Saturday 28 September 2013

Zionis makin kejam


26 September 2013

TEL AVIV - ISRAEL. Ratusan penunjuk perasaan Palestin hilang sabar apabila  tentera Israel bertindak melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka yang berhimpun di luar Masjid al-Aqsa.

Dipetik laporan PIC, perhimpunan itu bertujuan mengutuk tindakan polis Israel yang berterusan menindas penduduk di kawasan tersebut.

Tindakan keras rejim itu telah menyebabkan  remaja berusia 17 tahun cedera manakala puluhan yang lain ditahan.

Di bandar Tebing Barat, rejim Zionis menyerang penduduk Palestin dengan tembakan peluru getah dan bom tangan dengan alasan untuk memburu suspek didakwa membunuh anggota tentera.

Ahad lalu, Gabriel Kobi, 20, dipercayai ditembak di pusat pemeriksaan berhampiran Masjid Ibrahim sehari selepas penduduk Palestin Tomer Hazan, 20, ditemui terbunuh berhampiran Qalqilyah.

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa melakukan operasi bersepadu untuk menahan suspek.