Tuesday 25 August 2015

Rejim Zionis arah roboh masjid di Baitulmaqdis Timur


Rejim Zionis arah roboh masjid di Baitulmaqdis Tim

25 OGOS 2015
 Jentolak milik majlis perbandaran Israel merobohkan hartanah milik penduduk di Silwan pada minggu lalu.

BAITULMAQDIS - PALESTIN . Rejim Zionis sekali lagi bertindak biadab kerana memberi lampu hijau untuk merobohkan masjid dan kediaman milik penduduk Palestin di Baitulmaqdis Timur.

Jurucakap Pusat Maklumat Wadi Hilweh di Silwan, Majid al-Abbas berkata, pihak berkuasa perbandaran Israel turut mengarahkan perobohan apartmen studio dan sebuah rumah di kawasan tersebut.

"Mereka sewenang-wenangnya mahu merobohkan masjid al-Qaaqaa yang dibina tiga tahun lalu di kawasan seluas 110 meter persegi kerana mahu merealisasikan projek penempatan haram Yahudi," katanya.

Menurut Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan PBB, kira-kira 370 hartanah milik penduduk Palestin di Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat telah dirobohkan sejak awal tahun lalu. - Press TV