Thursday 26 June 2014

Tahanan Palestin mengalah selepas perjanjian dicapai


RAMALLAH 26 Jun - Berpuluh-puluh tahanan Palestin yang membuat mogok lapar selama 62 hari menggantung mogok mereka selepas mencapai perjanjian dengan pihak berkuasa penjara semalam.
Kesemua tahanan memulakan mogok lapar itu pada 24 April lalu, sebagai tanda memprotes tindakan Israel yang menahan mereka tanpa sebarang dakwaan dan tuduhan kesalahan di bawah prosedur kontroversi yang dipanggil tahanan pentadbiran yang akan dilanjutkan beberapa tahun.
"Kesemua mereka telah mencapai persetujuan dengan pihak berkuasa penjara Israel, dan telah membuat keputusan untuk menggantung tindakan mereka sempena kehadiran Ramadan," kata Ashraf Abu Snena. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140626/lu_01/Tahanan-Palestin-mengalah-selepas-perjanjian-dicapai#ixzz35h84eCWl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment