Tuesday, 5 August 2014

israel serang ambulan



Ambulans ini antara yang menjadi mangsa serangan peluru berpandu pesawat perang Israel di Rafah pagi tadi.

Gaza 8:02 PM
Perang Hari ke-29

Sumber;
Gaza TV

#weareallqassam
#gazaunderattack
#dedaunhancur
#البنيان_المرصوص
#غزة_تقاوم

Derma;
http://on.fb.me/1zoCkpO

161 buah masjid telah dimusnahkan oleh tentera Israel di Gaza:

‎Kementerian Waqaf Gaza Yousef Dois mengumumkan sehingga kini 161 buah masjid telah dimusnahkan oleh tentera Israel di Gaza:

41 buah masjid musnah secara total.
120 masjid musnah sebahagiannya.

Selain itu akses ke masjid Al-Aqsa untuk orang Islam disekat secara terus menerus.

Sumber: Middle East Monitor

#weareallqassam
#gazaunderattack
#dedaunhancur
#البنيان_المرصوص
#غزة_تقاوم

Derma;
http://on.fb.me/1zoCkpO‎Kementerian Waqaf Gaza Yousef Dois mengumumkan sehingga kini 161 buah masjid telah dimusnahkan oleh tentera Israel di Gaza:
41 buah masjid musnah secara total.
120 masjid musnah sebahagiannya.
Selain itu akses ke masjid Al-Aqsa untuk orang Islam disekat secara terus menerus.
Sumber: Middle East Monitor

Protes Gaza, Doktor di Belgium Tolak Pesakit Yahudi

Protes Gaza, Dokter di Belgia Tolak Pasien Yahudi
Si Pesakit Mengalami Retak Tulang Rusuk (foto Ilustrasi)
5/8/14


Dengan tegas doktor itu mengatakan tidak akan datang. Ia justru menyuruh pesakitnya pergi ke Gaza.

Dream - Sebagai bentuk dukungan terhadap Palestin , seorang doktor di Belgium menolak paesakit Yahudi. Meski si pesakit  itu sudah lanjut usia berusia sekitar 90 tahun.

Diberitakan laman Russian Times, Selasa 5 Ogos 2014, berawal ketika doktor yang tidak disebutkan namanya itu menerima telepon pada pukul 11 malam, Rabu minggu  lalu, melalui  layanan hotline medis Flanders.
Si penelepon adalah seorang lelaki yang mengatakan keluarganya bernama Bertha Klein. Dia meminta pertolongan kerana mengalami retak tulang rusuk melalui  hotline medis Flanders.

Menurut suratkhabar tempatan Joods Actueel, si doktor rupanya mengetahui klein itu adalah Yahudi, dari nama dan aksennya.
Dengan tegas doktor itu mengatakan tidak akan datang. Ia justru menyuruh pesakitnya pergi ke Gaza. "Kirim dia ke Gaza selama beberapa jam, maka rasa sakitnya akan hilang. Saya tidak akan datang," kata doktor itu.

Keluarga itu lantas menelepon pasukan perubatan lain. Mereka juga kembali menelepon doktor tadi untuk memperjelas omongannya dan merakam percakapan tersebut.
Tak terima dengan respon si doktor, keluarga itu melapor kepada  polis  atas tindakan diskriminasi yang mereka alami. "Ini mengingatkan saya apa yang terjadi di Eropah, 70 tahun lalu. Saya tidak mengira peristiwa itu akan terjadi lagi," kata Taffel.

ketika disahkan Joods Actueel, doktor itu tidak menyangkal telah menolak seorang pesakit Yahudi. Dia mengatakan, itu dilakukannya atas dasar emosional.
Menurut laporan akhbar ini, sejak serangan Israel ke Gaza dilakukan awal Julai lalu, insiden anti-semit banyak terjadi di Belgium. Contohnya di Antwerp, sebuah toko menolak seorang pelanggan kerana dia Yahudi.

Hal ini juga terjadi di Jerman, Perancis dan Itali  dalam beberapa minggu terakhir. Menurut catatan polis, kes anti-Yahudi meningkat 50 persen dalam sebulan terakhir di England. (Ism)

5 lagi bayi, 2 perempuan dan 3 lelaki lahir di sekolah UNRWA.

 Terkini

5 lagi bayi, 2 perempuan dan 3 lelaki lahir di sekolah UNRWA.

Generasi baru yang akan menggegar Israel dan membebaskan Al-Aqsa insya Allah.

#OperasiBadar
#GazaUnderAttack

Sumber : Paltimes [IH]

Ayuh menderma ke Tabung Kecemasan Gaza di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
 

Adakah penyelesaian yang terbaik?



Adakah penyelesaian yang terbaik?

Amerika Syarikat adalah sahabat akrab kepada Israel dalam apa jua keadaan. Setiap tahun Amerika memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel. [AKA] 

Ayuh menderma ke Tabung Kecemasan Gaza di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li

palestin

Status terkini kemudahan perubatan di Gaza

#GazaUnderAttack | Status terkini kemudahan perubatan di Gaza

Berikut merupakan status terbaru kemudahan perubatan di Gaza (Data sehingga 4 Ogos 2014).

- Satu pertiga daripada hospital dan 14 klinik kesihatan rosak dibedil oleh bom.
- 29 ambulans milik Kementerian Kesihatan Gaza rosak teruk.
- 5 kakitangan perubatan terbunuh ketika melakukan tugas
- 40% pegawai perubatan tidak dapat melakukan tugas ditempat mereka kerana keadaan yang amat bahaya.
- 50% klinik kesihatan awam juga ditutup

Sumber: United Nations OCHA occupied Palestinian territory

Ayuh menderma ke Tabung Kecemasan Gaza di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li [AKA]
 —

Sniper Zionis Ini Bangga Bantai 13 Bocah Palestin



Idealnya, seorang sniper membunuh sasaran tertentu; tokoh politik, militer, atau ilmuwan, tapi David D Ovadia, penembak runduk Zionis ini, bangga membantai 13 bocah Palestina di Jalur Gaza.

Lewat akun Instagram, seperti dikutip Inilah.com, Ahad (3/8), Ovadia menulis: “Saya telah membunuh 13 anak-anak hari ini, dan kalian berikutnya.”

Ada gambar Ovadia sedang membidik, dan bisa dicari lewat search engine media sosial Lakako. Juga tersedia tagline: ‘Berhentilah berlari, Anda akan mati kapan pun”.

Segera setelah pesan diposkan, akun Ovadia tak bisa dijangkau umum. Meski demikian, Ovadia telah membuat marah banyak orang.

Salah satu pengguna Twitter bernama Love Palestina menulis: “Ovadia harusnya dimasukan ke kamar gas, seperti orang Yahudi di era Perang Dunia II, dan kita bergembira melihatnya mampus.”

Bukan hanya orang Arab dan Muslim yang marah. Alexandra Whitney menulis: “Menyedihkan melihat orang seperti Ovadia. Dia telah kehilangan jiwa kemanusiaannya.”

Orang Yahudi sudah pasti membela Ovadia. Lahav Harkov, misalnya, menulis: “Ovadia adalah serdadu sesungguhnya.”

Ovadia dan Harkov adalah gambaran nyata Yahudi sesungguhnya; pengecut yang membunuh anak-anak, dan bangga dengan pencapaian konyol mereka: idiot!

Berjiran dengan Allah lebih baik daripada berjiran dengan orang yang zalim

Muhasabah | Dari Syeikh Ismail Haniyeh

"Kami tidak kembali berhajat agar mereka (Mesir) membuka pintu sempadan Rafah untuk kami, sedangkan Allah telah membukakan mi'raj ke langit untuk kami menuju syurga-Nya dan nikmat-Nya (syahid). Berjiran dengan Allah lebih baik daripada berjiran dengan orang yang zalim"

[AKA]Muhasabah | Dari Syeikh Ismail Haniyeh

"Kami tidak kembali berhajat agar mereka (Mesir) membuka pintu sempadan Rafah untuk kami, sedangkan Allah telah membukakan mi'raj ke langit untuk kami menuju syurga-Nya dan nikmat-Nya (syahid). Berjiran dengan Allah lebih baik daripada berjiran dengan orang yang zalim"

[AKA]

“bangsa lain selain Yahudi adalah binatang”

Timbalan Menteri Agama Zionis, Ali bin Dahan berkata,

"Penduduk Palestin bukan manusia. Mereka tidak berhak untuk hidup dan mereka hanyalah binatang."

Apa perasaan anda membaca ini?

Mohon anda COMMENT kecaman anda dan SHARE.Doktrin Zionis: “bangsa lain selain Yahudi adalah binatang”
Kita semua kenal siapa Zionis. Mereka ialah golongan ekstrimis Yahudi yang cukup kejam. Mereka menindas rakyat Palestin, membunuh mereka tanpa perikemanusiaan dalam pelbagai cara. Pernahkah kita terkifir apa yang membuatkan mereka tiada rasa belas kasihan atas perbuatan mereka? Ini adalah kerana bagi tentera Israel, dan menurut fahaman Zionis, mereka menganggap bangsa selain Yahudi adalah binatang atau lebih rendah daripada anjing.
Oleh sebab itu, mereka sanggup melakukan kekejaman. Mereka tidak mempedulikan kutukan masyarakat dunia kerana mereka tidak pernah berasa bersalah melakukan pembunuhan yang dianggap dilakukan terhadap binatang. Realitinya mereka tidak pernah menganggap bangsa lain seperti manusia. Sebab itu mereka memandang rendah rakyat Palestin, penduduk dan pemimpin dunia serta tidak menghormati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau agama lain. Asasnya, doktrin ini menyebabkan peranan masyarakat dunia mengutuk kekejaman Israel menjadi sia-sia. 
Timbalan Menteri Agama Zionis, Ali bin Dahan berkata,
"Penduduk Palestin bukan manusia. Mereka tidak berhak untuk hidup dan mereka hanyalah binatang."
Apa perasaan anda membaca ini?
(Sumber: Utusan Malaysia – 15 Januari 2009)

Satu-satunya harta yang dapat diselamatkannya adalah lembu miliknya.

| Terkini

Satu-satunya harta yang dapat diselamatkannya adalah lembu miliknya.

#OperasiBadar
#GazaUnderAttack

Sumber : Occupied Palestine [IH]

Ayuh menderma ke Tabung Kecemasan Gaza di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li

Solat jenazah di Hospital Kuwait di Rafah

Solat jenazah di Hospital Kuwait di Rafah ke atas seorang jururawat yang syahid selepas rumahnya diserang Zionis.

#OperasiBadar
#GazaUnderAttack

Sumber : Shehab News Agency [IH]

Ayuh menderma ke Tabung Kecemasan Gaza di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
 

Keadaan sebuah bangunan di utara Gaza selepas dihancurkan pesawat Zionis.

Keadaan sebuah bangunan di utara Gaza selepas dihancurkan pesawat Zionis.

#OperasiBadar
#GazaUnderAttack

Sumber : QNN [IH]

Ayuh menderma ke Tabung Kecemasan Gaza di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li

palestin


August 4, 2014 - Gaza City, Gaza Strip, Palestinian Territories: Relatives of nine Palestinians from the Abu Nejim family, whom medics said were killed by an Israeli air strike, mourn during their funeral in Jabalia refugee camp. A seven-hour truce under which Israel would unilaterally hold fire in most of the Gaza Strip went into force and Palestinians immediately accused Israel of breaking the ceasefire by bombing a house. Gaza officials say 1,796 Palestinians, most of them civilians, have been killed and more than a quarter of the impoverished enclave's 1.8 million residents displaced. As many as 3,000 Palestinian homes have been destroyed or damaged. Israel has lost 64 soldiers in combat and three civilians to Palestinian cross-border shelling that has emptied many of its southern villages
photo by Ezz Al Zanoon
‪#‎GazaUnderAttack‬
‪#‎ajagaza‬

Keadaan yang cukup berbeza di antara Israel (tanah Palestin yang dirampas) dengan Shejaiya, Gaza.



Keadaan yang cukup berbeza di antara Israel (tanah Palestin yang dirampas) dengan Shejaiya, Gaza.

#OperasiBadar
#GazaUnderAttack

Sumber : Occupied Palestine [IH]

Ayuh menderma ke Tabung Kecemasan Gaza di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li

palestin

Add caption
Kerajaan Britain memutuskan untuk menyemak kembali perjanjian jualan senjata kepada Zionis Israel, manakala Sepanyol membekukan penjualan senjata dan medium-medium teknologi kepada Israel atas faktor serangan terbaru Zionis ke atas Gaza.
Sumber: شبكة قدس الإخبارية

Ibu kepada As-Syahid Ahmad Al-Ja'bari telah pun meninggal dunia pagi ini.

| Terkini

Ibu kepada As-Syahid Ahmad Al-Ja'bari telah pun meninggal dunia pagi ini.
Umur beliau menjengah 84 tahun.

Ya Allah tempatkanlah dia di dalam syurga-Mu.

#OperasiBadar
#GazaUnderAttack
#CC4Israel

Sumber : Palestine Online [IH]

Ayuh menderma ke Tabung Kecemasan Gaza di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
 

5 cedera ketika polis Zionis menceroboh Masjid Al-Aqsa.



| Terkini

5 cedera ketika polis Zionis menceroboh Masjid Al-Aqsa.

#OperasiBadar
#GazaUnderAttack
#ICC4Israel

Sumber : QNN [IH]

Ayuh menderma ke Tabung Kecemasan Gaza di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li

"Keluarlah kalian, dari bumi kami, dari udara kami, dari laut kami.

Aqsa Syarif's photo.


"Keluarlah kalian,
dari bumi kami,
dari udara kami,
dari laut kami.
Keluar dan jangan kembali."
Sumber : Occupied Palestine [IH]
Ayuh menderma ke Tabung Kecemasan Gaza di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li

Tahniah Max Keiser. Anda telah melakukan perkara yang betul.

Terkini

Tahniah Max Keiser.
Anda telah melakukan perkara yang betul.

#OperasiBadar
#GazaUnderAttack
#CC4Israel

Sumber : Eye On Palestine [IH]

Ayuh menderma ke Tabung Kecemasan Gaza di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
 —

israel mengumumkan 97 tentera menerima rawatan di hospital Israel, 9 daripada mereka dalam keadaan kritikal.

‎شبكة قدس الإخبارية‎'s photo.‎شبكة قدس الإخبارية‎'s photo.

Israel dah berundur dari gaza Alhamdulillah

 ‎شبكة قدس الإخبارية‎'s photo.‎شبكة قدس الإخبارية‎'s photo.

Kelegaan dan kegembiraan terpancar di wajah tentera-tentera Zionis di saat-saat pengunduran dari sempadan Gaza.

Kelegaan dan kegembiraan terpancar di wajah tentera-tentera Zionis di saat-saat pengunduran dari sempadan Gaza.
Sumber: غزة الأن
Sila like page Aman Palestin - AP

Boikot McDonalds Jumaat ini?

Pesanan boikot McDonalds yang tersebar di media sosial.
Pesanan boikot McDonalds yang tersebar di media sosial.
SHAH ALAM – Setelah beberapa siri bantahan dilakukan rakyat di negara ini terhadap produk yang dikatakan menyumbang kepada rejim Israel, kempen itu nampaknya semakin diperhebat dari hari ke hari.

Melalui satu pesanan dan gambar yang kini menjadi viral di laman sosial,  orang ramai diajak memboikot McDonalds bermula Jumaat ini di seluruh negara.

Tiada maklumat setakat ini siapakah penganjur kepada kempen tersebut.

“Hari Boikot McD Malaysia!!! Bermula 8 Ogos 2014 jam 7 pagi hingga 7 pagi. Boikot McD bermula Jumaat ini sehingga Zionis Israel seratus peratus keluar daripada Palestin,” tulis pesanan itu.

Pemerhatian Sinar Harian Online mendapati rata-rata pengguna yang berkongsi perkara tersebut di laman sosial masing-masing menyokong kempen berkenaan.

Rejim Zionis di ambang kekalahan

Aman Palestin
SHAH ALAM - Peperangan yang dicetuskan oleh negara haram Israel terhadap Palestin nampaknya memakan diri sendiri.

Ini kerana, Israel terpaksa menanggung banyak kerugian akibat daripada peperangan tersebut, sehinggakan hal itu terpaksa dibawa ke Parlimen Israel untuk dibincangkan.

Memetik sumber daripada Perunding Aman Palestin, Dr Zainur Rashid Zainuddin, memaklumkan bahawa  Israel telah mengalami banyak kerugian dek kerana ciptaan 'permainan' kotor mereka ini dan kerugian yang dialami oleh mereka terdiri daripada  pelbagai sudut.

“Kerugian yang besar tersebut adalah daripada sudut operasi ketenteraan udara dan darat, perekonomian, industri pelancongan, industri penerbangan, penempatan komuniti Israel dan sebagainya.

“Bahkan jumlah kematian di kalangan tentera Israel Defence Forces (IDF) dan polis jauh melebihi jumlah anggota al Qassam yang terkorban syahid,” katanya.

Perkembangan terbaru menyaksikan tentera IDF yang terbunuh adalah seramai 497 orang, manakala polis Israel yang terbunuh pula ialah seramai 113 orang, sementara tentera Israel yang cedera parah dan sederhana pula seramai 879 dan polis Israel yang cedera pula seramai 362 orang.

Jumlah ini jelas jauh lebih tinggi (10 kali ganda menurut sumber al-Qassam) jika dibandingkan dengan jumlah anggota al-Qassam yang terkorban syahid.

Sementara majoriti yang terkorban di Gaza adalah di kalangan kanak-kanak, wanita dan orang awam.

Israel tidak punya banyak pilihan melainkan terpaksa mencipta alasan sebelum mengundurkan tenteranya daripada sempadan Gaza dan akan menggunakan apa jua cara agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat dunia terus memberikan imej yang buruk kepada Hamas.

Oleh itu, ayuh rakyat Malaysia bangkit bantu Palestin, masanya sudah tiba untuk menyaksikan kejatuhan rejim Zionis.

OIC kutuk Israel serang masjid di Gaza

Palestin
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Iyad Ameen Madani mengutuk perbuatan biadab Israel menyerang masjid di Semenanjung Gaza.

"Kini semakin jelas bahawa jentera perang Israel tidak berpuas dengan hanya menyembelih orang awam, memusnahkan rumah, membakar ladang dan menghancurkan infrastruktur," katanya dalam satu kenyataan OIC.

Sekarang, Israel menunjukkan sikap babarismenya itu terhadap tempat beribadat, tanpa sebarang perasaan malu kerana melanggar semua kod moral serta tidak langsung memperdulikan undang-undang peperangan, katanya.

Madani juga menggesa mana-mana daripada 57 negara anggota OIC "yang mempunyai hubungan dengan Israel" supaya menimbang semula hubungan mereka dengan sebuah kerajaan yang tidak menghormati sebarang undang-undang atau etika, termasuk prinsip asas kemanusiaan.

Beliau merayu kepada semua negara yang terus memberi perlindungan politik, justifikasi moral yang boleh diragukan serta membekalkan senjata pembunuh secara berterusan kepada Israel supaya menyedari bahawa mereka boleh dikaitkan melakukan jenayah perang yang amat dahsyat dan tidak terkira banyaknya.

