- Delegasi Palestin dan wakil Mesir yang menjadi pengantara rundingan berbincang mengenai gencatan senjata antara kedua-dua belah pihak.
Kelmarin, Timbalan Pengerusi Biro Politik Hamas, Moussa Abu Marzouk mengancam untuk meninggalkan meja rundingan dalam tempoh 24 jam jika Israel gagal menghadirkan diri bagi membincangkan gencatan senjata kekal antara kedua belah pihak.
"Kami tidak mahu kembali berunding jika Israel meletakkan sebarang syarat," katanya.
Sebelum ini, Hamas berikrar tidak akan melanjutkan gencatan senjata jika Israel masih berdegil menghentikan sekatan haram dan membuka semula pelabuhan di Genting Gaza.
"Hamas akan terus berjuang mempertahankan Gaza sehingga matlamat kami tercapai. Kedegilan Israel hanya akan menyebabkan rundingan ini terus menemui jalan buntu," tegas jurucakap gerakan itu, Fawzi Barhoem.
Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan angkuh menyatakan mereka tidak akan menyertai rundingan itu yang bertujuan untuk menghentikan serangan di Gaza.
"Israel enggan berbincang dalam keadaan tertekan dan kami akan meneruskan Operasi Perlindungan Sempadan sehingga objektifnya dicapai," menurutnya.
Difahamkan, rundingan yang diadakan sejak Jumaat lalu masih belum menemui kata putus hingga menyebabkan pertempuran kembali tercetus dan meragut sembilan nyawa termasuk dua kanak-kanak di wilayah Gaza dalam laporan AFP.
No comments:
Post a Comment