Monday 11 August 2014

Lagi mesyuarat tergempar


  • Delegasi Palestin dan wakil Mesir yang menjadi pengantara rundingan berbincang mengenai gencatan senjata antara kedua-dua belah pihak.Delegasi Palestin dan wakil Mesir yang menjadi pengantara rundingan berbincang mengenai gencatan senjata antara kedua-dua belah pihak.

KAHERAH - MESIR. Wakil Hamas akan menyertai mesyuarat tergempar dengan Liga Arab pada hari ini selepas rundingan bersama Israel gagal mencapai sebarang persetujuan.

Kelmarin, Timbalan Pengerusi Biro Politik Hamas, Moussa Abu Marzouk mengancam untuk meninggalkan meja rundingan dalam tempoh 24 jam jika Israel gagal menghadirkan diri bagi membincangkan gencatan senjata kekal antara kedua belah pihak.

"Kami tidak mahu kembali berunding jika Israel meletakkan sebarang syarat," katanya.

Sebelum ini, Hamas berikrar tidak akan melanjutkan gencatan senjata jika Israel masih berdegil menghentikan sekatan haram dan membuka semula pelabuhan di Genting Gaza.

"Hamas akan terus berjuang mempertahankan Gaza sehingga matlamat kami tercapai. Kedegilan Israel hanya akan menyebabkan rundingan ini terus menemui jalan buntu," tegas jurucakap gerakan itu, Fawzi Barhoem.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan angkuh menyatakan mereka tidak akan menyertai rundingan itu yang bertujuan untuk menghentikan serangan di Gaza.

"Israel enggan berbincang dalam keadaan tertekan dan kami akan meneruskan Operasi Perlindungan Sempadan sehingga objektifnya dicapai," menurutnya.

Difahamkan, rundingan yang diadakan sejak Jumaat lalu masih belum menemui kata putus hingga menyebabkan pertempuran kembali tercetus dan meragut sembilan nyawa termasuk dua kanak-kanak di wilayah Gaza dalam laporan AFP.

Gencatan senjata 72 jam terbaharu di Gaza


  • Genting Gaza dibedil kurang 48 jam

GAZA - PALESTIN. Palestin dan Isael bersetuju melaksanakan gencatan senjata terbaharu selama 72 jam bermula tengah malam tadi waktu tempatan (5 pagi waktu Malaysia) di bawah cadangan Mesir.

Seorang pegawai Israel menyatakan pasukan perunding akan kembali ke meja rundingan dengan Palestin di Kaherah jika gencatan senjata itu dilaksanakan, mengesahkan penerimaan cadangan gencatan senjata terbaharu tersebut lapor Reuters.

Kejam: Penduduk Gaza ‘perisai’ Israel


  • Ramadan Muhamed Qdeih menceritakan semula detik cemas yang terpaksa dilalui ketika dipaksa dan digunakan sebagai 'perisai' kepada tentera Israel.

Ramadan Muhamed Qdeih menceritakan semula detik cemas yang terpaksa dilalui ketika dipaksa dan digunakan sebagai 'perisai' kepada tentera Israel.

TINDAKAN rejim Zionis yang  membariskan penduduk yang tidak bersalah di tengah pertempuran untuk dijadikan perisai mereka ketika berbalas tembakan dengan tentera Palestin membuktikan betapa kejamnya tentera Israel yang menceroboh bumi Gaza.

Taktik keji itu diceritakan oleh seorang saksi, Ramadan Muhamed Qdeih berdasarkan pengalamannya sendiri apabila ditahan, diikat dan digunakan oleh tentera Israel sebagai perisai semasa dalam pertempuran dengan mujahidin Palestin.

Pengalaman tersebut dimuatnaik melalui paparan video dan dikongsikan melalui laman web rasmi Aman Palestin di Facebook.

Menurutnya, semasa tentera Zionis menceroboh Gaza, mereka menyebarkan propaganda bahawa Hamas menggunakan orang awam sebagai perisai dalam peperangan.

“Sebelum Israel menceroboh rumah kami, kami berlindung di dalam rumah di bahagian bawah tanah,” katanya.

Ujarnya lagi, sewaktu pencerobohan berlaku, kira-kira 50 hingga 60 kanak-kanak, wanita dan orang tua berlindung di kediaman tersebut.

Mereka semua melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran tentera Israel namun separuh daripada mereka berjaya dikepung tentera Israel.

Ayahnya, Mohamed Qdeih cuba menghalang tentera Israel daripada menahan mereka dengan menuturkan bahasa Hebrew supaya lebih mudah difahami oleh tentera tersebut.

