Monday 30 June 2014

Duta khas AS letak jawatan


  • Martin IndykMartin Indyk

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Duta khas Amerika Syarikat (AS) untuk rundingan damai antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin meletakkan jawatan susulan kegagalan mencapai kata sepakat.

Memetik laporan Reuters, Jabatan Negara AS mengumumkan, Martin Indyk yang dilantik ke jawatan duta oleh Setiausaha Negara, John Kerry Julai lalu akan kembali ke jawatan asal beliau selaku Naib Presiden dan Pengarah Dasar Luar di Institusi Brookings.

Bulan lalu, Indyk menyalahkan Israel tentang kegagalan rundingan damai itu kerana rejim Zionis enggan membekukan penempatan haram sebaliknya meningkatkan lagi aktiviti pembinaan selain meningkatkan serangan.

April lalu, AS, Eropah Barat, Rusia dan Jepun memberi amaran bahawa Israel boleh menjadi negara aparteid jika perbincangan dengan Palestin gagal.

Zionis serbu rumah penduduk Palestin

Zionis menggunakan jentolak ketika serbuan. -Foto: EPA
Zionis menggunakan jentolak ketika serbuan. -Foto: EPA
TEBING BARAT - Tentera Zionis meningkatkan tekanan menjelang Ramadan dengan menyerbu lebih banyak rumah penduduk Palestin.

Kelmarin,  mereka menyerbu rumah di Jenin  dengan merobohkan kediaman terbabit menggunakan jentolak.

Sejak kehilangan tiga remaja Israel 12 Jun lalu, tentera dikatakan membunuh beberapa penduduk Palestin dan menahan lebih 400 orang termasuk penggubal undang-undang Hamas.

Terdahulu, rejim menuduh gerakan Hamas menculik remaja berkenaan.

Bagaimanapun, Hamas menolak dakwaan itu dengan mengatakan Israel sengaja membuat tuduhan melulu bertujuan mensabotaj pembentukan kerajaan perpaduan yang baharu diwujudkan antara Hamas dan Fatah. - AFP

Israel lancar 12 serangan udara ke Gaza


GAZA CITY 29 Jun - Tentera Israel melancarkan 12 bedilan udara ke Genting Gaza malam semalam dan hari ini, mencederakan dua orang selepas beberapa siri serangan udara didakwa mengenai selatan Israel.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri di Gaza berkata, serangan lewat malam semalam dan awal hari ini menyasarkan kawasan tepi pantai dan mengakibatkan kerosakan di Gaza City.
"Sebanyak 12 bedilan dilancarkan dalam dua peringkat. Bedilan itu ditujukan ke arah kedudukan kumpulan pejuang," katanya. - AFP

Thursday 26 June 2014

63 tahanan henti mogok lapar


  • Ahli keluarga dan teman rapat tahanan yang menyertai mogok lapar mengadakan protes di hadapan penjara Ayolan dekat Tel Aviv.Ahli keluarga dan teman rapat tahanan yang menyertai mogok lapar mengadakan protes di hadapan penjara Ayolan dekat Tel Aviv.
TEL AVIV - ISRAEL. Seramai 63 tahanan Palestin bersetuju menghentikan mogok lapar dilancarkan sejak akhir April lalu bagi menghormati ketibaan Ramadan pada akhir minggu ini.

Kelmarin, peguam mereka, Abu Snena memaklumkan keputusan itu dibuat selepas kesemua tahanan mencapai persetujuan dengan pihak berkuasa penjara rejim Zionis.

Menurut Al-Arabiya,  jurucakap Perkhidmatan Penjara Israel, Sivan Weizman berkata, tindakan nekad mogok lapar tersebut adalah paling lama pernah dilancarkan oleh tahanan Palestin.

Difahamkan, mogok lapar secara beramai-ramai tersebut adalah sebagai membantah tahanan pentadbiran yang dikenakan ke atas mereka berikutan ia didakwa tidak adil kerana mahkamah berhak memutuskan hukuman tanpa sebarang perbicaraan. 

