LOD - Sebuah mahkamah di Israel kelmarin mendakwa dua remaja Yahudi atas tuduhan pengeboman yang mengorbankan sepasang suami isteri rakyat Palestin dan bayi mereka, 31 Julai tahun lalu.
Dakwaan dibuat lima bulan selepas serangan awal pagi di kediaman keluarga Dawabsha di kampung Duma dekat Tebing Barat, yang meragut nyawa Ali Saad Dawabsha, 18 bulan, dan kedua ibu bapanya.
Amiram Ben-Uliel, 21, didakwa atas tiga tuduhan pembunuhan dan satu cubaan membunuh, membakar, serta konspirasi melakukan jenayah kebencian.
Manakala, seorang lagi remaja 17 tahun yang tidak didedahkan identitinya di bawah perintah mahkamah, didakwa bersubahat. - Arab New