Beliau berkata Israel nampaknya bukan sahaja melancarkan kempen keganasan untuk mengusir rakyat Palestin, tetapi juga menakluk mereka dari segi rohani dan menghalang mereka daripada menikmati kedamaian jiwa apabila berada di masjid.

Laporan antarabangsa menyebut jet pejuang Israel terus membedil Gaza, mengebom sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Jabaliya, utara Gaza City serta menyerang beberapa masjid berhampiran sekolah itu.

Kementerian Kesihatan Gaza dilaporkan berkata jumlah kematian di Gaza kini mencecah 1,732, termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas akibat serangan tentera Israel sejak 8 Julai.

Madani menggesa umat Islam dan rakyat semua negara supaya mempamerkan tanggungjawab mereka dengan menggunakan apa jua alat politik,, ekonomi, budaya dan masyarakat sivil yang mereka miliki untuk mempertahankan hak rakyat Palestin untuk terus hidup, bebas daripada ketakutan serta hak untuk beribadat.

"Membisu terhadap jenayah yang dilakukan Israel kini tidak boleh lagi dianggap suatu opsyen," katanya. - Bernama

Perang ekonomi boleh lumpuh Israel

Seorang askar Israel membawa peluru berpandu sebagai persediaan menggempur Gaza. -AFP
Seorang askar Israel membawa peluru berpandu sebagai persediaan menggempur Gaza. -AFP

SHAH ALAM - Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) percaya perang ekonomi dengan cara memboikot melalui bentuk urus niaga mampu memberi kesan bukan sahaja terhadap ekonomi Israel, malah negara-negara sekutunya.

Presiden Perdasama, Datuk Moehamad Izat Emir berkata, pihaknya menyokong penuh seruan memboikot produk keluaran Israel dan syarikat-syarikat penyokong kekejaman Yahudi.

Beliau berkata, masyarakat Yahudi seluruh dunia kini membantu Israel dengan hasil keuntungan mereka, sedangkan rakyat Gaza terus diserang pada setiap hari.

Menurutnya, kekejaman dilakukan Israel jelas mendapat sokongan kuat dari sekutu Yahudi di seluruh dunia yang bukan sahaja mempertahankan tindakan rejim Zionis itu, malah turut membantu melalui sistem pertahanan di negara terbabit.

"Kita tak dapat laksanakan perang darah terhadap Israel, namun yakin kita mampu lancar perang ekonomi dengan memboikot produk mereka dan rakan sekutu mereka.

"Usaha boikot itu sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran dan tekanan kepada ekonomi negara tersebut dan kroninya," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, jika rakyat Malaysia terus membeli dan menggunakan produk serta perkhidmatan mereka (Israel dan sekutu), ia sedikit sebanyak menyokong dana dalam memusnahkan mereka yang tidak berdosa seperti anak-anak kecil dan warga tua di Palestin.

Moehamad Izat berkata, seluruh rakyat Malaysia perlu memboikot semua barangan keluaran Israel dan Yahudi bukan sahaja makanan dan minuman, malah barangan perubatan, kosmetik, penerbitan, tekstil, alat hospital, perkhidmatan serta apa sahaja yang berkaitan.

"Dunia kini mampu membekalkan apa sahaja yang dikeluarkan Israel, oleh itu ianya bukannya menjadi masalah besar untuk kita mencari sumber lain bagi menggantikannya," katanya.

Sidang tidak rasmi perhimpunan agung PBB esok mengenai Gaza


PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) akan mengadakan sidang tidak rasmi eosk bagi mendengar taklimat oleh pegawai kanan PBB mengenai peperangan di Gaza.

Pejabat Presiden perhimpunan, John Ashe mengumumkan bahawa badan dunia dengan 193 anggota itu akan mengadakan pertemuan sebagai memenuhi permintaan daripada negara Arab. 
Anggota PBB akan diberikan taklimat oleh ketua hak asasi manusia, Navi Pillay, ketua agensi bagi Pelarian Palestin, Pierre Krahenbuhl, timbalan ketua kemanusiaan, Kyung-wha Kang dan Penyelaras Khas bagi Proses Perdamaian Asia Barat, Robert Serry.


Majlis Keselamatan PBB itu menggesa agar diadakan gencatan senjata segera tanpa syarat demi kemanusiaan di Gaza. - AP

Pengantin Malaysia 'popular' di Israel


Pengantin Malaysia 'popular' di Israel
SHAH ALAM - Berita mengenai sepasang pengantin Malaysia yang mengabadikan kenangan majlis perkahwinan mereka dengan memijak dan membakar bendera Israel sebagai tanda protes kekejaman rejim itu terhadap rakyat Palestin mendapat liputan sehingga ke negara itu.

Berita tersebut disiarkan menerusi laman blog milik Israel iaitu elderofziyon.blogspot.com dengan judul “Malaysian couple decides to burn Israeli flag on their wedding day ".

Berita itu turut dikongsi oleh laman Facebook Israel iaitu The Israel Project (Tip), perkongsian berita itu mendapat respon daripada penyokong Israel yang marah dengan tindakan itu.

Ada di antaranya mendoakan agar pasangan tersebut mendapat ‘bala bencana’ dek kerana perbuatan itu.

Patrick Gleen Hendry  yang dipetik sebagai berkata "semoga kehidupan mereka suami isteri penuh dengan kesengsaraan".

Terdahulu pasangan pengantin yang berasal dari Jasin, Melaka  Norfadhilah Mohd Badroldin, 27, dan suami, Mohd Hilmi Muslim, 27, kedua-duanya yang bekerja sebagai arkitek bertindak melakukan perkara itu selepas berasa amat sedih melihat penderitaan umat Islam khususnya kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa serangan rejim Zionis.

Pasangan itu memijak dan membakar bendera Israel sebelum memasuki kawasan rumah mereka.

Terdahulu, bendera berkenaan diletakkan di jalan masuk ke kediaman tersebut untuk dipijak oleh hampir 3,000 tetamu yang menghadiri majlis tersebut.

Tindakan memijak bendera itu merupakan simbolik yang menjelaskan Israel selayaknya diletakkan di bawah telapak kaki umat Islam selain membangkitkan perasaan marah terhadap kekejaman rejim tersebut.

‘Bagaimana jika itu anak saya?’


Seniman Britain yang dikenali sebagai penyanyi, pemuzik, pencipta lagu, artis visual dan penerbit album Brian Eno adalah seorang daripada mereka.

Semalam Eno, 66, menulis surat terbuka menyatakan kesedihannya terhadap konflik di Gaza. Berikut adalah surat Eno: Kepada anda semua. Saya sedar saya melanggar undang-undang tidak bertulis dengan menghasilkan surat ini tetapi saya tidak mampu berdiam diri lagi. Hari ini saya melihat sekeping gambar lelaki Palestin memegang bekas plastik berisi daging. Ia adalah cebisan tubuh anaknya yang berkecai akibat misil Israel - dan adalah jelas ia adalah bom flechette yang menjadi senjata baru mereka. Anda mungkin tahu apakah senjata itu. Ia adalah bahan letupan berisi ratusan paku logam yang akan mengoyak daging manusia. Budak itu ialah Mohammed Khalaf al-Nawasra. Dia berusia empat tahun.
Tiba-tiba saya terfikir daging dalam bekas plastik itu mungkin anak-anak saya dan apa ia sangat mengerikan.

Kemudian saya terbaca bahawa PBB berkata Israel mungkin bersalah atas jenayah perang di Gaza dan mereka mahu memulakan proses itu. Amerika pasti tidak akan menyokongnya. Apa yang berlaku di Amerika? Berdasarkan pengalaman sendiri saya tahu betapa terpesongnya berita yang sampai kepada anda, serta berapa terhadnya maklumat mengenai satu pihak lain yang anda ketahui. Tetapi - demi Tuhan - ia tidak sukar untuk dicari. Mengapa Amerika meneruskan sokongan membuta tuli terhadap amalan pembersihan etnik sepihak ini? Mengapa? Saya gagal memahaminya. Saya jarang bersetuju bahawa ia adalah kuasa Aipac (Jawatankuasa Perhubungan Awam Israel Amerika) dan jika ia benar, maka kerajaan anda benar-benar korup.

Tetapi tidak, saya tidak fikir itu adalah alasannya, namun saya tidak tahu apakah ia.
Foto
PENDUDUK Jordan menyertai demonstrasi menggesa serangan Israel ke atas Gaza dihentikan di Amman semalam.
Amerika yang saya kenali dan saya sayangi adalah negara penuh belas kasihan, berfikiran terbuka, kreatif, toleransi dan pemurah. Anda, sahabat karib saya di kalangan warga Amerika, menjadi simbol itu untuk saya. Tetapi Amerika yang manakah menyokong perang kolonial sepihak ini? Saya tidak faham! Saya tahu anda bukan sendirian tetapi bagaimana semua suara (bantahan) itu tidak didengar atau diambil perhatian? Bagaimana ia tidak menjadi semangat yang seluruh dunia kini fikirkan apabila mereka mendengar ungkapan “Amerika”? Seteruk mana kelihatan Amerika apabila sebuah negara yang dikenali dengan kebebasan dan demokrasi menyumbang wang kepada pihak menyokong teokrasi rasis yang tebal? Saya berada di Israel tahun lalu bersama seorang rakan, Mary. Adiknya bekerja dengan agensi bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Baitulmaqdis.

Dia menunjukkan kami seorang wanita Palestin, Shadi, dan seorang Yahudi Israel Oren Jacobovitch yang meninggalkan tugasnya sebagai tentera kerana enggan membelasah penduduk Palestin. Di antara kedua-dua mereka kami melihat suasana mengerikan. Kanak-kanak Palestin dalam perjalanan ke sekolah dipukul kanak-kanak Israel dengan kayu besbol sambil diketawakan serta diraikan dengan tepuk sorak ibu bapa masing-masing. Seluruh perkampungan diusir dan mereka hidup dalam gua, manakala tiga keluarga Yahudi berpindah ke situ.
Sebuah petempatan Israel di atas bukit mengalirkan bahan kumbahan mereka terus ke tanah ladang Palestin di bawah. Kemudian ada tembok pemisah, pos pemeriksaan dan penghinaan berterusan sepanjang hari. Ia membuat saya terfikir - adakah warga Amerika merelakannya? Atau adakah mereka tidak tahu mengenainya? Mengenai proses damai, Israel hanya mahukan “proses” tetapi enggan menerima “damai” itu. Ketika “proses” berlangsung pendatang Yahudi terus merampas tanah dan membina petempatan. Apabila penduduk Palestin memberontak dengan bunga api yang tidak setara mana, mereka dibalas dengan misil hanya kerana “Israel berhak mempertahankan diri.” Saya meminta maaf kerana membebankan anda dengan semua ini. Saya tahu anda sibuk dan ada yang alergik kepada politik, tetapi isu Gaza lebih sekadar politik. Ia memusnahkan peradaban yang kita bina selama beberapa generasi. Tiada satu pun persoalan dalam surat ini bersifat retorik. Saya benar-benar tidak faham dan saya sangat berharap dapat memahaminya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/05

Derita anak kecil Palestin


Biarpun begitu, Yamin, tiga tahun, tetap merana apabila melecur teruk di belakang tubuh dan mengalami keretakan pada beberapa bahagian badannya hasil kekejaman tentera Israel yang membedil kediaman keluarganya hingga musnah di Al-Buraj, tengah Gaza.
Dia kemudian dibawa ke unit rawatan kebakaran di Hospital Shifa di mana dia terbaring tanpa pakaian dan diberi rawatan kecemasan oleh petugas yang bertali-arus menerima tubuh yang parah.

Kadangkala ada antara mangsa yang diterima terlalu teruk kecederaannya sehingga menemui ajal beberapa jam kemudian hanya di atas pengusung.
Foto

Mereka yang terselamat pula dipindahkan ke bilik pembedahan - satu-satunya hospital atau unit di seluruh Gaza yang boleh membantu melakukan rawatan ke atas tubuh yang melecur.

Kakitangan hospital warga tempatan mendakwa angka korban di kalangan warga Palestin ketika ini sudahpun mencecah 1,829 nyawa dan kebanyakannya daripada mereka adalah orang awam.

“Hanya segelintir mangsa dibawa ke hospital ini tidak begitu teruk cedera dialami mereka,” kata pakar pembedahan plastik dari American University of Beirut, Ghassan Abu Sitta. Dia dihantar ke hospital itu oleh Medical Aid for Palestinians (MAP).

“Pada pendapat saya, 70 peratus daripada mangsa akan mengalami kecacatan yang kekal. Sama ada parut atau tubuh tidak lagi berfungsi. Mereka tidak akan sama lagi seperti sediakala,” katanya.

Menurutnya, kes paling teruk diterimanya adalah merawat budak lelaki lapan tahun yang pada asasnya hilang separuh daripada wajahnya, termasuk sebelah mata.

“Apa yang perlu saya lakukan ialah membina kembali wajahnya. Malangnya, mata kanak-kanak itu tidak dapat diselamatkan. Budak itu hilang keluarganya dan tidak berupaya lagi menguruskan dirinya.

“Kanak-kanak lelaki itu tiada lagi masa depan. Ketika dirawat, kanak-kanak itu tanya mengapa lampu ditutup. Sungguh sayu hati saya.

“Saiz kerosakan atau kecederaan atau kematian ke atas penduduk Gaza tidak boleh pulih. Sistem kesihatan tidak mampu melakukannya,” katanya yang turut berada di Gaza ketika Israel melancarkan serangan pada 2008 dan 2009. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/05

Aqsa Syarif salur RM3 juta


Kuala Lumpur: Lebih RM3 juta (AS$1.08 juta) bantuan dalam pelbagai bentuk antaranya bekalan makanan serta ubat-ubatan sudah disalurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aqsa Syarif sejak tercetus serangan Israel terhadap Palestin, awal bulan lalu.

Pengerusi Aqsa Syarif Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, pihaknya menyalurkan bantuan itu hasil sumbangan rakyat Malaysia dan pihaknya memberi keutamaan kepada barangan keperluan asas dan makanan kepada rakyat Palestin.

Menurutnya, pihaknya juga turut membekalkan makanan panas kepada lebih 11,000 pelarian Palestin yang mendapat perlindungan di 10 pusat perlindungan milik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terletak di sekitar Bandar Gaza.

