Buruh Palestin dihalang menaiki bas yang sama dengan penduduk Yahudi di Tebing Barat bermula kelmarin. |
BAITULMAQDIS - Rejim Zionis mengeluarkan perintah melarang penduduk Palestin menaiki bas yang sama dengan warga Israel dan memaksa mereka kembali ke pusat pemeriksaan di Tebing Barat.
Program perintis itu dikuatkuasakan kelmarin di bawah arahan Kementerian Hal Ehwal Ketenteraan Israel.
Pertubuhan hak asasi manusia menyifatkan polisi baharu itu sebagai membuli penduduk Palestin yang bekerja di Tebing Barat kerana ia meningkatkan tempoh perjalanan mereka selama dua jam setiap hari.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Benyamin Netanyahu dilapor menarik balik larangan tersebut semalam lapor Press TV.
Ratusan buruh Palestin melakukan perjalanan setiap hari dari wilayah Tebing Barat yang diduduki untuk bekerja dalam sektor pembinaan yang diusahakan syarikat perusahaan Israel.
Dalam perkembangan berasingan, mahkamah Israel menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan ke atas seorang pemuda Palestin kerana memuat naik status yang mengecam dasar-dasar Tel Aviv di laman Facebook.
Sami Jamal Faraj Ideis, 28, dari kawasan kejiranan Shufat didapati bersalah menghasut dan menyokong keganasan apabila menulis 'kematian untuk Israel' di laman sosial antara Julai dan November tahun lalu.