Tuesday 5 August 2014

Hollande mahu pembunuhan beramai-ramai di Gaza dihentikan

LIEGE, Belgium 5 Ogos - Presiden Perancis, Francois Hollande menggesa supaya tindakan 'pembunuhan beramai-ramai' di Gaza dihentikan dengan segera, selepas lebih daripada 1,800 orang rakyat Palestin terkorban dalam serangan Israel terhadap pergerakan Hamas.
"Saya melihat pembunuh beramai-ramai berlaku setiap hari terhadap penduduk Kristian di Iraq termasuk penduduk minoriti di Syria.
"Dan apa yang berlaku di Gaza adalah satu pembunuhan... kita harus bertindak segera," jelas Hollande ketika menghadiri majlis memperingati ulang tahun ke-100 Perang Dunia Pertama. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140805/lu_02/Hollande-mahu-pembunuhan-beramai-ramai-di-Gaza-dihentikan#ixzz39SnKnuwf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment