Seniman Britain yang dikenali sebagai penyanyi, pemuzik, pencipta lagu, artis visual dan penerbit album Brian Eno adalah seorang daripada mereka.
Semalam Eno, 66, menulis surat terbuka menyatakan kesedihannya terhadap konflik di Gaza. Berikut adalah surat Eno: Kepada anda semua. Saya sedar saya melanggar undang-undang tidak bertulis dengan menghasilkan surat ini tetapi saya tidak mampu berdiam diri lagi. Hari ini saya melihat sekeping gambar lelaki Palestin memegang bekas plastik berisi daging. Ia adalah cebisan tubuh anaknya yang berkecai akibat misil Israel - dan adalah jelas ia adalah bom flechette yang menjadi senjata baru mereka. Anda mungkin tahu apakah senjata itu. Ia adalah bahan letupan berisi ratusan paku logam yang akan mengoyak daging manusia. Budak itu ialah Mohammed Khalaf al-Nawasra. Dia berusia empat tahun.
Tiba-tiba saya terfikir daging dalam bekas plastik itu mungkin anak-anak saya dan apa ia sangat mengerikan.
Kemudian saya terbaca bahawa PBB berkata Israel mungkin bersalah atas jenayah perang di Gaza dan mereka mahu memulakan proses itu. Amerika pasti tidak akan menyokongnya. Apa yang berlaku di Amerika? Berdasarkan pengalaman sendiri saya tahu betapa terpesongnya berita yang sampai kepada anda, serta berapa terhadnya maklumat mengenai satu pihak lain yang anda ketahui. Tetapi - demi Tuhan - ia tidak sukar untuk dicari. Mengapa Amerika meneruskan sokongan membuta tuli terhadap amalan pembersihan etnik sepihak ini? Mengapa? Saya gagal memahaminya. Saya jarang bersetuju bahawa ia adalah kuasa Aipac (Jawatankuasa Perhubungan Awam Israel Amerika) dan jika ia benar, maka kerajaan anda benar-benar korup.
Tetapi tidak, saya tidak fikir itu adalah alasannya, namun saya tidak tahu apakah ia.
PENDUDUK Jordan menyertai demonstrasi menggesa serangan Israel ke atas Gaza dihentikan di Amman semalam.
Amerika yang saya kenali dan saya sayangi adalah negara penuh belas kasihan, berfikiran terbuka, kreatif, toleransi dan pemurah. Anda, sahabat karib saya di kalangan warga Amerika, menjadi simbol itu untuk saya. Tetapi Amerika yang manakah menyokong perang kolonial sepihak ini? Saya tidak faham! Saya tahu anda bukan sendirian tetapi bagaimana semua suara (bantahan) itu tidak didengar atau diambil perhatian? Bagaimana ia tidak menjadi semangat yang seluruh dunia kini fikirkan apabila mereka mendengar ungkapan “Amerika”? Seteruk mana kelihatan Amerika apabila sebuah negara yang dikenali dengan kebebasan dan demokrasi menyumbang wang kepada pihak menyokong teokrasi rasis yang tebal? Saya berada di Israel tahun lalu bersama seorang rakan, Mary. Adiknya bekerja dengan agensi bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Baitulmaqdis.
Dia menunjukkan kami seorang wanita Palestin, Shadi, dan seorang Yahudi Israel Oren Jacobovitch yang meninggalkan tugasnya sebagai tentera kerana enggan membelasah penduduk Palestin. Di antara kedua-dua mereka kami melihat suasana mengerikan. Kanak-kanak Palestin dalam perjalanan ke sekolah dipukul kanak-kanak Israel dengan kayu besbol sambil diketawakan serta diraikan dengan tepuk sorak ibu bapa masing-masing. Seluruh perkampungan diusir dan mereka hidup dalam gua, manakala tiga keluarga Yahudi berpindah ke situ.
Sebuah petempatan Israel di atas bukit mengalirkan bahan kumbahan mereka terus ke tanah ladang Palestin di bawah. Kemudian ada tembok pemisah, pos pemeriksaan dan penghinaan berterusan sepanjang hari. Ia membuat saya terfikir - adakah warga Amerika merelakannya? Atau adakah mereka tidak tahu mengenainya? Mengenai proses damai, Israel hanya mahukan “proses” tetapi enggan menerima “damai” itu. Ketika “proses” berlangsung pendatang Yahudi terus merampas tanah dan membina petempatan. Apabila penduduk Palestin memberontak dengan bunga api yang tidak setara mana, mereka dibalas dengan misil hanya kerana “Israel berhak mempertahankan diri.” Saya meminta maaf kerana membebankan anda dengan semua ini. Saya tahu anda sibuk dan ada yang alergik kepada politik, tetapi isu Gaza lebih sekadar politik. Ia memusnahkan peradaban yang kita bina selama beberapa generasi. Tiada satu pun persoalan dalam surat ini bersifat retorik. Saya benar-benar tidak faham dan saya sangat berharap dapat memahaminya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/05
No comments:
Post a Comment