“Mereka datang dari arah pintu masuk ketika ayah saya cuba mententeramkan keadaan. Ayah mengambil satu langkah anak tangga ke atas dan berulang kali berkata ‘Kami(rakyat Palestin) tidak mahu perbalahan, kami cintakan keamanan’.

“Namun tentera Israel tidak mengendahkannya. Ayah ditembak di dada dengan dua butir peluru sebaik sahaja dia meniti anak tangga seterusnya,” katanya lagi.

Mereka yang lain kemudiannya ditahan dan digunakan sebagai perisai bagi melindungi anggota rejim dari peluru Palestin.

Katanya, semasa pertempuran berlaku, mereka diikat mata dan tangan, kemudian dibawa ke tingkap dan dipaksa berdiri sehingga lapan ke sembilan jam sementara tentera Zionis berdiri di belakang mereka sambil melepaskan tembakan ke arah tentera Palestin di luar tingkap.

Pengalaman yang diceritakan oleh Qdeih membuktikan bahawa dakwaan Israel ke atas tentera Palestin yang menggunakan rakyat negara itu bagi melindungi mereka adalah tidak benar sama sekali.

Ternyata, rejim Israel adalah pihak sebenar yang menggunakan rakyat Palestin sebagai perisai bagi melindungi diri dari ditembak.

REJIM ZIONIS TERUS MELAKUKAN PENCEROBOHAN WALAUPUN GENCATAN SENJATA BERLANGSUNG


Isnin , 11-08-2014 - Pertahanan Palestin berterusan pada pagi hari jumaat (8/8) melawan entiti zionis selepas sahaja tamat gencatan senjata sementara pada pukul lapan pagi.
Entiti Zionis mengancam untuk memulakan pencerobohan di Gaza hari ini, memandangkan kekaburan hasil rundingan di Kaherah antara delegasi Palestin dan Israel yang diusahakan oleh Mesir.
Jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri berkata dalam satu kenyataan ringkas beliau bahawa pihak Palestin tidak bersetuju atas pengecaman gencatan senjata sementara tetapi rundingan sedang berjalan di Kaherah.
sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : siti zunaidah

SETELAH 25 TAHUN MENANTI ANAK SULUNG, SEKELUARGA DIBUNUH OLEH MISIL ISRAEL

AUGUST 11, 2014
Isnin , 11-08-2014 - “Kamu mengandung Suheila, benarkah?” tanya suami kepada isterinya dengan gembira. 25 tahun Ahmad al-Nairab, 67 dan isterinya Suheila berjumpa dengan doktor, menjalani ujian makmal sehinggalah mereka mendapat anak pertama yang memberikan kegembiraan dan keseronokan dalam keluarga.
“25 tahun, 25 tahun. Kami akan menyayangi anak ini lebih daripada kehidupan sendiri,” kata Ahmad ketika Mohammad dilahirkan. Masa berlalu dan Mohammad mula membesar dan belajar di sekolah.
Ibu kemudiannya mengandung dan bersalin anak kedua, Mahmoud dan anak yang ketiga, Mo’men.
Tiga anak itu, bersama ibu dan bapa mereka membentuk keluarga yang sempurna, bahagia dengan gelak dan tawa kehidupan. Mereka membesar dalam belaian dan kasih sayang ibu bapa mereka, dan menghargai kehidupan. Ibu bapa mereka menyayangi mereka lebih daripada segala-galanya.
Tiap tahun, keluarga itu menyambut ulang tahun kelahiran anak mereka. 13 untuk Mohammad, 10 dan 7 tahun masing-masing untuk Mahmoud dan Mo’men.
Kini, gelak tawa mereka, keluarga yang bahagia dan saling menyayangi telah hilang selamanya.
Sebuah misil Israel menghentam rumah mereka, dan menjadikan keluarga itu mayat yang hampir musnah; pada hari ke-27 serangan ke atas rumah milik rakyat Palestin di Gaza.
Sambil menunjuk ke arah kesan runtuhan rumah itu, jiran mereka bertanya, “apa salah mereka? Rumah ini tempat yang gembira, dipenuhi dengan gelak dan kegembiraan. Apa yang dilakukan Israel sangat mengejutkan, tidak dapat dibayangkan. Pembunuhan, pembersihan etnik yang melibatkan seluruh keluarga”.
Setakat 8/8/14, Kementerian Kesihatan Gaza menyebut bahawa IDF telah membunuh 432 kanak-kanak, 243 wanita, 21 orang pasukan perubatan, dan 85 orang warga tua Palestin. 2979 kanak-kanan, 1903 wanita dan 374 warga tua yang lain pula cedera.
sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : redz

TERKINI: KELUARGA JORDAN: “ISRAEL MENDERA ANAK KAMI HINGGA MATI”.


