Sunday 16 February 2014

Tentera Israel serang penduduk

Palestin
Ratusan penduduk mengiringi jenazah Ibrahim di Jabalia, semalam.
16 Februari 2014 

GENTING GAZA - Sekurang-kurangnya 13 penduduk Palestin cedera diserang tentera Israel di utara Jabalia, Genting Gaza, semalam.

Kejadian berlaku sehari selepas seorang penduduk tempatan ditembak di zon penampan 300 meter dalam wilayah Palestin.

Media melaporkan, Ibrahim Suleiman Mansur, 26, ditembak ketika sedang mengutip batu kerikil dan besi buruk di kawasan berkenaan.

Israel membina zon penampan sejak 2008 untuk memusnahkan sebahagian besar ladang penduduk Palestin.

Kawasan itu juga merupakan sasaran utama Israel untuk menyerang penduduk termasuk kanak-kanak, dipetik dari laporan Press TV.