palestin

Tahanan Palestin henti mogok lapar 62 hari


RAMALLAH, Wilayah Palestin - Berpuluh-puluh tahanan Palestin yang enggan makan selama 62 hari memansuhkan mogok lapar selepas mencapai satu persetujuan dengan Perkhidmatan Penjara Israel (IPS), kata peguam mereka kepada agensi berita AFP.
Semua tahanan itu memulakan mogok lapar pada 24 April lepas kerana membantah dipenjara oleh Israel tanpa didakwa atau perbicaraan. Mereka ditahan menerusi prosedur yang dinamakan Tahanan Kerajaan.
"Semua tahanan itu memutuskan untuk berhenti mogok lapar selepas mencapai satu persetujuan dengan pihak berkuasa penjara seiring menjelangnya bulan Ramadan," kata peguam berkenaan, Ashraf Abu Snena.
Umat Islam dijangka berpuasa pada hujung minggu ini.
Namun, persetujuan tersebut tidak melibatkan pembatalan sistem Tahanan Kerajaan," kata jurucakap IPS, Sivan Weizman.
"Langkah itu akan tetap digunakan," katanya.
Menurut Sivan, bilangan tahanan Palestin yang melakukan mogok lapar adalah seramai 75 orang ketika persetujuan itu dicapai.
Tahanan Kerajaan merupakan prosedur penjajah British pada 1920 hingga 1948 di Palestin untuk menahan sesiapa sahaja selama enam bulan tanpa pendakwaan manakala tempoh tersebut boleh dilanjutkan menerusi perintah mahkamah. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz35hGMvnhp 
Hakcipta terpelihara 

Tahanan Palestin mengalah selepas perjanjian dicapai


RAMALLAH 26 Jun - Berpuluh-puluh tahanan Palestin yang membuat mogok lapar selama 62 hari menggantung mogok mereka selepas mencapai perjanjian dengan pihak berkuasa penjara semalam.
Kesemua tahanan memulakan mogok lapar itu pada 24 April lalu, sebagai tanda memprotes tindakan Israel yang menahan mereka tanpa sebarang dakwaan dan tuduhan kesalahan di bawah prosedur kontroversi yang dipanggil tahanan pentadbiran yang akan dilanjutkan beberapa tahun.
"Kesemua mereka telah mencapai persetujuan dengan pihak berkuasa penjara Israel, dan telah membuat keputusan untuk menggantung tindakan mereka sempena kehadiran Ramadan," kata Ashraf Abu Snena. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140626/lu_01/Tahanan-Palestin-mengalah-selepas-perjanjian-dicapai#ixzz35h84eCWl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday 25 June 2014

Samer Issawi ditahan semula

Berita | Samer Issawi ditahan semula

Anda masih ingat beliau? Zionis Israel menahan semula tahanan mogok lapar (#palhunger atau hunger strike) yang telah dibebaskan di rumahnya di Timur Baitul Makdis. Belau telah bermogok lapar selama 270 hari kemudian dibebaskan, lalu ditahan semula.

Sebelum beliau, zionis Israel telah menahan 37 orang warga Palestin di Tebing Barat dalam operasi pencarian 3 askar mereka yang hilang. Misi pencarian telah masuk hari ke 11.

Sehingga kini, 471 warga Palestin ditahan, termasuk 11 orang ahli parlimen, 400 kali pencerobohan dilakukan pada rumah-rumah, institutsi awam, universiti, pusat media. [Ph]

sumber: maannews

Nota: 2 kempen antarabangsa sedang berlaku sekarang, iaitu#BringBackOurBoys (kembalikan anak-anak kami) dan #water_and_salt(tahanan penjara)

#aqsasyarif #ramadhan

PENCULIKAN 3 REMAJA DARI GUSH ETZION

ANALISIS STRATEGIK PACE (2) | PENCULIKAN 3 REMAJA DARI GUSH ETZION

Minggu lalu, pada 12 Jun 2014, dunia dikejutkan dengan berita penculikan 3 remaja Israel Naftali Frankel (16), Gilad Shaer (16), and Eyal Yifrah (19) dari kawasan berhampiran Gush Etzion. Gush Etzion merupakan penempatan haram Yahudi yang terletak di selatan Al-Quds dan Bait Lahm di Tebing Barat. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa bahawa HAMAS adalah dalang di sebalik penculikan ini.

Sungguhpun tiada bukti yang jelas, Israel menggunakan ucapan Ismael Haniyeh beberapa bulan yang lalu sebagai asas kepada tuduhan ini. Pemimpin HAMAS di Gaza itu pernah berikrar untuk menawan lebih ramai tentera Israel agar dapat ditukarkan dengan ribuan rakyat Palestin yang masih ditahan di penjara Israel. HAMAS ingin mengulangi kejayaan menukar Gilat Shalit dengan 1,027 orang rakyat Palestin dari penjara Israel pada 2011. Justeru, Israel dengan tidak ragu-ragu menuduh HAMAS melakukan penculikan ini dengan motif yang sama.

Ketua Biro Politik HAMAS, Khalid Misyal walau bagaimanapun tidak menidak mahupun mengiyakan dakwaan penglibatan HAMAS dalam penculikan ini. Namun, beliau menganggap tindakan tersebut sebagai sebahagian daripada perjuangan rakyat Palestin dalam usaha membebaskan sebanyak mungkin rakyat Palestin yang masih ditahan tanpa bukti dan bicara di penjara-penjara Israel.