Isnin , 11-08-2014 - Sebuah keluarga dari Jordan menyalahkan Israel kerana menahan dan mendera anak mereka hingga mati setelah ditahan dalam protes di Tel Aviv menyokong rakyat Palestin di Gaza.
Keluarga di Ein Abous in Zarqa – Jordan itu memberitahu Agensi Berita Balad di Jordan yang Wa’el Salim Mustafa, 39, telah ditahan oleh polis Israel dan meninggal akibat penderaan yang teruk.
Keluarga beliau dimaklumkan tentang kematiannya 3 hari selepas ia berlaku. Sebahagian laporan dalam bahasa Arab menyatakan beliau diculik ketika protes terhadap Perang Israel di Gaza.
sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur idawati

palestin

Subhanallah Erdogan .. 
Belum sampai 12 jam dia hendaknya jadi Presiden DIA Telah menunaikan janjinya membawa pesakit Yang cedera Perang Gaza kenegaranya Untuk dirawat 
بعد أقل من 12 ساعة من إعلان فوزه في انتخابات الرئاسة التركية 
الرئيس التركي "أوردغان" يوفي بوعده ويبدأ في نقل الجرحى الفلسطينين على متن الطائرات التركية للعلاج على نفقة الحكومة التركية في تركيا

Stesen TV 2 Israel menyiarkan bahawa senjata perang udara mereka membedil sejumlah 40 buah lokasi hari ini. Sumber; GazaNow

palestin

Sumber Khas !

Kenyataan Mesir bahawa mereka akan mengumumkan berkenaan tempoh perdamaian baru 72 jam(3hari) bermula 12 malam ini(6pagi waktu Malaysia) bagi melanjutkan tempoh rundingan dan ia dikatakan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Di pihak kabinet Israel memberitahu bahawa mereka akan menghormati tempoh perdamaian jika ia benar.

Gaza 7:15 PM
Perang Hari ke-35

Sumber;
GazaNow 

palestin

Raja Abdullah 2 dari Jordan bertitah : "Sesungguhnya keamanan Israel tak akan berlaku melainkan dengan sikap yang jujur berkenaan pilihan yang ada, iaitu keamanan yang (berdiri di atas asas yang) adil." 

Baginda mendesak masyarakat antarabangsa untuk "memastikan Israel bertanggungjawab terhadap apa yang telah mereka lakukan kepada rakyat Palestin".

SUmber : شبكة القدس الاخبارية

Peristiwa Malam Semalam di Bandar Rafah



- Jet perang tanpa pemandu membedil sebuah kereta Mercedes berdekatan dengan sebuah bank (Bank of Palestine) yang menyebabkan kesyahidan dua warga Gaza, Tamer Said Aidi dan Timraz.

- Jet perang tanpa pemandu membedil sebuah rumah milik keluarga an-Nehal di daerah Khirbet al-'Ads, dan dengan kehendak Allah taala- tidak berlaku sebarang kecederaan.

- Jet perang membedil sebuah rumah milik keluarga as-Sya'ir yang menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan yang bernama Ayat Anwar as-Syair yang hanya berumur 13 tahun.

- Jet perang membedil kawasan milik Briged al-Qassam berdekatan dengan kem tentera Saad Sayel di bahagian timur Rafah, tiada sebarang kecederaan.

- Jet perang membedil sebuah bangunan pagar sempadan berdekatan dengan pintu masuk Pintu Salehuddin, usai subuh dan dengan kehendak Allah taala tiada kecederaan berlaku.

Sumber : Shehab News Agency 

Khaled Meshaal menyatakan sebarang perdamaian wajib membawa kepada penghentian kepungan ke atas semenanjung Gaza.

Terkini | Gaza 9.14 pm | Perang Hari ke-35

AFP : Khaled Meshaal menyatakan sebarang perdamaian wajib membawa kepada penghentian kepungan ke atas semenanjung Gaza.

Sumber : غزة الان

Pihak Palestin telah mempersetujui perjanjian perdamaian sementara yang akan berlangsung selama 72 jam

Terkini | Gaza 9.32 pm | Perang Hari ke-35

Husam Badran, jurucakap Hamas : Pihak Palestin telah mempersetujui perjanjian perdamaian sementara yang akan berlangsung selama 72 jam bermula pukul 1 malam ini. Hal ini adalah selepas pihak Zionis bersetuju dan menggugurkan sebarang syarat yang lepas.

