Saturday 9 August 2014

Zionis kembali mengganas


Selepas gencatan senjata tamat pada jam 8 pagi (1 petang waktu Malaysia) pejuang Gaza melancarkan 21 roket ke arah Israel, kebanyakannya jatuh di tanah lapang manakala dua roket dipintas berdekatan bandar Ashkelon.
Polis Gaza berkata tentera udara Israel membedil kawasan perumahan di Utara Gaza dan beberapa kecederaan dilaporkan.
Sebuah ladang di Bandar Gaza turut diserang.
Selain itu kereta kebal Israel turut membedil Utara Gaza manakala tentera laut menyerang di kawasan pesisiran pantai.
Di Kaherah, kedua belah pihak berdepan tekanan antarabangsa untuk mencapai persetujuan.

Israel mahu Hamas menyerahkan senjata manakala Hamas mendesak sempadan Gaza dibuka.
Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata walaupun mereka enggan menyambung gencatan senjata, pintu rundingan masih terbuka.
Foto

- AP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/08

Zionis kembali membunuh


Gaza City: Sejurus selepas tempoh gencatan senjata 72 jam berakhir 1 petang semalam (waktu Malaysia) Israel kembali memulakan serangannya dan seorang budak berusia 10 tahun menjadi mangsa pertama rejim Zionis itu.
Media melaporkan serangan itu dilancar selepas pejuang Palestin ‘mengirim’ roket mereka menjelang detik akhir gencatan senjata pada jam 8 pagi (waktu tempatan).

Penduduk Gaza kemudian meninggalkan rumah masing-masing dalam kebimbangan sebelum Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengeluarkan amaran untuk bertindak dalam skala besar-besaran. Kematian budak itu menamatkan ketenangan tiga hari selepas Hamas dan Israel bersetuju menghentikan serangan yang bermula sejak 8 Julai lalu.
Jurucakap perubatan di Gaza berkata, korban pertama semalam adalah budak lelaki yang terbunuh selepas Israel mengebom sebuah masjid di kawasan Sheikh Radwan di utara Gaza City. “Tujuh lagi mangsa, termasuk seorang wanita, cedera,” katanya.

Saksi berkata, Israel turut mengebom timur dan utara Gaza City. Tentera Zionis pula mendakwa, sasaran itu adalah ‘tapak pengganas’ yang diserang selepas pejuang Palestin menembak 33 roket ke Israel menyebabkan dua orang, termasuk seorang tentera cedera. Hamas tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menyatakan bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Netanyahu kemudian mengarahkan tentera bertindak balas ‘sepenuhnya.’ Sementara itu usaha mendapatkan gencatan senjata lebih lama terus dijalankan di Mesir. - AFP
Foto
ASAP, debu dan serpihan bangunan kelihatan di Gaza City selepas Israel menyambung semula serangan mereka ke bandar itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/09

Zionis serang semula Gaza


2014/08/09 - 03:51:09

Foto
Asap, debu dan serpihan berterbangan di ruang udara Gaza berikutan serangan Israel di bandaraya itu semalam.
Foto
Penduduk Gaza berkumpul untuk mendapatkan bantuan makanan di sekolah kendalian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Gaza yang dijadikan pusat perlindungan sementara daripada serangan tentera Israel semalam.

Budak lelaki 10 tahun korban pertama sebaik gencatan senjata berakhir

Bandaraya Gaza: Israel meneruskan serangan bertubi-tubi ke atas Semenanjung Gaza sebaik saja tamat tempoh gencatan senjata 72 jam antara Tel Aviv dan pejuang Hamas.


Seorang kanak-kanak lelaki Palestin berusia 10 tahun menjadi korban pertama serangan terbaru yang bermula sebaik saja tempoh gencatan senjata berakhir, kira-kira jam 8.00 pagi waktu tempatan semalam.

Tindakan itu sudah pasti disahut pejuang Hamas dengan bedilan roket ke wilayah Israel. Puluhan roket dilancarkan ke beberapa bandar di Israel termasuk Ashkelon, Eshkol dan Kivosim. 

McDonald's Malaysia kesal tindakan memboikot


  • Salah sebuah premis McDonald's di Shah Alam kelihatan sunyi tanpa kehadiran pelanggan, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANISalah sebuah premis McDonald's di Shah Alam kelihatan sunyi tanpa kehadiran pelanggan, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

KUALA LUMPUR - McDonald's Malaysia yang kesal kerana menjadi sasaran boikot berkata ia tidak pernah menyalur hasil jualan, keuntungan dan francais dari restorannya untuk menyokong sebarang perjuangan politik atau konflik di sebarang kawasan di dunia.
  
"Sementara kami memahami dan menghormati bahawa tindakan memboikot merupakan keputusan individu, namun kami kecewa McDonald's Malaysia menjadi sasaran tidak adil," katanya dalam satu kenyataan.
  
Ia berkata, sesetengah restorannya menjadi sasaran vandalisme sehingga ia terpaksa menutup operasi pada hari berkenaan.
  
"Realitinya pekerja dan francisor kami tidak membuat sebarang kesalahan dan adalah amat tidak adil kami menjadi sasaran sebegitu rupa," katanya.
  
Dilaporkan penyokong Palestin menggunakan media sosial mengajak pemboikotan 24 jam rangkaian makanan segeranya ekoran serangan tentera Israel di Gaza yang mengorbankan hampir 2,000 orang.

McDonald's Malaysia menegaskan ia tidak menyokong atau memaafkan konflik yang berlaku di Timur Tengah dan seperti rakyat Malaysia yang lain amat bersimpati kepada mereka yang tidak berdosa di Gaza.
  
Ia berkata ia sentiasa konsisten dan telus dalam menentukan kedudukannya tetapi maklumat yang diberikannya disalah erti oleh sesetengah pihak.
  
"Mari kita ingatkaan diri kita bahawa kita rakyat Malaysia dan kita berkongsi hubungan yang sama. Kita boleh bersetuju atau tidak bersetuju antara satu sama lain.
  
"Tetapi yang paling penting, mari kita teruskan untuk berdoa bagi mengakhiri konflik di Gaza dan menjamin keamanan yang berkekalan," tambahnya.  - Bernama

'Pelanggan Melayu sudah tidak datang'


  • Salah sebuah premis McDonald's di Shah Alam kelihatan sunyi tanpa kehadiran pelanggan, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANISalah sebuah premis McDonald's di Shah Alam kelihatan sunyi tanpa kehadiran pelanggan, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

SHAH ALAM - Kempen boikot produk pro Israel yang mengaitkan McDonald's yang bertebaran di media sosial dan aplikasi mesej seperti WhatsApp nampaknya benar-benar memberi kesan kepada rangkaian makanan segera itu.

Mana tidaknya, tinjauan Sinar Harian Online di beberapa kawasan sekitar Shah Alam hari ini mendapati premis makanan segera itu kelihatan lengang berbeza dengan sebelum kempen boikot dijalankan.

Seorang pekerja di kaunter sebuah cawangan McDonald’s mengakui bahawa kempen boikot yang dijalankan bermula beberapa hari lalu mendatangkan kesan ke atas premis berkenaan.

“Sangat-sangat kurang. Tiada pelanggan Melayu yang berkunjung ke cawangan McDonald’s ini manakala, pengunjung berbangsa lain juga kurang,” katanya.

Pemerhatian di premis tersebut sekitar jam 7 hingga 8 malam tadi juga mendapati suasana amat sunyi dan hambar.

Hanya kelihatan beberapa orang pelanggan bukan Melayu menikmati hidangan di situ.

Pekerja berkenaan juga turut terkesan dengan kes boikot ekstrem yang berlaku di Dungun Terengganu baru-baru ini.

Walaupun tiada ancaman diterima, tetapi dia meluahkan ras takut dan tidak selamat dengan ancaman orang ramai yang memboikot keras jenama itu.

“Ada rasa takut juga, saya memakai jaket untuk melindungi pakaian seragam ini,” katanya.

Rivers nafi kutuk rakyat Palestin


  • Joan RiversJoan Rivers

LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT. Penerbit dan juga pelakon komedi Hollywood, Joan Rivers menafikan kenyataannya yang dikatakan mengutuk rakyat Palestin di Gaza.

Melalui kenyataan yang dibuat melalui laman Facebooknya, Rivers melahirkan rasa kesal berhubung kata-katanya yang disalahertikan oleh kumpulan wartawan yang ditemui di lapangan terbang Los Angeles semalam.

