sana.
Komuniti Yahudi Perancis dianggarkan seramai 500,000 hingga 600,000 orang iaitu yang paling besar di Eropah dan merupakan salah satu komuniti yang terbesar di dunia.
Sementara itu, golongan Yahudi dari Ukraine yang berhijrah ke Israel pula dijangka seramai 7,100 orang diikuti Rusia (6,300) dan Amerika Syarikat (2,900).
Israel mempunyai polisi dikenali sebagai ‘aliyah’ yang menggalakkan kaum Yahudi di seluruh dunia untuk berhijrah ke negara mereka.
Sejak negara haram itu ditubuhkan pada 1948, lebih tiga juta orang Yahudi telah berbuat sedemikian.
Negara itu dianggarkan mempunyai populasi penduduk seramai 8.4 juta orang, menurut laporan Statistik Biro Pusat pada September lalu dengan 75 peratus daripadanya adalah Yahudi. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1017&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3ovqys9WD 
Hakcipta terpelihara 

Maut di tangan Zionis


Maut di tangan Zionis


Warga Palestin hanya berbekalkan lastik dan batu bagi melawan tentera Israel. - Foto AFP
TEBING BARAT - PALESTIN. Seorang pemuda warga Palestin menjadi mangsa terbaharu korban kekejaman Israel apabila meninggal dunia akibat luka tembakan di sebuah hospital di Semenanjung Gaza, lapor media tempatan.
Menurut agensi berita al-Youm, mangsa dikenali sebagai Shawqi Jabr Obeid dari kem pelarian Jabaliya di utara Gaza, meninggal dunia semalam lapor Press TV.
Lelaki berusia 37 tahun itu ditembak polis Israel semasa pertempuran berhampiran tembok pemisah di sepanjang Semenanjung Gaza yang dikepung.
Sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin terbunuh dan hampir 150 lagi cedera selepas tentera Israel melepaskan tembakan peluru hidup ke arah sekumpulan penunjuk perasaan di bahagian timur Gaza, Jumaat lalu.
Keganasan yang tercetus di Tebing Barat menyaksikan seramai 34 warga Palestin terbunuh dalam pertempuran sengit dengan Israel sejak dua minggu lalu.
Sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh yang sama.

Keganasan Di Baitulmuqaddis: PBB Adakan Mesyuarat Tergempar


Diterbitkan: Sabtu, 17 Oktober 2015 11:57 AM

NEW YORK: Keganasan berterusan antara Israel dan Palestin mendorong Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu berkenaan.
Ia dilaksanakan susulan permintaan ahli majlis berkenaan dari Jordon selepas mesyuarat duta-duta Arab pada Khamis menyatakan kebimbangan berhubung situasi di Baitulmuqaddis.
Duta Palestin, Riyad Mansour turut menyuarakan kebimbangannya kerana situasi pada masa kini digambarkan sebagai sangat tegang.
Sehubungan itu, beliau menggesa Majlis Keselamatan untuk menunjukkan tanggungjawab dengan tindakan menghentikan keganasan tersebut.
Pasukan keselamatan Israel mengerahkan kawalan keselamatan secara besar-besaran di Baitulmuqaddis selepas penduduk Yahudi turut menggunakan senapang, kayu dan penyapu sebagai senjata dalam pertempuran dengan penduduk Palestin.
Penduduk Palestin yang melancarkan intifada ketiga dengan serangan bersenjatakan pisau selain beberapa tindakan lain telah mencetuskan ketakutan dan kebimbangan kepada penduduk Yahudi.
Sementara itu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon telah berkali-kali meminta supaya keganasan yang memberi kesan buruk kepada kehidupan penduduk Palestin itu dihentikan sementara. --AFP