Sumber : غزة الان

Kami tidak menemui sebarang teknologi yang mampu menyelesaikan masalah terowong yang menjadi laluan rahsia di Gaza.

Ketua Komander IDF bahagian Selatan, Mejar Jeneral Shlomo Turgeman berkata:

Kami tidak menemui sebarang teknologi yang mampu menyelesaikan masalah terowong yang menjadi laluan rahsia di Gaza.

Sumber : alquds.com

....boleh jadi kami akan berundur dari meja rundingan dan tidak akan ada lagi tempoh perdamaian yang lain.

Terkini | Gaza 10.15 pm | Perang Hari ke-35

Izzat Risheq : Sekiranya kami tidak mencapai sebarang persetujuan dalam tempoh 72 jam, maka boleh jadi kami akan berundur dari meja rundingan dan tidak akan ada lagi tempoh perdamaian yang lain.

Sumber : Shehab News Agency

Lapangan terbang Israel, Ben Gurion akan ditutup sepenuhnya....

Terkini | Gaza 10:26 pm | Perang Hari ke-35

Lapangan terbang Israel, Ben Gurion akan ditutup sepenuhnya selama tempoh satu jam sebelum tempoh perdamaian yang dipersetujui bermula kerana takut tembakan roket-roket terakhir daripada pejuang Palestin.

Sumber : شبكة قدس الإخبارية

Menteri Ekonomi Israel, Naftali Bennett menyuarakan pendapat tidak bersetuju dengan tempoh perdamaia

Terkini | Gaza 12:42 pm | Perang Hari ke-35

Channel TV2 Israel:

Menteri Ekonomi Israel, Naftali Bennett menyuarakan pendapat tidak bersetuju dengan tempoh perdamaian. Dia berkata, persetujuan Israel terhadap tempoh perdamaian itu adalah tanda mereka terpaksa tunduk kepada tuntutan HAMAS.

Sumber : شبكة فلسطين للحوار

Beginilah azan dilaungkan selepas masjid-masjid dimusnahkan oleh Israel.

Gaza masih menangis


Tiga hari selepas gencatan senjata selama 72 jam, Israel meneruskan serangan di Gaza mengorbankan 14 rakyat Palestin dan menyukarkan rundingan antarabangsa untuk mencapai persetujuan keamanan dalam konflik yang memasuki bulan kedua.
Pejuang Gaza juga membalas dengan serangan roket dan mortar ke arah kawasan ladang atau kibbutzim berdekatan sempadan.
Israel enggan menghantar semula wakil ke Kaherah, Mesir untuk rundingan bersama manakala jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri berkata peluang untuk gencatan senjata seperti sebelum ini amat kecil.
Setakat ini sebanyak 1,893 rakyat Palestin terkorban akibat kekejaman rejim Zionis sejak 8 Julai lalu.
Sementara itu di Tebing Barat, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ditembak mati oleh tentera Israel ketika bermain berdekatan kem pelarian Al-Fawwar.
Khalil Muhammad terkena tembakan di belakang selepas tentera Zionis melepaskan tembakan ke arah kumpulan protes pro-Gaza.
Semalam, 15 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel yang menyuraikan demonstrasi dengan melepaskan tembakan, gas pemedih mata serta peluru getah.
- Agensi
Foto
JENAZAH Ahmed Al-Masri, 14 yang maut dalam serangan udara di Deir al-Balah. FOTO Reuters
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/10

palestin

Abang saya dan kawan saya syahid Ahmed. berlepas sejurus sebelum

khaled Al Sabbah

Zionis lancar 29 bedilan


2014/08/11 - 04:04:34
Tweet
Foto
Seorang lelaki Palestin memeriksa rumahnya selepas dibedil tentera Israel di Jabaila, utara Semenanjung Gaza, semalam. - Foto AFP
Foto
GAMBAR atas; Asap daripada kebakaran akibat serangan Israel dilihat di ruang udara Bandaraya Gaza, semalam. Gambar bawah; Seorang lelaki Palestin memeriksa sisa bangunan selepas serangan tentera Israel di Bandaraya Gaza, kelmarin. - Foto AP/AFP


Palestin terima cadangan Mesir gencatan senjata baharu 72 jam

Bandar Raya Gaza: Penduduk Gaza terus diancam bahaya apabila tentera udara Israel melancarkan 29 bedilan, ketika Mesir mengusahakan gencatan senjata antara Israel dan Palestin.