"Saya sedih dan  kecewa bahawa kenyataan saya mengenai tragedi korban yang menimpa penduduk Palestin disalahertikan dari konteks sebenar.

"Apa yang saya katakan ialah perang adalah sesuatu yang sangat dahsyat dan sangat malang bagi orang awam di sana kerana telah menjadi mangsa konflik politik," katanya.

Rivers dilaporkan membuat kenyataan mengejut dengan menyifatkan rakyat Palestin di Gaza sememangnya layak diserang dan ditindas oleh rejim Zionis, semalam.

Dia yang juga seorang penulis turut menempelak dan menyifatkan kerajaan Hamas sebagai kerajaan yang dibentuk oleh pemimpin yang kurang cerdik dan juga pengganas.

Menjelaskan perkara itu, Rivers berkata, pihak media barat hanya tahu mengambil sesetengah fakta dari kata-katanya dan memutarbelitkannya.

"Media, seperti biasa, telah memutuskan untuk hanya memetik yang terbaik daripada konteks dan bukan memberikan apa yang dikatakan oleh saya.

"Seperti semua orang yang masih waras di dunia ini, saya sentiasa mendoakan keamanan untuk mereka (penduduk Gaza)," jelasnya.

Sebelum ini, dia dikatakan telah menyindir selebriti Lindsay Lohan yang telah mengalami keguguran dan  'menyerang' separuh wanita di Hollywood melalui penulisan bukunya.

Semangat juang pejuang Hamas


  • Serangan Israel sejak lebih 30 hari lalu menyebabkan kemusnahan besar di bumi Palestin. Foto: AFPSerangan Israel sejak lebih 30 hari lalu menyebabkan kemusnahan besar di bumi Palestin. Foto: AFP

BAITULMAQDIS - JERUSALEM. Hamas tidak mahu mengaku kalah dan nekad membalas dendam terhadap serangan yang telah mengorbankan lebih 1,800 nyawa rakyatnya.

Kenyataan Tel Aviv untuk menghapuskan Hamas juga dilihat cabaran buat kumpulan itu untuk tidak mengaku kalah.

Selepas berakhirnya genjatan senjata 72 jam semalam, Hamas melepaskan tembakan roket ke arah Israel selepas mengisytiharkan mereka tidak bersetuju untuk melanjutkan genjatan senjata.

Tepat jam 8 pagi (waktu tempatan), siren amaran roket dihidupkan di Majlis Daerah Ashlekon selepas sekurang-kurangnya 10 roket dilancarkan di sekitar bandar dan kawasan berhampiran.

Jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata, tujuh roket jatuh di kawasan terbuka di rantau Ashlekon dan terdapat juga bedilan yang tersasar di selatan Genting Gaza.

Difahamkan, roket dibedil tepat jam 8 pagi sejurus selepas genjatan senjata tiga hari tamat pada pukul 5 pagi.

Menurut jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri, semua pihak Palestin termasuk Hamas bersetuju untuk tidak memperbaharui sebarang genjatan senjata kerana Israel enggan memenuhi permintaan mereka.

"Tiada perjanjian untuk melanjutkan genjatan senjata, tetapi kita akan terus berunding di Kaherah, Mesir,"katanya.

Sementara itu menurut laporan Agensi, IDF membalas serangan roket Hamas pada jam 11 pagi selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan pasukan tersebut berbuat demikian.

Baitulmaqdis berharap, Hamas akan bersetuju untuk mengadakan satu lagi genjatan senjata 72 jam bagi memberi masa kepada pasukan rundingan Israel dan Palestin di Kaherah mencapai persetujuan bagi mengakhiri Operasi Perlindungan Sempadan yang memasuki hari ke 31 hari ini.

Lebih 1,000 aktivis ditahan


  • Israel juga dilaporkan telah menahan sejumlah besar penunjuk perasaan di Tebing Barat.Israel juga dilaporkan telah menahan sejumlah besar penunjuk perasaan di Tebing Barat.

TEL AVIV - ISRAEL. Lebih 1,000 aktivis Palestin ditahan tentera Israel selepas mengadakan bantahan membantah serangan kekejaman Tel Aviv ke atas Genting Gaza.

