Monday, 11 August 2014

Gaza masih menangis


Tiga hari selepas gencatan senjata selama 72 jam, Israel meneruskan serangan di Gaza mengorbankan 14 rakyat Palestin dan menyukarkan rundingan antarabangsa untuk mencapai persetujuan keamanan dalam konflik yang memasuki bulan kedua.
Pejuang Gaza juga membalas dengan serangan roket dan mortar ke arah kawasan ladang atau kibbutzim berdekatan sempadan.
Israel enggan menghantar semula wakil ke Kaherah, Mesir untuk rundingan bersama manakala jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri berkata peluang untuk gencatan senjata seperti sebelum ini amat kecil.
Setakat ini sebanyak 1,893 rakyat Palestin terkorban akibat kekejaman rejim Zionis sejak 8 Julai lalu.
Sementara itu di Tebing Barat, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ditembak mati oleh tentera Israel ketika bermain berdekatan kem pelarian Al-Fawwar.
Khalil Muhammad terkena tembakan di belakang selepas tentera Zionis melepaskan tembakan ke arah kumpulan protes pro-Gaza.
Semalam, 15 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel yang menyuraikan demonstrasi dengan melepaskan tembakan, gas pemedih mata serta peluru getah.
- Agensi
Foto
JENAZAH Ahmed Al-Masri, 14 yang maut dalam serangan udara di Deir al-Balah. FOTO Reuters
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/10

No comments:

Post a Comment