Israel bertindak balas terhadap serangan roket Gaza dengan serangan udara, mengorbankan remaja lelaki 14 tahun dan dua lagi warga Palestin lain, kata pegawai rasmi Gaza. Seorang remaja 17 tahun mati di padang dekat rumahnya.

Sejak tamatnya gencatan 72 tahun Jumaat lalu, Gaza kembali dalam keadaan bahaya dengan tentera Israel menyerang lebih 150 sasaran dan mengorbankan 15 orang. Pejuang Palestin melancarkan 110 roket dengan 80 terkena sasaran Israel.

7 tan bekalan ubat tiba di Gaza

7 tan bekalan ubat tiba di GazaBantuan kemanusiaan iringi 20 sukarelawan KP1M Kaherah: Tujuh tan bekalan ubat dan kelengkapan perubatan dari Malaysia, tiba di ibu kota Mesir semalam untuk disalurkan kepada penduduk Palestin di wilayah Gaza.

Pasukan itu masih menunggu kelulusan Mesir yang diusahakan menerusi hubungan kerajaan dengan kerajaan” Mohd Farid Hassan, Timbalan Presiden KP1M
Bantuan kemanusiaan berkenaan tiba bersama pasukan kedua 20 sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dalam misi membantu penduduk Gaza yang menjadi mangsa serangan Israel sejak 8 Julai lalu.

Ini menjadikan keseluruhan 10 tan bekalan kemanusiaan, termasuk makanan, tiba di sini untuk disalurkan ke wilayah konflik terbabit selepas pasukan pertama misi membawa 3 tan bekalan ubat-ubatan dan makanan, Khamis lalu.

Timbalan Presiden KP1M, Datuk Mohd Farid Hassan, berkata pasukan itu masih menunggu kelulusan pihak berkuasa Mesir menerusi hubungan kerajaan dengan kerajaan.

Harap Mesir beri kelulusan

“Walaupun misi kali ini nampak sukar, tetapi kita optimis. “Kita berharap Mesir akan memberi kelulusan untuk penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza,” katanya.

Pasukan utama misi kemanusiaan yang diketuai Pengerusi KP1M, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, dijangka tiba di Kaherah, Rabu ini.

Pihak berkuasa Mesir ketika ini memberi keutamaan kepada penghantaran barangan, namun berhati-hati memberi kelulusan kepada mana-mana pihak yang mahu memasuki Gaza melalui sempadan Rafah di atas sebab keselamatan.

Sumber yang ditemui di Gaza, memaklumkan pergerakan di sempadan Rafah yang menjadi satu-satunya laluan menghubungkan wilayah itu dengan Mesir, semakin terhad selepas gencatan senjata tiga hari tajaan Mesir, di sini berakhir Jumaat lalu.

Gencatan senjata terbaharu di Gaza bermula hari ini


2014/08/11 - 07:17:53 AM
BANDAR GAZA: Gencatan senjata terbaharu selama 72 jam di antara Israel dan Hamas bermula di Gaza hari ini bagi membuka ruang rundingan di Mesir bertujuan menamatkan konflik sebulan yang mengkibatkan pertumpahan darah.

Perjanjian gencatan senjata terbaharu itu bermula jam 00.01 am (2101 GMT Ahad) dipersetujui selepas pengantara meneruskan usaha untuk menamatkan keganasan


yang melanda sehingga menyebabkan 1,939 rakyat Palestin dan 67 warga Israel terkorban sejak 8 Julai lalu. Sebelum gencatan senjata berkenaan bermula, Hamas mendakwa ia melepaskan "beberapa" roket ke arah Israel termasuk satu ke Tel Aviv. Tiada laporan

mengenai sebarang kerosakan.

Sementara itu, Mesir menggesa Israel dan Palestin menggunakan gencatan senjata terbaharu itu bagi "mencapai gencatan senjata komprehensif dan tetap" selepas gencatan senjata tiga hari sebelum ini tidak kesampaian pada Jumaat lalu.

"Israel menerima cadangan Mesir untuk mengadakan gencatan senjata," kata pegawai Israel selepas sumber Palestin mengesahkan pihak mereka menerima cadangan berkenaan.

Ketua Hamas, Khaled Meshaal pula berkata, gencatan senjata itu mesti mengambilkira tindakan Israel supaya menghentikan sekatan di Semenanjung Gaza.
"Kami ingin tegaskan mengenai matlamat ini. Dalam hal berkaitan Israel melengah-lengahkan rundingan atau meneruskan pencerobohan, Hamas bersedia dengan kumpulan Palestin lain untuk mempertahankan kawasan dan pendirian politik," katanya. - AFP 

Israel tembak mati kanak-kanak 11 tahun


AFP
KEPULAN asap kelihatan di sempadan Israel-Gaza ekoran serangan tentera udara rejim Zionis semalam.


HEBRON - Seorang kanak-kanak Palestin berusia 11 tahun terbunuh selepas ditembak tentera Israel di sebuah kem pelarian di selatan Tebing Barat semalam.
Ketika kejadian, Mohammed Khalil al-Anati dikatakan sedang bermain di luar rumahnya di hujung kem pelarian Al-Fawwar yang terletak di selatan pusat bandar Hebron.
Bapa saudara Mohammed, Yussef al-Anati berkata, dia kemudian ditembak askar dari sebuah unit tentera Israel yang memasuki kawasan kem tersebut.
"Kita tidak tahu apa yang mereka (askar-askar Israel) sedang lakukan," kata Yussef sambil menangis dengan baju yang berlumuran darah selepas membawa anak saudaranya ke sebuah hospital.
"Mohammed sedang bermain di depan rumah dan apabila kami mendengar bunyi tembakan, kami melihat seorang kanak-kanak menjerit lalu jatuh," katanya.
AFP
JENAZAH Mohammed dilihat oleh beberapa orang saudaranya di Hospital al-Ahli, Hebron, selatan Tebing Barat semalam.


Katanya, tembakan itu mengenai belakang badan mangsa dan peluru menembusi bahagian perutnya.
Beberapa pegawai perubatan mengesahkan mengenai kematian kanak-kanak berkenaan.
Tentera Israel menyatakan pihaknya masih menyiasat mengenai laporan berkenaan.
Dalam pada itu, perwakilan Palestin menerima cadangan gencatan senjata baharu selama 72 jam di Gaza, kata seorang jurucakap pergerakan Hamas semalam.
Menurutnya, syarat-syarat gencatan senjata itu kini sedang dikaji ketika tentera Israel menyasarkan beberapa serangan udara di Gaza.
Rundingan mengenai gencatan senjata anjuran Mesir itu dibuat di Kaherah.
Pertempuran antara Israel dan Hamas yang bermula sejak 8 Julai lalu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 1,900 penduduk Palestin dan 67 orang di pihak Israel dengan kebanyakan mereka terdiri daripada anggota tentera. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3A2Ca423C 
Hakcipta terpelihara 

Teruskan boikot Israel - PPIM


Nadzim Johan (dua dari kanan) turut serta dalam sidang akhbar mengajak masyarakat memboikot barangan dan perkhidmatan berkaitan Israel di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 10 Ogos - Usaha memboikot barangan dan perkhidmatan berkaitan Israel perlu diteruskan oleh masyarakat Malaysia untuk memberi mesej jelas bahawa kekejaman terhadap rakyat Palestin perlu dihentikan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, isu Palestin bukan isu Islam semata-mata tetapi merupakan isu kemanusiaan yang memerlukan pembelaan masyarakat seluruh dunia.
"Alhamdulillah, kalau lihat dari segi sejarah, kempen boikot Israel yang dilaksanakan kali ini cukup berkesan dan menerima kerjasama yang amat menggalakkan.
"Bagi saya ini fasa permulaan, kita perlu terus memboikot agar gelombang dari seluruh dunia memberi tekanan terhadap peniaga-peniaga yang selama ini begitu angkuh menyokong Israel," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Baru-baru ini, Duta Palestin ke Malaysia, Dr. Anwar Hamadto Kassem Al-Agha berkata, kerajaan Palestin amat menghargai sokongan berterusan rakyat negara ini yang memboikot produk keluaran Israel secara besar-besaran.
Sementara itu, Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, masyarakat Malaysia perlu terus bersatu agar mesej boikot yang turut dilakukan di seluruh dunia difahami oleh rejim Israel.
"Kempen boikot Israel ini bukan lagi di Malaysia, malah ramai warga dunia tanpa mengira bangsa dan agama turut menyatakan sokongan kepada Palestin dan mahukan kezaliman Israel dihentikan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140811/dn_03/Teruskan-boikot-Israel---PPIM#ixzz3A1vBfQu2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penduduk dunia terus kecam Israel


