- Salah sebuah premis McDonald's di Shah Alam kelihatan sunyi tanpa kehadiran pelanggan, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
Mana tidaknya, tinjauan Sinar Harian Online di beberapa kawasan sekitar Shah Alam hari ini mendapati premis makanan segera itu kelihatan lengang berbeza dengan sebelum kempen boikot dijalankan.
Seorang pekerja di kaunter sebuah cawangan McDonald’s mengakui bahawa kempen boikot yang dijalankan bermula beberapa hari lalu mendatangkan kesan ke atas premis berkenaan.
“Sangat-sangat kurang. Tiada pelanggan Melayu yang berkunjung ke cawangan McDonald’s ini manakala, pengunjung berbangsa lain juga kurang,” katanya.
Pemerhatian di premis tersebut sekitar jam 7 hingga 8 malam tadi juga mendapati suasana amat sunyi dan hambar.
Hanya kelihatan beberapa orang pelanggan bukan Melayu menikmati hidangan di situ.
Pekerja berkenaan juga turut terkesan dengan kes boikot ekstrem yang berlaku di Dungun Terengganu baru-baru ini.
Walaupun tiada ancaman diterima, tetapi dia meluahkan ras takut dan tidak selamat dengan ancaman orang ramai yang memboikot keras jenama itu.
“Ada rasa takut juga, saya memakai jaket untuk melindungi pakaian seragam ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment