Wednesday, 20 November 2013

Gaza sedang kritikal.

Tanpa ELEKTRIK, GAS, UBAT dan PETROL.

Siapa yang akan membantu mereka?

Penjajah Zionis Ancam Usir Warga Palestin di Lembah Yordan

Pasukan tentera Zionis menyerbu desa Bardala di Lembah Yordan Utara , wilayah timur Tebing Barat , dan mengancam sejumlah warga di daerah tersebut untuk hengkang dan menghentikan pembangunan. Tentera Zionis memberi masa mereka hingga awal bulan Disember akan datang.

Sumber - sumber Palestin menjelaskan, kenderaan - kenderaan tentera Zionis menyerbu desa dan kemah -kemah para petani berhampiran kampung tersebut dan mengancam penduduk di perkhemahan tersebut untuk hengkang dan menghentikan pembangunan.

Sumber Palestin ini menyatakan bahawa fasilita bangunan berhampiran kampung Bardala tersebut dibina sejak puluhan tahun. Tanah yang dibina di atasnya tersebut adalah tanah milik penduduk , di samping untuk kemah , rumah- rumah tidak kekal dan digunakan untuk keperluan pertanian.

Ketua Majlis Daerah Lembah Yordan , al Maleh , dan perkampungan Badui , Arif Daraghimah dalam kenyataan pesnya menyeru para pejabat, gabenor , kerajaan serta institusi-institusi HAM dan swasta untuk menyokong warga yang terancam diusir secara haram dari tanah mereka yang dilakukan pasukan penjajah Zionis terhadap warga di sana.

Dalam konteks berkaitan , sumber - sumber media Zionis mendedahkan bahawa puluhan peneroka pendatang Zionis dari penempatan-penempatan Yahudi yang berdiri di tanah warga Palestin di Lembah Yordan di timur Tebing Barat , mulai mendirikan konplek penempatan di lokasi terbunuhnya komander pasukan cadangan Zionis bulan lalu.

Surat kabar Zionis Ma'arev , Selasa ( 19/11 ), menyatakan bahawa komplek tersebut sudah disambungkan elektrik. Para penduduk pendatang Zionis mula bekerja untuk melanjutkan rangkaian air dan saluran pembuangan air hingga ke tanah jajahan penempatan yang baru tersebut .

Pesawat Zionis Lancarkan siri Seerangan di Semenanjung Gaza

Selasa (19 /11 ) malam , pesawat-pesawat penjajah Zionis melancarkan siri serangan udara ke Khan Yunis di wilayah selatan Jalur Gaza dan daerah Beit Hanun di utara Jalur Gaza.

Sumber - sumber Palestin mengatakan, pesawat pejuang Zionis jenis F16 menggempur ladang pertanian di kawasan Manarah di selatan Khan Yunis dengan dua peluru berpandu. Serangan ini mengakibatkan kerosakan di lokasi serangan namun tidak ada laporan korban jiwa.

Sumber ini menambahkan, pesawat pejuang Zionis menggempur daerah Amaliyah di timur Qarawa , di samping target yang tidak ditentukan di daerah Bani Sahila . Tidak ada laporan korban jiwa dalam serangan ini. Pesawat pejuang Zionis juga terus terbang intensif di langit wilayah selatan Jalur Gaza.

Di wilayah utara Jalur Gaza, Beit Hanun , pesawat pejuang Zionis juga melancarkan dua serangan udara mengenai pos perlawanan Brigade Martir al Quds , sayap tentera Gerakan Jihad Islam di Palestin dan bandar pelancongan Bisan . Serangan juga dilancarkan di daerah Jamarik . Namun tidak ada laporan korban jiwa dari siri serangan tersebut .

Pihak pemerintah Palestin di Jalur Gaza telah mengosongkan semua pos keselamatan. Demikian juga puak - puak perlawanan Palestin juga telah mengosongkan pos -pos perlawanan mereka. Itu dilakukan setelah pesawat pejuang Zionis terus terbang intentif di atas langit Jalur Gaza.

Kejayaan kami, masa depan yang cerah untuk Palestin

Mengulangkaji pelajaran di malam hari hanya dengan bantuan lilin telah menjadi rutin kanak-kanak di Palestin akhir-akhir ini, berikutan krisis bekalan elektrik akibat tindakan pihak berkuasa Mesir menghentikan penyaluran bahan bakar ke Gaza sekaligus melumpuhkan stesen penjana elektrik di seluruh Gaza. Kebanyakan rumah di Gaza menjana elektrik menggunakan generator.

Rakyat Palestin diiktiraf sebagai rakyat paling pandai di seluruh dunia. Menurut satu kajian, Palestin merupakan negara yang mempunyai paling tinggi kadar pemegang Ijazah PHD.

Palestin mengundi di PBB kali pertama

Palestin mengundi di PBB kali pertamaPalestin diberi penghormatan ketika Persidangan Agung PBB.
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Palestin mengundi buat kali pertama di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB), sekali gus menyaksikan peluang untuk menjadi ahli penuh PBB cerah.

Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour berkata, langkah ini adalah permulaan untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara dan boleh menjadi ahli penuh PBB.

Menurut Press TV, “Ia satu catatan bersejarah buat perjuangan rakyat Palestin bagi mengukuhkan kedudukan di peringkat antarabangsa,“ katanya.

Pada November 2012, Perhimpunan Agung PBB mengundi untuk menaik taraf status Palestin daripada entiti pemerhati bukan ahli kepada negara pemerhati bukan ahli namun tindakan itu mendapat tentang dari Israel dan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, keputusan undian itu memihak kepada Palestin selepas memperoleh 138 negara menyokong, sembilan menentang dan 41 berkecuali.

Dalam perkembangan berasingan, Ketua Jihad Palestin, Ramadan Abdullah Mohammad Shallah menegaskan beliau tidak akan duduk semeja dengan rejim Tel Aviv dalam proses damai ditaja Amerika Syarikat tahun depan.

“Israel tidak berhasrat untuk memberikan apa-apa kepada rakyat Palestin. Mereka akan terus membina penempatan haram di wilayah Palestin, oleh itu buat apa kami sertai rundingan tersebut,” katanya.

Baitulmaqdis jadi ibu negara Israel, Palestin

Baitulmaqdis jadi ibu negara Israel, PalestinHollande (kiri) bertemu Netanyahu pada majlis makan malam anjuran Presiden Israel Shimon Peres di Baitulmaqdis, kelmarin. Foto: EPA
RAMALLAH - PALESTIN. Perancis mahu mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan Palestin.

Menurut Reuters, Presiden Perancis Francois Hollande membuat kenyataan itu ketika berucap di Parlimen Tel Aviv, semalam.

Media tempatan melaporkan, beliau juga meminta Israel supaya menghentikan pembinaan penempatan haram Yahudi di wilayah yang diduduki Palestin dengan menyifatkan tindakan itu menghalang peluang perjanjian damai dengan Palestin.

“Perdamaian antara Palestin dan Israel dapat dicapai sekiranya Israel dan Palestin berkongsi ibu negara iaitu Baitulmaqdis. Tindakan ini dilakukan demi keamanan sejagat,” katanya.

Bagaimanapun, media menyifatkan, tindakan beliau itu adalah satu sokongan pemilikan ke atas wilayah yang diduduki oleh rejim Zionis walaupun ia tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Sementara itu, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menyambut baik cadangan tersebut dan berhasrat mengemukakannya kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.