Presiden Mahmoud Abbas dan Saeb Erekat, Ketua Jururunding Pihak Berkuasa Palestin (PA) juga mengakui bahawa Israel masih gagal mengemukakan sebarang bukti bahawa HAMAS adalah dalang di sebalik penculikan tersebut.

Di sebalik tuduhan dan pembelaan ini, wujud beberapa kebarangkalian bagi menjelaskan kes penculikan yang berlaku:

1. Penculikan ini telah dirancang oleh Israel.

Pada 23 April 2014, HAMAS dan Pihak Berkuasa Palestin (PA) telah menandatangani Perjanjian Al-Shati’ yang menyaksikan rekonsiliasi antara HAMAS dan Fatah, menamatkan perseteruan 7 tahun 2 fraksi besar di Palestin ini. Penyatuan rakyat Palestin merupakan berita buruk bagi Israel kerana ia bakal menyukarkan rancangannya melalui "Framework for Peace” dengan sokongan John Kerry, Setiausaha Negara Amerika Syarikat. Penglibatan HAMAS dalam PA membimbangkan Israel kerana HAMAS tidak pernah mengiktiraf keabsahan negara Israel. Penculikan ini menyaksikan HAMAS telah dikambing hitamkan sebagai pesalah bagi mengganggu proses rekonsiliasi HAMAS dan Fatah dan pembentukan Kerajaan Perpaduan Palestin.

2. Penculikan dirancang oleh golongan anti-rekonsiliasi

Penculikan ini dirancang oleh golongan anti-rekonsiliasi yang menerima impak negatif melalui perdamaian HAMAS dan Fatah. Perdamaian ini secara tidak langsung telah menghapuskan status kuo yang wujud sebelum ini. Pihak yang menerima laba daripada status kuo sebelum ini ingin memastikan perdamaian ini gagal dan golongan mereka kembali mendominasi politik di Palestin. Kemungkinan golongan ini ditaja oleh pihak-pihak berkepentingan (termasuk Israel) juga tidak boleh diketepikan.

3. Penculikan dirancang oleh HAMAS

Penculikan ini dirancang oleh HAMAS bagi meneruskan strategi menukar tawanan Israel dengan rakyat Palestin yang ditahan tanpa bukti dan bicara di penjara-penjara Israel. HAMAS pernah menikmati kejayaan menukar 1,027 tahanan Palestin dengan seorang tawanan Israel (Gilat Shalit) pada tahun 2011. Lebih 5,000 rakyat Palestin masih meringkuk di penjara Israel. Sebahagian daripada mereka telah dipenjarakan lebih 20 tahun.

*****

Penculikan ini telah menyaksikan Israel melancarkan Operation Brother’s Keeper bagi menjejaki mangsa dan dalang penculikan. Wilayah Hebron dikenakan perintah berkurung, rumah-rumah di sekitar Tebing Barat digeledah, para pemimpin dan penyokong HAMAS ditangkap dan Gaza dibedil dengan mortar dan peluru berpandu. Dalam tempoh 10 hari, lebih 800 rumah digeledah, 437 orang ditangkap dan 5 orang terkorban di tangan tentera Israel (IDF).

Sejak zaman pentadbiran Perdana Menteri Yitzhak Rabin, Israel telah merangka polisi yang jelas berhubung urusan pengendalian kes penculikan oleh kumpulan pengganas. Jika wujud peluang untuk mangsa penculikan diselamatkan, Israel akan berbuat apa sahaja untuk menyelamatkan mereka biar pun terpaksa membayar harga yang mahal. Jika tiada kepakaran dan kapasiti untuk menyelamatkan mereka, barulah Israel akan berkompromi untuk mengadakan proses pertukaran banduan. Hal ini menjelaskan sedikit sebanyak senario yang berlaku pada hari ini.

Walaubagaimanapun, tindak-balas keterlaluan Israel pada hari ini jelas menunjukkan bahawa ia adalah lebih daripada sekadar operasi menyelamatkan mangsa penculikan. Dalam tempoh 10 hari, operasi Israel di Tebing Barat dan Gaza telah menatijahkan beberapa perkara:

1) Dengan menyalahkan HAMAS atas kejadian ini, Israel dapat mengambil tindakan keras ke atas pemimpin dan penyokong mereka. Pemimpin dan penyokong HAMAS ditangkap manakala Gaza, kubu kuat HAMAS dikepung dan dibom. Israel berharap operasi ini dapat melumpuhkan operasi HAMAS dan membuatkan rakyat menghentikan sokongan ke atas HAMAS.