Sebahagian penduduk Perancis mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan mengecam kekejaman Israel di Paris, kelmarin. - AFP
LONDON 10 Ogos - Beribu-ribu penduduk dunia mengadakan perarakan di bandar-bandar utama di seluruh dunia menggesa Israel segera menamatkan serangan di Gaza semalam, sekaligus meningkatkan lagi penentangan masyarakat antarabangsa terhadap keganasan rejim Zionis itu.
Di Cuba, Agensi berita Al Jazeera melaporkan, tunjuk perasaan itu diadakan selepas bekas Presiden Cuba, Fidel Castro menandatangani satu manifesto di Havana bagi menyokong penduduk Palestin dan menggesa Israel mematuhi resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menamatkan penjajahan mereka ke atas wilatah Palestin.
Tunjuk perasaan yang diadakan di sini menyaksikan, mereka yang berarak melaungkan slogan anti-Israel, selain mengibarkan sepanduk tertera perkataan 'tamatkan pengepungan'.
Wartawan Al Jazeera, Nadim Baba melaporkan penunjuk perasaan memulakan perarakan di ibu pejabat BBC, bagi mengutuk tindakan agensi berita tersebut yang didakwa melaporkan berita menyebelahi Israel, sebelum berarak ke Hyde Park untuk menggesa kerajaan mengenakan sekatan penjualan senjata api kepada rejim Zionis Israel.
Sementara itu, di Paris penunjuk perasaan membawa sepanduk mengutuk tindakan ganas Israel ke atas penduduk Palestin yang sehingga kini mengorbankan kira-kira 1,911 nyawa.
Di Berlin, lebih 1,000 orang mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya dua perarakan yang diadakan di bandar itu, sebelum menamatkan bantahan di Central Square.
Pemimpin anti-aparteid Afrika Selatan, Archbishop Desmond Tutu turut menyertai bantahan bersama beribu-ribu orang penunjuk perasaan di Cape Town bagi mengutuk tindakan pengeboman berterusan di Gaza.
"Saya mahu penduduk Palestin diberikan kebebasan, bebas daripada lembah penghinaan, penindasan dan dasar-dasar tidak adil Israel," kata Tutu.
Di Teheran, beratus-ratus orang anggota paramedik, doktor dan jururawat berkumpul di Dataran Palestin bagi menunjukkan kesediaan mereka untuk bertugas di Gaza bagi membantu penduduk Palestin yang cedera.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140811/lu_03/Penduduk-dunia-terus-kecam-Israel#ixzz3A1s99JJB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Masalah sepanjang perjalanan ke Rafah



