Thursday 26 June 2014

Tahanan Palestin henti mogok lapar 62 hari


RAMALLAH, Wilayah Palestin - Berpuluh-puluh tahanan Palestin yang enggan makan selama 62 hari memansuhkan mogok lapar selepas mencapai satu persetujuan dengan Perkhidmatan Penjara Israel (IPS), kata peguam mereka kepada agensi berita AFP.
Semua tahanan itu memulakan mogok lapar pada 24 April lepas kerana membantah dipenjara oleh Israel tanpa didakwa atau perbicaraan. Mereka ditahan menerusi prosedur yang dinamakan Tahanan Kerajaan.
"Semua tahanan itu memutuskan untuk berhenti mogok lapar selepas mencapai satu persetujuan dengan pihak berkuasa penjara seiring menjelangnya bulan Ramadan," kata peguam berkenaan, Ashraf Abu Snena.
Umat Islam dijangka berpuasa pada hujung minggu ini.
Namun, persetujuan tersebut tidak melibatkan pembatalan sistem Tahanan Kerajaan," kata jurucakap IPS, Sivan Weizman.
"Langkah itu akan tetap digunakan," katanya.
Menurut Sivan, bilangan tahanan Palestin yang melakukan mogok lapar adalah seramai 75 orang ketika persetujuan itu dicapai.
Tahanan Kerajaan merupakan prosedur penjajah British pada 1920 hingga 1948 di Palestin untuk menahan sesiapa sahaja selama enam bulan tanpa pendakwaan manakala tempoh tersebut boleh dilanjutkan menerusi perintah mahkamah. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz35hGMvnhp 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment