- Penduduk Palestin memenuhi pusat perlindungan PBB untuk menyelamatkan diri daripada serangan Israel. Foto: AFP
Jurucakap Hamas, Mushir Al-Masri berkata, permintaan mereka adalah adil, sah dan berperikemanusiaan.
"Israel hanya mempunyai satu peluang iaitu memenuhi tuntutan kami. Bagi penduduk Palestin, jangan pulang ke rumah jika tuntutan itu tidak dipenuhi. Pihak lawan perlu tahu bahawa kami bertegas dengan pendirian ini,"katanya.
Menurutnya lagi, kumpulan pertahanan Palestin akan sentiasa berada di sisi rakyat dan kehilangan sebilangan kecil pejuang semasa Operasi Perlindungan Sempadan tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menentang Zionis.
Serangan berdarah di Gaza yang masuk hari ke 31 telah meragut lebih 1,886 nyawa penduduk Palestin dan lebih 67 orang dari pihak Israel. - Ahram Online
No comments:
Post a Comment