Penduduk Palestin mengambil kesempatan daripada gencatan senjata di Gaza untuk membeli barangan di sebuah pasar di Gaza City, semalam. - AFP
"Kami bergerak pada pukul 6 pagi. Bersiap-siap untuk 'check out'. Semua barang letak di bawah," kata Ketua Misi Bantuan Aman Palestin ke Gaza, Anas Abdul Wahab melalui pesanan Whatsapp malam itu.
Misi bantuan ini dijalankan pada bulan Ramadan lalu, dan di Kaherah, waktu Subuh adalah sekitar pukul 3.15 pagi. Jadi untuk bersiap pada waktu yang diminta tidaklah begitu sukar.
Selepas selesai bersahur dan solat Subuh, kami sudah bersiap sedia dengan semua peralatan untuk dibawa ke bawah hotel termasuk beg-beg berisi ubat-ubatan yang sudah diasing-asingkan kepada jumlah yang lebih kecil.
Namun, ketika menunggu untuk berlepas, sekali lagi Anas memberitahu kami akan bergerak pada pukul 8 pagi, pula disebabkan kami terpaksa menunggu kumpulan doktor daripada Kesatuan Eropah, Miles for Smiles seramai 13 orang.
Terdetik di hati adakah ini halangan pertama kami untuk ke Gaza? Anggota misi bantuan yang sudah mendaftar keluar hanya duduk di lobi hotel menunggu masa untuk bergerak menuju ke Rafah. Waktu berbuka di Kaherah adalah sekitar 6.20 petang dan bermakna kami harus menjalani ibadah puasa selama kira-kira 15 jam lebih.
Semasa kami mengambil doktor-doktor dari Miles for Smiles itu, mereka memaklumkan bahawa kami terpaksa menunggu dua orang lagi rakan mereka yang akan mendarat pada kira-kira pukul 9 pagi, satu lagi rintangan yang terpaksa kami tempuhi.
Menurut Anas, perjalanan yang agak lewat itu bakal memberikan masalah di pos-pos kawalan sepanjang jalan menuju ke sempadan Rafah.
"Kami dijangka untuk sampai pada pukul 10 di pos kawalan di pintu masuk bandar Al Arish, tetapi kalau macam ini keadaannya, tidak tahulah pukul berapa kamai akan sampai," kata Anas.
Tekaan Anas tepat kerana sebaik-baik tiba di pos kawalan tentera di pintu masuk bandar Al Arish selepas empat jam perjalanan dari Kaherah, mereka menutup laluan ekoran terdapat kekecohan di situ. Rintangan ketiga.
Sebanyak 10 buah bas yang dipenuhi anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO), aktivis dan doktor dari Mesir berhimpun sehingga menyebabkan pihak tentera dan polis Mesir yang bersenjata dikerahkan mengawal keadaan.
Bas kami dihalang untuk meneruskan perjalanan. Kami diarahkan pulang ke Kaherah tanpa memberikan sebarang alasan oleh pihak tentera.
Keadaan di pos kawalan itu agak kecoh dengan semua yang hadir dengan 10 bas tadi berhimpun, bersorak sambil mengibarkan bendera Palestin. Pihak tentera bersiap-sedia dengan senjata mengawal keadaan.
Kami... masih duduk di dalam bas memerhatikan gelagat keadaan yang berlaku.
Cuaca ketika itu panas terik. Suhu sekitar 36 darjah Celsius. Nasib baik bas mempunyai pendingin hawa, tidaklah terasa sangat bahang matahari dan perhimpunan di luar. Kami hanya diarahkan duduk di dalam bas dan tidak ke mana-mana. Kami terus memerhati.
Kamera tidak dapat dikeluarkan kerana anggota Miles for Smiles yang diketuai Dr. Issam Mustafa menghalang kami berbuat demikian bagi mengelakkan gangguan daripada pihak tentera jika pemeriksaan dibuat.
Namun, selepas sejam berada di situ tanpa berbuat apa-apa, kami berpatah balik tapi bukan ke Kaherah.
Anas mencadangkan kami ke Ismailliyah yang terletak agak dekat dengan pos kawalan itu kira-kira 80 kilometer dari pos kawalan itu. Setelah separuh perjalanan kami berjaya bertemu dengan sebuah rumah penginapan di Qantara, tidak jauh dari pos kawalan tersebut.
Adakah kami meneruskan perjalanan ke Gaza atau pulang?
Bersambung esok.
Penulis mengikuti misi bantuan kemanusiaan Aman Palestin ke Gaza


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140811/lu_05/Masalah-sepanjang-perjalanan-ke-Rafah#ixzz3A1rxpoSP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Israel kembali bedil Gaza


Penduduk Britain mengadakan tunjuk perasaan di kota London, kelmarin sambil membawa sepanduk membantah kekejaman Israel di Gaza. - REUTERS
GAZA CITY 10 Ogos - Israel terus membedil Gaza, hari ini yang menyaksikan 10 orang lagi penduduk Palestin terbunuh ketika perunding Hamas memberi amaran akan meninggalkan Kaherah, jika wakil rejim Zionis Israel tidak hadir ke rundingan membincangkan gencatan senjata yang berkekalan.
Rundingan itu dijadual disambung semula di Kaherah, hari ini dengan pasukan perundingan Israel, namun pegawai rejim Zionis itu menyatakan bahawa mereka tidak dapat menghadiri rundingan itu, sehingga serangan roket Palestin ke wilayah Israel dihentikan.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu hari ini berkata, rejim Zionis itu tidak akan hadir ke rundingan tersebut sehingga serangan roket dan mortar dari Genting Gaza ke atas Israel dihentikan.
Seorang jurucakap tentera Israel berkata, rejim Zionis itu melancarkan 17 serangan, manakala Hamas melancarkan dua roket ke arah wilayah Israel awal pagi ini.
Portal Arab News melaporkan Israel melancarkan kira-kira 50 serangan udara ke atas Gaza, semalam.
Satu serangan ke atas kompleks keselamatan milik Hamas menyebabkan bangunan tersebut runtuh, namun tiada kematian dilaporkan, manakala tiga buah rumah turut ranap dalam serangan berkenaan.
Sekurang-kurangnya 65,000 penduduk Palestin kehilangan tempat tinggal dan Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) berkata, 222,000 orang penduduk Palestin kini mendapat perlindungan di 89 sekolah milik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140811/lu_01/Israel-kembali-bedil-Gaza#ixzz3A1rcKQQL
© Utusan Melayu (M) Bhd