“Bagi tujuan pembekalan makanan panas kepada pelarian Palestin, kami memperuntukkan RM112,000 (AS$32,000) sehari dan bantuan itu dimulakan sejak awal Ramadan lalu.

“Pada hari ini, saya dimaklumkan pegawai kami di sana (Gaza) peruntukan itu sudah hampir habis dan kami akan membuat penilaian semula supaya bantuan itu dapat diteruskan dan tidak putus,” katanya, semalam.

Dr Hafidzi berkata, beliau difahamkan 16 trak membawa pelbagai bekalan sudah disalurkan kepada rakyat Palestin sehari sebelum Syawal iaitu sempena genjatan senjata 12 jam yang dimeterai Israel dan Hamas.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebuah trak yang membawa bekalan bernilai RM210,000 (AS$60,000) adalah daripada Malaysia dan bekalan berkenaan diagihkan kepada hospital yang berada di sekitar Gaza.

“Selain itu, 20 ambulans termasuk lapan daripadanya sumbangan rakyat Malaysia menunggu masa dibawa masuk ke Palestin dan ia bergantung kepada persetujuan pihak berkuasa Mesir.

“Kami sememangnya berhasrat untuk menghantar pasukan perubatan ke Gaza yang terdiri daripada pakar ortopedik bagi membantu petugas perubatan di sana, namun semua itu bergantung kepada keputusan kerajaan Mesir,” katanya.

Katanya, sehingga kini, pintu sempadan Rafah yang menghubungkan Mesir-Palestin masih ditutup dan membataskan bantuan disalurkan kepada negara berkenaan.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/05

Bahan mentah terjejas teruk


Setakat ini, bekalan makanan mentah paling teruk terjejas, terutama ayam kerana ia hanya boleh didapati menerusi pembekal di pintu sempadan. 
Sejak penutupan pintu sempadan, rakyat Palestin hanya bergantung kepada stok bekalan makanan yang ada dan sehingga kini, bekalan makanan terbabit sudah semakin menyusut. 

Peniaga bahan makanan mentah kebiasaannya mendapat bekalan di sempadan Mesir tidak dapat berbuat demikian kerana laluan ke lokasi itu terdedah kepada serangan udara rejim Zionis.
Foto
SEORANG wanita Palestin mengumpulkan barangan di rumahnya yang musnah dibedil Zionis di Rafah.

Pada perkiraan saya, jika perang ini berlanjutan, rakyat Palestin akan bergantung kepada bekalan makanan dibawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) luar, namun bekalan dibawa petugas NGO terhad dan hanya mampu bertahan beberapa hari.

Kedai menjual bekalan mentah ditutup kerana tiada bekalan dan rakyat Palestin bergantung kepada bahan makanan berasaskan tepung dan roti. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/05

Israel cabuli lagi gencatan senjata


SEORANG penduduk menggali celah runtuhan sebuah bangunan untuk mencari mayat mangsa-mangsa serangan tentera Israel di bandar Gaza semalam.- REUTERS


BANDAR GAZA - Penduduk Palestin menuduh Israel melanggar gencatan senjata selama tujuh jam semalam dengan melancar serangan bom ke atas sebuah kem pelarian di Bandar Gaza yang menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun serta mencederakan 29 orang yang lain.
Ia merupakan cabulan gencatan senjata yang kedua dilakukan tentera Israel.
Sebelum ini, tentera Israel mencabuli gencatan senjata dengan pergerakan Hamas pada Jumaat lalu.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf Al-Qidra berkata, serangan ke atas sebuah rumah di kem pelarian Shati itu berlaku selepas gencatan senjata itu dijadual bermula pada pagi semalam.
Jurucakap tentera Israel pula berkata, pihaknya masih menyiasat mengenai laporan serangan itu.
Israel sebelum ini mengumumkan gencatan senjata selama tujuh jam bagi membolehkan pasukan bantuan kemanusiaan memasuki kawasan peperangan.
Rejim Zionis juga membenarkan ratusan ribu penduduk Palestin yang berpindah sejak empat minggu lalu kembali ke rumah mereka.
Seorang pegawai pertahanan Israel berkata, gencatan senjata itu dijadualkan bermula dari pukul 10 pagi hingga 5 petang waktu tempatan.
Seorang anggota pergerakan Hamas mendakwa terdapat kemungkinan wujud tipu muslihat dalam pengumuman gencatan senjata kemanusiaan Israel itu.
Beberapa pegawai Gaza menyatakan, 1,804 penduduk Palestin terbunuh kebanyakannya orang awam manakala lebih satu pertiga daripada 1.8 juta penduduk hilang tempat tinggal.
Israel turut mengesahkan 64 orang askarnya terbunuh dalam pertempuran tersebut.
Pertempuran semalam memasuki hari ke-28 selepas tentera Israel melancarkan serangan bagi menangani serangan roket ke dalam wilayah Yahudi. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz39SpO1p4C 
Hakcipta terpelihara