Tuesday 28 July 2015

OIC kutuk tindakan Israel

OIC kutuk tindakan Israel
Pasukan keselamatan Israel menahan seorang wanita Palestin semasa kekecohan di Masjid al-Aqsa, kelmarin.

JEDDAH - ARAB SAUDI.Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk keras tindakan ganas polis Israel menyerbu dan menyerang Masjid al-Aqsa kelmarin.

Akibat tindakan biadap rejim Zionis itu, sekurang-kurangnya 15 penduduk Palestin mengalami kecederaan dan tujuh lagi ditahan.

Setiausaha Agungnya, Iyad Ameen Madani berkata ia merupakan tindakan provokasi terhadap umat islam dan pelanggaran secara terang-terangan resolusi antarabangsa.

Katanya lagi, Israel dilihat sengaja mencetuskan konflik agama, menggalakkan keganasan dan cuba untuk mewujudkan ketidakstabilan di rantau ini.

"Mereka begitu kejam menyerang umat Islam yang sedang beribadah di dalam masjid. Jadi Israel bertanggungjawab sepenuhnya dengan serangan sistematik ini terhadap Masjid al-Aqsa.

"Tindakan seumpama ini akan memburukkan lagi keadaan di rantau berkenaan,” katanya.

Kelmarin, polis Israel memasuki tempat suci Islam itu dan melepaskan bom gas di dewan masjid dan kawasan sekitarnya kerana mendakwa bagi membenteras kumpulan perusuh Islam.

Kejadian berpunca apabila Israel menghalang umat Islam memasuki masjid bagi memberi laluan kepada sekumpulan masyarakat Yahudi berkumpul untuk mengadakan upacara keagamaan Tisha B'Av. - Press TV

Mati terjun elak ditangkap Zionis


Ramallah: Seorang remaja Palestin mati selepas jatuh ketika cuba melarikan diri daripada pasukan keselamatan Israel yang mahu menangkapnya di Tebing Barat, semalam.

Ia kematian ketiga ketika operasi penangkapan oleh Israel dalam tempoh seminggu.

Polis sempadan menyerbu kem pelarian Qalandia berhampiran Ramallah untuk ‘menangkap dua disyaki aktivis pengganas.’

Seorang daripadanya ditembak di kaki ketika melarikan di atas bumbung bangunan, namun maut selepas cuba melompat ke atas bumbung lain.

Mangsa dikenal pasti sebagai Mohammad Abu Latifa, 18.

Sumber berkata, pasukan keselamatan Israel menyerbu kem itu selepas Subuh menyebabkan pertempuran berlaku.

Polis mendakwa mereka mengarahkan Abu Latifa berhenti sebelum menembak kakinya.

“Namun, suspek terus melarikan diri dan cuba melompat ke bumbung bangunan lain sebelum jatuh ke tanah dan mati,” kata satu kenyataan.

Paramedik yang memberi rawatan mengisytiharkannya mati di tempat kejadian.

Kenyataan itu mendakwa dua suspek terbabit ‘merancang serangan pengganas di Israel.’

Khamis lalu, pasukan keselamatan Israel menembak mati seorang lelaki Palestin ketika menangkap anaknya.

Pihak berkuasa Israel mendakwa serbuan perlu dilakukan untuk menahan suspek dan anggotanya berdepan rusuhan berbahaya ketika melaksanakan operasi seumpama itu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Julai 2015 @ 7:01 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66652#sthash.TmxucOAC.dpuf

Israel perlu dikenakan tindakan


OIC dakwa rejim Zionis berterusan ceroboh Masjid al-Aqsa

Anggota polis sempadan Israel bergelut dengan wanita Palestin
Anggota polis sempadan Israel bergelut dengan wanita Palestin semasa pasukan keselamatan Israel menceroboh Masjid al-Aqsa di Bandar Lama, Baitulmaqdis, kelmarin. AGENSI
JEDDAH 27 Julai - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), semalam menggesa masyarakat antarabangsa, terutama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya mengambil tindakan terhadap Israel yang berterusan “melakukan keganasan dan menceroboh rumah ibadat.”
Dalam satu kenyataan yang di­siarkan oleh agensi berita Arab Saudi (SPA), OIC yang dianggotai 56 negara itu berkata, mereka membuat gesaan itu selepas tercetus keganasan apabila pasukan keselamatan Israel menyerang penduduk Palestin yang mengadakan tunjuk pe­rasaan sebagai membantah tindakan penduduk Yahudi menghalang mereka memasuki kawasan Masjid al-Aqsa semasa upacara tahunan keagamaan Yahudi, semalam.
Setiausaha Agung OIC, Iyad bin Ameen Madani menyifatkan “pencerobohan dan pencabulan ke atas Masjid al-Aqsa oleh kumpulan pelampau Yahudi yang tinggal di bawah perlindungan tentera Israel” sebagai “satu tindakan provokasi dan pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa.”
Beliau berkata, penduduk ha­ram Yahudi itu menghalang penduduk Palestin memasuki masjid ber­kenaan dan “menyerang” penduduk Islam yang bersembahyang di kawasan masjid itu.
Madani berkata, OIC merasakan Israel “bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ‘tindakan berte­rusan serangan sistematik Israel ke atas Masjid al-Aqsa yang mencetuskan konflik keagamaan, fahaman pelampau dan mengugat kestabilan di rantau itu.”
Penduduk Palestin berang de­ngan apa yang mereka sifatkan sebagai pencerobohan Yahudi. Mereka boleh melawat masjid ber­kenaan, tetapi penduduk Yahudi dilarang beribadat di kawasan itu.
Kawasan puncak bukit di Bandar Lama Baitulmaqdis, merupakan kawasan yang dianggap suci bagi penduduk Yahudi dan juga masjid suci ketiga bagi umat Islam, selepas Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabi di Madinah.
Polis Israel mendakwa remaja Pales­tin telah membuat persedia­an untuk menyerang mereka, dengan bermalam di dalam masjid itu dan mengumpulkan batu dan bunga api, serta papan untuk menghalang polis Israel menutup pintu-pintu di masjid itu.
Kerajaan Palestin pula berkata, tindakan Israel itu membuktikan ia mahu ‘mengheret rantau itu ke kancah perang agama.’
Jordan, penjaga Masjid al-Aqsa pula berkata: “Pencerobohan berterusan Israel ke atas Masjid al-Aqsa merupakan tindakan provokasi terhadap perasaan penduduk Arab dan Islam... bertujuan membakar api permusuhan.”
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-perlu-dikenakan-tindakan-1.117795#sthash.gIv0UidC.dpuf