2) Israel mengenakan tekanan kepada Presiden Abbas dan menyalahkannya kerana berdamai dengan HAMAS sungguhpun pertubuhan itu dianggap sebagai pengganas oleh Israel. Kesediaan Presiden Abbas menerima HAMAS menyebabkan beliau perlu menanggung kesemua dosa dan kesalahan HAMAS ke atas Israel. Tekanan ini diharapkan dapat menggagalkan rekonsiliasi HAMAS dan Fatah juga Kerajaan Perpaduan yang baru dibentuk.

3) Operasi Brother’s Keeper telah memberi Israel alasan untuk memposisikan semula tenteranya di wilayah-wilayah Tebing Barat terutamanya di sekitar Zon A yang dikuasai PA dan di Jordan Valley.

4) Operasi ketenteraaan terbaru ini dimanfaatkan oleh Israel untuk mengingatkan generasi muda Palestin pasca Intifada 2 bahawa Tebing Barat berada di bawah penguasaan Israel dan bukannya PA.

5) Operasi ketenteraan ini menjawab persoalan rakyat Israel ke atas kerajaan pimpinan Netanyahu yang dilihat hilang arah dan bertindak terlalu pasif selepas perdamaian HAMAS dan Fatah. Ia juga satu cubaan mengembalikan semula kepercayaan dan sokongan terhadap Netanyahu yang dilihat gagal mempengaruhi keputusan melantik Presiden baru Israel 2 minggu lalu.

6) Kerancakan media massa melaporkan kes penculikan ini telah menutup isu-isu yang lebih besar seperti mogok lapar tahanan Palestin yang kini memasuki bulan ketiga juga projek penempatan haram Yahudi di Tebing Barat.

7) Penculikan ini dijadikan alasan untuk Israel terus menuduh HAMAS sebagai pengganas dan mengajak semua pihak menolak PA yang didukung oleh HAMAS.

8) Penculikan ini menjadi alasan untuk menagih simpati antarabangsa terhadap rakyat Israel di penempatan Yahudi di Tebing Barat yang sentiasa terdedah dengan ancaman kumpulan pengganas seperti HAMAS

9) Israel cuba mendedahkan kelemahan HAMAS, FATAH mahupun badan-badan antarabangsa yang tidak mampu mengekang tindakan-tindakan unilateral Israel ke atas wilayah Palestin.

[AK]

***

Teruskan bersama PACE untuk perkembangan terkini di Palestin.

#pacemalaysia #analisisstrategikpace
 

Berburu tiga remaja Yahudi, tentara "Israel" geledah rumah warga Palestina di Tepi Barat


Selasa, 26 Sya'ban 1435 H / 24 Juni 2014 19:22
Berburu tiga remaja Yahudi, tentara "Israel" geledah rumah warga Palestina di Tepi Barat
Ilustrasi - Berburu tiga remaja Yahudi, tentara "Israel" geledah rumah warga Palestina di Tepi Barat
TEPI BARAT (Arrahmah.com) – Pasukan “Israel” memasuki kota Qarawat di Tepi Barat pada Senin pagi (23/6/2014) dan menggeledah beberapa rumahpenduduk setempat mengatakan kepada Ma’an News Agency.
Saksi mata mengatakan kepada Ma’an bahwa pasukan “Israel” menyerbu rumah Said AssiAzzam MiriAlaa AssiHaji TawfiqMuhib MiriAbu al-Hareth AssiHarb RayanHaji Abd al-Aziz AssiAzzam MiriAbu Ayman Miridan Abu Aziz Miri.
Tentara “Israel” merusak harta benda milik warga dan mencuri uang di beberapa rumahkata penduduk setempat.
Penggerebekan datang di tengah kampanye militer “Israel” yang sedang berlangsung untuk menemukan tiga hilang remaja “Israel” yang hilang.
Pasukan “Israel” telah menewaskan lima warga Palestina saat melakukan operasi penangkapantermasuk dua orang ditembak mati pada Ahad (22/6).
“Irael” menuduh Hamas menculik tiga remaja “Israel” dari pemukiman Gush Etzion di dekat Bethlehemtapi Hamas menyangkal keterlibatannya.
(ameera/arrahmah.com)
- See more at: http://www.arrahmah.com/news/2014/06/24/berburu-tiga-remaja-yahudi-tentara-israel-geledah-rumah-warga-palestina-di-tepi-barat.html#sthash.9IDSp2cB.dpuf

Mencari 3 pemuda Yahudi yang hilang, pasukan "Israel" menangkap 13 warga Palestina di distrik Hebron


Selasa, 26 Sya'ban 1435 H / 24 Juni 2014 20:17
Mencari 3 pemuda Yahudi yang hilang, pasukan "Israel" menangkap 13 warga Palestina di distrik Hebron
Ilustrasi - Mencari 3 pemuda Yahudi yang hilang, pasukan "Israel" menangkap 13 warga Palestina di distrik Hebron
HEBRON (Arrahmah.com) – Pasukan “Israel” menangkap 13 warga Palestina di distrik Hebron pada Senin (23/6/2014) malam, kata penduduk setempat pada Selasa (24/6/2014), seperti dilansir Ma’an.
Saksi mata mengatakan tentara penjajah di Hebron menggerebek rumah pengacara Palestina Rajab Dandis dan menahannya serta saudaranya Sufyan pada Senin malam.
Pasukan “Israel” juga menahan Issam Abu Eisha dan mantan tahanan Muhannad Nayroukh di kota itu.
Selain itu, tentara penjajah juga menyerbu toko-toko di wilayah Al-Mahawir, Al-Bassa, dan Al-Hawooz di Hebron, serta menyita rekaman kamera keamanan.
Di desa Beit Kahil di utara Hebron, tentara penjajah menangkap Muhammad Othman Abriyush, kata penduduk setempat.
Sementara itu, di dekat desa Beit Awwa, pasukan “Israel” menahan Ibrahim Muhammad Sweiti da anaknya Ali, serta menahan Dawood Kathim Sweiti dan Issa Muhammad Abu Jamal.
Penahanan paksa juga dilaporkan di kamp pengungsi Al-Arrub di utara Hebron. Penduduk setempat mengatakan tentara penjajah menahan Amir Muhammad Al-Titi, Ramzi Al-Badawi, Imad Jawabrah, dan Muhib Al-Najmi.
Bentrokan terjadi antara pasukan penjajah “Israel” dan warga Palestina di kamp tersebut. Tiga warga Palestina terkena peluru karet berlapis sementara yang lain menderita inhalasi gas air mata.
Seorang jurubicara militer “Israel” mengklaim kepada Ma’an bahwa hanya empat orang Palestina yang ditangkap kemarin malam di Tepi Barat.
Hari Selasa (24/6) ini menandai hari ke-12 sejak tiga pemuda “Israel” diklaim menghilang dari pemukiman Yahudi Gush Etzion di dekat Bethlehem.
Operasi pencarian militer yang sedang berlangsung untuk mencari 3 pemuda Yahudi “Israel” yang hilang di Tepi Barat yang secara meluas dianggap sebagai penyebaran paling luas sejak Intifada Kedua.
Lebih dari 500 warga Palestina telah ditahan sejak operasi brutal tersebut dimulai, menurut Perhimpunan Tahanan Palestina.
Pasukan biadab “Israel” juga telah membunuh lima warga Palestina dan melukai puluhan lainnya dalam operasi brutal ini.
(banan/arrahmah.com)
- See more at: http://www.arrahmah.com/news/2014/06/24/mencari-3-pemuda-yahudi-yang-hilang-pasukan-israel-menangkap-13-warga-palestina-di-distrik-hebron.html#sthash.VE7FOBA7.dpuf

Tuesday 24 June 2014

palestin

palestin

PEMUKIM YAHUDI TEMBAKI KUMPULAN PELAYAD PALESTINA DI AL-BIREH


JUNE 23, 2014bentrok



Pemukim Yahudi pada hari Ahad (22/6/2014) menembaki warga Palestina di al-Bireh dekat Ramallah saat mereka berkumpul untuk pemakaman seorang pria, yang tewas oleh pasukan Israel hari sebelumnya.


Setelah prosesi pemakaman Muhammad Tarifi di lingkungan Jabal al-Tawil, pemukim dari pemukiman Psagot menembaki pelayat, melukai salah satu dari mereka.

Ketika pasukan Israel tiba di lokasi, bentrokan pecah karena warga Palestina melemparkan batu pada pemukim dan tentara.

Tentara menembakkan granat, gas air mata, peluru, dan api hidup kepada Palestina.

Orang-orang Palestina kemudian mundur ke al-Bireh di Jabal al-Tawil dan lingkungan al-Jinan.

Seorang warga ditemukan tewas di atap sebuah bangunan komersial di Ramallah dan otopsi menunjukkan bahwa korban meninggal karena peluru yang ditembakkan dari senapan serbu M16, yang digunakan oleh pasukan Israel.

Kasus itu adalah kasus penembakan kelima oleh pasukan Israel pada pekan lalu, dalam kampanye militer besar-besaran di Tepi Barat mencari tiga remaja Israel yang hilang.

Dalam 10 hari sejak pasukan Israel telah menangkap lebih dari 400 warga Palestina, mayoritas terkait dengan Hamas, dan menyerbu lebih dari 1.000 lokasi di seluruh Tepi Barat. Israel telah bersumpah untuk “menghancurkan” Hamas. [ds/knrp/maannews]asal

PASUKAN ISRAEL TANGKAP 4 PEREMPUAN PALESTINA


JUNE 23, 2014 kidnap_women



Pasukan Israel pada hari Ahad (22/6/2014) sore menyerbu kota al-Tayba, Jenin, Tepi Barat yang diduduki.  Israel dikabarkan menangkap empat perempuan Palestina.


Sumber-sumber lokal mengatakan kepada pusat informasi Palestina (PIC) bahwa IOF menangkap Fathiya Aghbariya, 52, putrinya Nivin, 18, dan Hanin, 25, serta menantunya Douaa, 21.

Pasukan Israel menggerebek  rumah Fathiya sebelum membawa mereka ke lokasi yang tidak di ketahui.

Israel baru-baru ini melancarkan serangan dan penggerebekan di seluruh wilayah Tepi Barat, dengan dalih untuk mencari tiga pemukim Yahudi yang hilang 12 Juni lalu. Lebih dari 400 orang telah ditangkap dan seribu rumah telah digeledah oleh pasukan Israel. [ds/knrp/pic]

PASUKAN ISRAEL KEMBALI TANGKAP 37 WARGA PALESTINA DI TEPI BARAT


286467_345x230

JUNE 23, 2014
Pasukan militer Israel dikabarkan telah menahan 37 warga Palestina pada Ahad (22/6/2014) malam di Tepi Barat yang diduduki. Hal itu masih merupakan buntut pencarian yang diluncurkan Israel untuk menemukan tiga pemukim Yahudi.


Tentara Israel melakukan inspeksi dari rumah ke rumah di Nablus dan kamp pengungsi Balata dan menahan Salih Saadi al-Amir, Taha Salous, Ahmad al-Tanbour, Abdul-Rahman al-Bishtawi dan Amir Ishtayya.

Di Bethlehem, pasukan Israel menyita komputer dan kamera pengintai dari tempat penukaran uang dan merusaknya ketika mencoba untuk membukanya. Pasukan Israel juga menyerbu tempat penukaran uang di Hebron, menyita semua komputer dan kamera keamanan.

Seorang jurubicara militer Israel mengatakan 37 warga Palestina ditahan semalam selama pasukan Israel menyerbu 80 lokasi, dengan fokus pada barat laut Hebron, Jenin dan Beit Awwa. Tentara juga menggerebek tujuh tempat afiliasi Hamas.

Sebuah operasi militer besar-besaran diluncurkan oleh Israel sejak 10 hari yang lalu, setelah tiga warga Israel hilang di Tepi Barat yang diduduki. Dengan dalih mencari remaja yang hilang, pasukan Israel telah menewaskan lima warga, menahan 471 warga Palestina, termasuk 11 anggota parlemen, di lebih dari 400 serangan yang ditargetkan pada rumah, lembaga masyarakat sipil, perguruan tinggi dan media. [ds/knrp/maannews]asal

MENGAPA YAHUDI TAKUT PADA ANAK PALESTINA? (2-HABIS)


MIDEAST-DIPLOMACY-ISRAEL-SECURITY

JUNE 23, 2014
Sejak kecil mereka telah dilatih bermain piano dan biola. Ini adalah suatu kewajiban. Menurut mereka bermain musik dan memahami not dapat meningkatkan IQ. Sudah tentu bakal menjadikan anak pintar. Ini menurut saintis Yahudi, hentakan musik dapat merangsang otak. Tak heran banyak pakar musik dari kaum Yahudi. Seterusnya di kelas 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematika berbasis perniagaan. Pelajaran IPA sangat diutamakan.

Di dalam pengamatan Stephen, “Perbandingan dengan anak anak di California, dalam tingkat IQ-nya bisa saya katakan 6 tahun ke belakang!” katanya.  Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi olahraga juga menjadi kewajiban bagi mereka.

Olahraga yang diutamakan adalah memanah, menembak dan berlari. Menurut teman Yahudi-nya Stephen, memanah dan menembak dapat melatih otak fokus. Disamping itu menembak bagian dari persiapan untuk membela negara. Selanjutnya perhatian Stephen ke sekolah tinggi (menengah). Di sini murid-murid digojlok dengan pelajaran sains. Mereka didorong untuk menciptakan produk. Meski proyek mereka kadangkala kelihatannya lucu dan memboroskan, tetap diteliti dengan serius.

Apa lagi kalau yang diteliti itu berupa senjata, medis dan teknik. Ide itu akan dibawa ke jenjang lebih tinggi. Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakultas ekonomi. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka belajar ekonomi. Diakhir tahun diuniversitas, mahasiswa diharuskan mengerjakan proyek. Mereka harus memperaktekkanya. Anda hanya akan lulus jika team Anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US 1 juta!

Anda terperanjat? Itulah kenyataannya. Kesimpulan pada teori Stephen adalah, melahirkan anak dan keturunan yang cerdas adalah keharusan. Tentunya bukan perkara yang bisa diselesaikan semalaman. Perlu proses, melewati beberapa generasi mungkin? Kabar lain tentang bagaimana pendidikan anak adalah dari saudara kita di Palestina.

Mengapa Israel mengincar anak-anak Palestina. Terjawab sudah mengapa agresi militer Israel yang biadab dari 27 Desember 2008 kemarin memfokuskan diri pada pembantaian anak-anak Palestina di Jalur Gaza. Seperti yang kita ketahui, setelah lewat tiga minggu, jumlah korban tewas akibat holocaust itu sudah mencapai lebih dari 1300 orang lebih. Hampir setengah darinya adalah anak-anak. Selain karena memang tabiat Yahudi yang tidak punya nurani, target anak-anak bukanlah kebetulan belaka. Sebulan lalu, sesuai Ramadhan 1429 Hijriah, Ismali Haniya, pemimpin Hamas, melantik sekitar 3500 anak-anak Palestina yang sudah hafidz al- Quran.

Anak-anak yang sudah hafal 30 juz Alquran ini menjadi sumber ketakutan Zionis Yahudi. “Jika dalam usia semuda itu mereka sudah menguasai Alquran, bayangkan 20 tahun lagi mereka akan jadi seperti apa?” demikian pemikiran yang berkembang di pikiran orang-orang Yahudi.. Tidak heran jika-anak Palestina menjadi para penghafal Alquran. Kondisi Gaza yang diblokade dari segala arah oleh Israel menjadikan mereka terus intens berinteraksi dengan al-Qur’an. Tak ada main Play Station atau game bagi mereka. Namun kondisi itu memacu mereka untuk menjadi para penghafal yang masih begitu belia.

Perang panjang dengan Yahudi akan berlanjut entah sampai berapa generasi lagi. Ini cuma masalah giliran. Sekarang Palestina dan besok bisa jadi Indonesia. Bagaimana perbandingan perhatian pemerintah Indonesia dalam membina generasi penerus dibanding dengan negara tetangganya. Ambil contoh tetangga kita yang terdekat adalah Singapura.

Contoh yang penulis ambil sederhana saja, Rokok. Singapura selain menerapkan aturan yang ketat tentang rokok, juga harganya sangat mahal. Benarkah merokok dapat melahirkan generasi “Goblok!” kata Goblok bukan dari penulis, tapi kata itu sendiri dari Stephen Carr Leon sendiri. Dia sudah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. “Lihat saja Indonesia,” katanya seperti dalam tulisan itu. “Jika Anda ke Jakarta, di mana saja Anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium, hidung Anda akan segera mencium bau asak rokok! Berapa harga rokok? Cuma US$ .70cts !”

Hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak universitas? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematika sedunia? Apakah ini bukan akibat merokok?

asal

Jusuf: Kita akan buka kedutaan di Palestin


Pandeglang: Bekas Naib Presiden Indonesia yang kini menjadi regu Jokowi, Jusuf Kalla (gambar) berkata, dia akan membuka Kedutaan Indonesia di Palestin jika mendapat mandat daripada rakyat bulan depan.

Kata Jusuf, tindakan itu adalah satu daripada komitmennya membantu negara berkenaan.

Menurut Jusuf, Kedutaan Indonesia tidak sepatutnya hanya dibuka di Jordan, sebaliknya perlu ada di Ramallah.



“Langkah itu adalah penegasan Indonesia terhadap sokongan masyarakat Palestin.

“Kita tidak main-main dengan rancangan ini kerana konflik yang berlaku di situ sering menjadi masalah antarabangsa,” katanya selepas melawat pondok pengajian Fathul Ma’ani di Pandeglang, Banten, semalam.

Jusuf berkata, apa yang dipaparkan Jokowi dalam debat pusingan ketiga kelmarin sangat tepat dengan apa yang ada dalam perancangan mereka.

“Kami merancang beberapa langkah strategik berhubung dasar luar terhadap Palestin,” katanya, semalam.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/24

Israel lancar serangan udara di Golan

Israel lancar serangan udara di Golan
ASKAR Israel membuat persiapan di kawasan yang diduduki Israel di Bukit Golan, di mana tentera Yahudi itu melepaskan tembakan meriam ke arah kedudukan tentera Syria semalam. - Foto Reuters 
BAITULMAQDIS: Israel melakukan serangan balas terhadap tentera Syria di Bukit Golan atas alasan kononnya seorang remajanya terbunuh dalam serangan awal Syria.

Serangan semalam adalah yang paling serius di kawasan peletakan senjata di Syria sejak Perang Asia Barat 1973.

Kawasan yang disasarkan termasuk ibu pejabat tentera Syria dan kawasan pelancaran serangan, kata Leftenan Kolonel Peter Lerner bagi pihak tentera Israel.

Tentera Yahudi mendakwa serangan udara itu dilakukan selepas anak lelaki kontraktor kementerian pertahanan Israel dibunuh di Golan semalam. - AFP

Monday 23 June 2014

palestin

Hamas sangkal tuduhan culik


  • Askar rejim Zionis melancarkan operasi besar-besaran untuk mengesan tiga remaja Israel yang hilang di Tebing Barat. Gambar kecil: MahmoudAskar rejim Zionis melancarkan operasi besar-besaran untuk mengesan tiga remaja Israel yang hilang di Tebing Barat. Gambar kecil: Mahmoud

RAMALLAH - PALESTIN. Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menegaskan tiada bukti kukuh menunjukkan gerakan Hamas mendalangi insiden penculikan tiga remaja Israel di Tebing Barat, lebih seminggu lalu.

"Kami sudah berusaha untuk mengesan mangsa," katanya pada laporan Press TV.

Difahamkan, kesemua mereka dilihat kali terakhir di bandar Hebron pada 12 Jun lalu sebelum dilaporkan hilang.

Dalam perkembangan lain, seorang penduduk Palestin maut manakala puluhan lagi cedera selepas rejim Zionis menggunakan tindakan kekerasan ketika operasi besar-besaran untuk mencari tiga remaja tersebut.

Pihak berkuasa Palestin memberitahu, Ahmad Abu Shanu ditembak ketika dalam perjalanan ke masjid di bandar Nablus.

Sementara itu, puluhan cedera termasuk seorang kritikal selepas pertempuran tercetus antara penunjuk perasaan dan tentera Israel di Ramallah, Abu Dis dan  Jenin.

"Rejim Zionis turut melancarkan serangan udara dengan menyasarkan empat kawasan di selatan Gaza, namun tiada kematian dilaporkan," menurut media tempatan.

Sehingga kini, lebih 300 penduduk Palestin termasuk Ahli Parlimen dan anggota Hamas ditahan dalam operasi yang dilancarkan Israel sejak awal minggu lalu.

Warga Palestin ditembak mati

Berita | Warga Palestin ditembak mati
Tebing Barat, 24 Jun - Dua orang warga Palestin ditembak mati malam semalam semasa operasi pencarian tiga orang askar zionis yang hilang. Ahmad Said Suod Khalid, 27 di kem pelarian al-Ein dan Mahmoud Ismail Atallah Tarifi, 30 di Nablus.
Khalid ditembak sebanyak 4 kali semasa perjalanan menuju ke masjid untuk solat, manakala Atallah ditemui di atas atap. [Ph]
sumber: maan, teampalestina

Zionis Israel Bunuhi Remaja Palestina Pengunjuk Rasa di Tepi Barat



Sabtu, 21 Sya`ban 1435 News, World

Shoutussalam.com – Tentara Israel membunuhi pemuda Palestina pada Jumat (20/06/2014), sebelum terbitnya fajar di Tepi Barat. Selain itu, beberapa kaum dewasa juga terluka karena serangan para zionis ini.

Rangkaian serangan yang dilancarkan pada penduduk Tepi Barat ini berkaitan dengan hilangnya tiga orang warga negara Zionis Israel yang berusia belasan tahun.

Pada malam Jumat, 25 orang Palestina ditangkap oleh pihak keamanan Israel. Demikian sumber dari zionis menyatakan kabar ini secara resmi.

Kondisi wilayah Palestina makin memanas, bersamaan dengan persatuan nasionalisme yang dibangun kembali oleh Kelompok Fatah yang berkuasa di Tepi Barat, dan Hamas yang memegang kendali di Gaza.

Cinta memang buta,yahudi dan saudi.


palestin

Sunday 22 June 2014

3 pemuda israel diculik, israel tahan 6 ahli parlimen palestine, bunuh berpuluh2 & tangkap berdozen2 org awam

3 pemuda israel diculik, israel tahan 6 ahli parlimen palestine,
bunuh berpuluh2 & tangkap berdozen2 org awam

ratus ribu org islam syria dibunuh, 750,000 dikepung, lebih 9 juta jadi pelarian ... kita tak boleh terus diam, bisu & tuli. ayuh bangun & bantu