Pendakwa yang mewakili tahanan, Maisa Arshid berkata, usaha membanteras aktivis semakin ditingkatkan di mana puluhan daripada mereka ditahan setiap minggu di utara bandar Nazareth sahaja.

Walaupun pegawai Israel telah membenarkan beberapa demonstrasi dilakukan, namun tetap ada di antara penunjuk perasaan bertindak ganas sehingga ditangkap menurut laporan Press TV.

Tidak dibenarkan pulang


  • Penduduk Palestin memenuhi pusat perlindungan PBB untuk menyelamatkan diri daripada serangan Israel. Foto: AFPPenduduk Palestin memenuhi pusat perlindungan PBB untuk menyelamatkan diri daripada serangan Israel. Foto: AFP

GENTING GAZA - PALESTIN. Kumpulan Hamas memberi amaran kepada penduduk di selatan Genting Gaza supaya tidak pulang ke rumah kecuali jika Israel bersetuju memenuhi tuntutan rakyat Palestin.

Jurucakap Hamas, Mushir Al-Masri berkata, permintaan mereka adalah adil, sah dan berperikemanusiaan.

"Israel hanya mempunyai satu peluang iaitu memenuhi tuntutan kami. Bagi penduduk Palestin, jangan pulang ke rumah jika tuntutan itu tidak dipenuhi. Pihak lawan perlu tahu bahawa kami bertegas dengan pendirian ini,"katanya.

Menurutnya lagi, kumpulan pertahanan Palestin akan sentiasa berada di sisi rakyat dan kehilangan sebilangan kecil pejuang semasa Operasi Perlindungan Sempadan tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menentang Zionis.

Serangan berdarah di Gaza yang masuk hari ke 31 telah meragut lebih 1,886 nyawa penduduk Palestin dan lebih 67 orang dari pihak Israel. - Ahram Online

Palestin hargai sokongan berterusan Malaysia


  • Palestin

KUALA LUMPUR - Kerajaan Palestin menghargai sokongan berterusan Malaysia dalam menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan perubatan yang amat diperlukan oleh penduduk negara itu berikutan serangan udara besar-besaran oleh rejim Israel sejak bulan lepas.
  
Duta Besar Palestin ke Malaysia Dr Anwar H. Al Agha berkata negara itu amat berterima kasih dan mengharapkan sokongan padu Malaysia bagi membantunya meskipun kerajaan Israel mereka pelbagai cerita berkaitan sejarah Palestin.
  
"Kami harap Malaysia akan terus berdiri teguh di sisi kami," katanya kepada pemberita selepas menghadiri protes menerusi langkah memboikot barangan Israel di Jalan Masjid India di sini hari ini.
  
Berikutan peningkatan sokongan komuniti antarabangsa, Dr Anwar berharap situasi di Palestin ketika ini, yang berlaku sejak 66 tahun lepas, mampu diselesai dan ia akan menjadi sebuah negara yang merdeka suatu hari nanti.
 
Sejak Palestin diserang, pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia bergabung bagi memprotes kekejaman Israel terhadap orang awam di Gaza.

Dalam perkembangan lain, Dr Anwar berkata satu delegasi dari Malaysia termasuk doktor perubatan akan berlepas ke Gaza tidak lama lagi.
  
"Insya-Allah, saya akan berada di sana bersama-sama mereka bagi memudahkan koordinasi," katanya. - Bernama

"Mesir menggunapakai pendirian yang agak tegas dengan delegasi Palestin dan enggan untuk menerima tuntutan mereka supaya diangkat kepungan.."

‎Ehud Ya'ari seorang wartawan Israel, pengarang, personaliti televisyen dan pengulas politik dalam satu wawancaranya bersama stesen TV 2 Israel menyebut tentang perkembangan semasa rundingan damai di Kaherah;

"Mesir menggunapakai pendirian yang agak tegas dengan delegasi Palestin dan enggan untuk menerima tuntutan mereka supaya diangkat kepungan.."

Gaza 1:52 AM
Perang Hari ke-34

Sumber;
GazaNow 

#weareallqassam
#gazaunderattack
#dedaunhancur
#البنيان_المرصوص
#غزة_تقاوم

Mendermalah di sini;
http://on.fb.me/1zoCkpO‎Ehud Ya'ari seorang wartawan Israel, pengarang, personaliti televisyen dan pengulas politik dalam satu wawancaranya bersama stesen TV 2 Israel menyebut tentang perkembangan semasa rundingan damai di Kaherah;
"Mesir menggunapakai pendirian yang agak tegas dengan delegasi Palestin dan enggan untuk menerima tuntutan mereka supaya diangkat kepungan.."
Gaza 1:52 AM
Perang Hari ke-34
Sumber;
GazaNow
Mendermalah di sini;
http://on.fb.me/1zoCkpO

Solat jumaat diPalestin

palestin

Gambar oleh: Khaled Al Sabbah 
9August 2014.

Israel lancar serangan semula ke Genting Gaza


Kanak-kanak Palestin, Ibrahim al-Dawawsa, 10, menjadi korban kekejaman Israel pada hari pertama serangan rejim itu di kawasan perumahan Sheikh Radwan di utara Gaza City, semalam, selepas tiga hari gencatan senjata dilaksanakan. - AFP
GAZA CITY 8 Ogos - Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun terbunuh, manakala enam yang lain cedera selepas tentera rejim Israel melancarkan serangan udara ke Sheikh Radwan, utara Gaza sejurus selepas gencatan senjata selama 72 jam tamat hari ini.
Kementerian Dalam Negeri Palestin melaporkan, pesawat pejuang tentera Israel menyasarkan bandar Jabaliya, Gaza City dan bahagian tengah wilayah berkenaan.
Keadaan itu menyebabkan beribu-ribu penduduk Palestin bertindak meninggalkan kediaman masing-masing di Gaza City ekoran bimbang menjadi mangsa bedilan selepas gencatan senjata berakhir pada pukul 8 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia hari ini).
Terdahulu, kumpulan pejuang Hamas menyambung semula serangan balas ke atas wilayah jajahan Israel, selepas rundingan damai antara wakil Palestin dan rejim Zionis di Mesir gagal mencapai persetujuan untuk melanjutkan tempoh gencatan senjata.
Hamas melaporkan telah melancarkan 18 roket ke arah selatan Israel, namun dua daripadanya berjaya dipintas oleh sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome milik rejim itu.
Sumber keselamatan Israel berkata, serangan terbabit menyebabkan operasi penerbangan di Lapangan Terbang Ben-Gurion, Tel Aviv terpaksa ditangguhkan selama 45 minit.
Tiada kematian dan kemusnahan dilaporkan oleh media Israel akibat serangan itu.
Hamas meneruskan serangan balas itu sebagai membela kematian 1,873 penduduk Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sepanjang 29 hari operasi Israel selain mempertahankan maruah bumi Palestin yang dijajah oleh rejim Zionis sejak 1967.
Wakil Hamas ke Mesir, Izzat Risyq mengulangi pendirian bahawa gencatan senjata tidak akan dite-ruskan jika syarat yang dituntut tidak dipenuhi oleh Israel, tetapi beliau menegaskan pergerakan Pa-lestin itu sedia meneruskan rundingan di Kaherah.
Media Israel pula melaporkan, wakil rejim Zionis telah meninggalkan meja rundingan di Mesir dan pulang ke Tel Aviv selepas perbincangan selama tiga hari untuk menamatkan konflik di Gaza gagal menemukan jalan penyelesaian.
Bagaimanapun wakil kerajaan Mesir yang menjadi orang tengah dalam isu itu, tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kegagalan mendamaikan pertelagahan antara Hamas dan Israel. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140809/lu_03/Israel-lancar-serangan-semula-ke-Genting-Gaza#ixzz39qCzsnkN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Israel berdepan bahaya - Netanyahu


BAITULMAQDIS 8 Ogos - Israel takut dengan kemampuan pergerakan Hamas selepas memandang rendah keupayaan pergerakan tersebut ketika melancarkan serangan ke atas Gaza.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (gambar) berkata, pihaknya mungkin terlalu memandang rendah kemampuan Hamas sebelum ini.
"Mungkin terdapat lebih banyak terowong digali oleh Hamas di bawah sempadan Gaza-Israel yang masih belum dijumpai," katanya kepada saluran berita, Fox News, semalam.
Netanyahu mengakui jumlah tinggi kematian orang awam dalam serangan yang dilancarkan ke atas Gaza adalah perbuatan kejam namun tidak disengajakan.
"Israel menyerang pejuang Palestin, namun tidak sengaja membunuh orang awam," ujarnya.
Beliau turut menyalahkan Iran kerana membekalkan kelengkapan roket dan peluru berpandu kepada Hamas.
"Bayangkan bahaya akan dihadapi jika mereka boleh me-nempatkan nuklear dalam peluru berpandu itu. Inilah bahaya yang dihadapi daripada Iran," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140809/lu_05/Israel-berdepan-bahaya---Netanyahu#ixzz39qCdAVeh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Hamas cipta roket sendiri


Gambar fail bertarikh 20 Disember 2008, menunjukkan anggota pejuang Palestin bersiap sedia melancarkan roket buatan sendiri ke Israel dari Genting Gaza. - AGENSI
BAITULMAQDIS 8 Ogos - Seorang pegawai tentera Israel yang enggan mendedahkan namanya mendakwa, majoriti roket yang dilancarkan oleh pergerakan Hamas me-rupakan bom buatan sendiri yang dibina di Gaza.
"Kebanyakan roket yang dilancarkan merupakan bom buatan sendiri, hanya sebilangan kecil sahaja daripadanya merupakan Fajr 5 yang dibina di Iran," jelas pegawai itu.
Katanya, badan roket berkenaan diperbuat daripada paip air dalam pelbagai diameter, sebelum diisi dengan bahan peledak yang dihasilkan daripada produk yang digunakan dalam bidang pertanian.
Ujarnya lagi, pergerakan Hamas berjaya mengadaptasi proses membina senjata sendiri selepas kerajaan Mesir bertindak meruntuhkan terowong-terowong tikus yang digunakan untuk menyeludup barangan ke Rafah.
"Orang dari luar Gaza telah mengajar mereka bagaimana untuk membina senjata sendiri dan ada sesetengah penduduk Gaza mempelajarinya daripada negara-negara lain seperti Syria dan Iran," katanya, sambil menambah kira-kira 150 orang terlibat dalam proses pembinaan roket di Gaza.
Pendedahan itu membuktikan bahawa Israel terkejut dengan keupayaan pejuang Hamas yang serba kekurangan untuk mencipta senjata sendiri ketika pertempuran dengan rejim Zionis berlanjutan selama 29 hari.
Menurut sumber tentera Israel, sepanjang pertempuran berlaku, kumpulan pejuang Hamas melancarkan lebih 3,300 serangan roket dan mortar ke Israel dengan 500 daripadanya berjaya dipintas oleh sistem pertahanan Iron Dome. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140809/lu_06/Hamas-cipta-roket-sendiri#ixzz39qBnzSRE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mesir seru Israel, Palestin sambung gencatan senjata


KAHERAH 9 Ogos - Mesir semalam menyeru Israel dan Palestin supaya menyambung semula gencatan senjata di Gaza dan kembali ke meja rundingan bagi memulihkan keadaan.
Kementerian Luar Mesir dalam satu kenyataan memaklumkan, hanya beberapa isu penting yang perlu diselesaikan dalam rundingan antara kedua-dua pihak.
"Kementerian menyeru semua pihak supaya bertanggungjawab dan kembali komited terhadap gencatan senjata.
"Mereka juga perlu mengambil peluang ini untuk meneruskan rundingan terhadap isu berbangkit secepat mungkin," jelas kenyataan tersebut. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140809/lu_01/Mesir-seru-Israel-Palestin-sambung-gencatan-senjata#ixzz39qBKfPE9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Palestin komited capai gencatan senjata


KAHERAH 9 Ogos - Ketua delegasi Palestin di Kaherah yang terlibat dalam rundingan damai Gaza berkata, pihaknya komited untuk mencapai persetujuan perdamaian, selepas gencatan senjata selama 72 jam tamat semalam.
Azzam al-Ahmed berkata, pihaknya mahu mencapai persetujuan akh


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140809/lu_02/Palestin-komited-capai-gencatan-senjata#ixzz39qAv056r
© Utusan Melayu (M) Bhd