Saturday, 17 October 2015

Maut di tangan Zionis


Maut di tangan Zionis


Warga Palestin hanya berbekalkan lastik dan batu bagi melawan tentera Israel. - Foto AFP
TEBING BARAT - PALESTIN. Seorang pemuda warga Palestin menjadi mangsa terbaharu korban kekejaman Israel apabila meninggal dunia akibat luka tembakan di sebuah hospital di Semenanjung Gaza, lapor media tempatan.
Menurut agensi berita al-Youm, mangsa dikenali sebagai Shawqi Jabr Obeid dari kem pelarian Jabaliya di utara Gaza, meninggal dunia semalam lapor Press TV.
Lelaki berusia 37 tahun itu ditembak polis Israel semasa pertempuran berhampiran tembok pemisah di sepanjang Semenanjung Gaza yang dikepung.
Sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin terbunuh dan hampir 150 lagi cedera selepas tentera Israel melepaskan tembakan peluru hidup ke arah sekumpulan penunjuk perasaan di bahagian timur Gaza, Jumaat lalu.
Keganasan yang tercetus di Tebing Barat menyaksikan seramai 34 warga Palestin terbunuh dalam pertempuran sengit dengan Israel sejak dua minggu lalu.
Sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh yang sama.

No comments:

Post a Comment