Tuesday 2 February 2016

Ban larang Israel tembak rakyat Palestin

SELASA, 2 FEBRUARI 2016 @ 7:10 AM




Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon. -Foto REUTERS


PBB: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon memberitahu Israel supaya "jangan tembak penyampai" (rakyat Palestin) ketika beliau memperbaharui kritikan berhubung penjajahan "memalukan" Israel ke atas wilayah Palestin. Ban dalam satu ruangan pendapat diterbitkan akhbar New York Times, berkata Israel tidak boleh terus "mengecam setiap kritikan berniat baik" mengenai dasarnya dan beliau "hanya bercakap perkara yang benar." "Rakyat Palestin, terutama golongan muda, semakin hilang harapan dalam apa yang mereka lihat sebagai penjajahan kejam, memalukan dan tiada henti," katanya dalam ruangan editorial ditulis di laman web akhbar itu lewat kelmarin. Katanya, pada masa sama, Israel sedang pulih daripada serangan hampir setiap hari dan "hilang arah" untuk mengadakan satu perjanjian damai. "Masanya sudah tiba untuk rakyat Israel, Palestin dan masyarakat antarabangsa membaca tulisan pada dinding: status quo tidak dapat dipertahankan," tulisnya. Tulisan itu adalah pandangan terbaru daripada Ketua PBB itu mengenai proses damai Israel-Palestin, yang menemui jalan buntu sejak misi damai dibantu Amerika Syarikat yang runtuh pada April 2014. Diplomat PBB berkata, secara peribadi, Ban meningkatkan tekanan untuk cuba menghidupkan semula rundingan damai sebelum berundur daripada jawatannya akhir tahun ini. Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu minggu lalu menuduh Ban "menggalakkan keganasan" selepas mengatakan beliau memahami mengapa rakyat Palestin menentang pemerintahan tentera Israel. Ban berkata, beliau "bimbang bahawa kita mencapai satu titik di mana penyelesaian dua negara tidak akan berlaku" dan "terganggu". - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/120320