Saturday 21 November 2015

Yahudi Perancang Perang Dunia Pertama!


Perang Dunia Pertama tercetus berikutan pembunuhan waris takhta kerajaan Austria-Hungry bernama Archduke Franz Ferdinand dan isterinya semasa mereka melawat Bosnia-Herzegovina pada 28 Jun 1914.

Archduke Franz Ferdinand
Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand.

Pembunuhan itu dirancang oleh zionis yang berpangkalan di Austria-Hungry menggunakan menteri luarnya bernama Leopold Von Berchtold.

Konspirasi itu dilaksanakan oleh enam orang pembunuh upahan berbangsa Serbia yang didatangkan khas dari Belgrade, diketuai oleh Gavrilo Princip.

Insiden ini menyemarakkan api peperangan di wilayah Balkan dan turut membabitkan Rusia, Jerman, Yugoslavia, Bulgaria, Belanda, Great Britain, Perancis dan Belgium.

Leopold Von Berchtold mula melakonkan wataknya dengan menggerakkan segenap jentera propoganda dan media bagi meniup semangat orang awam supaya menyokong kerajaan Austria-Hungry memerangi Serbia.

Tindakan ke atas Serbia kononnya berasaskan kepada kebimbangan akan membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan penduduk Serbia yang dikatakan mampu mengancam negaranya.

Tindakan itu juga didakwa bertujuan membataskan peluasan pengaruh Rusia ke wilayah-wilayah lain di rantau Balkan kerana Rusia mempunyai pengaruh yang besar terhadap Serbia.

Kerajaan Austria-Hungry yang mendapat sokongan Jerman melalui perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1879 menjangka Rusia berasa gentar dan tidak mahu turut serta dalam peperangan yang dijangka hanya berlangsung selama enam bulan sahaja.

Malangnya, jangkaan itu meleset sama sekali. Sebaik sahaja Austria-Hungry mengisytiharkan perang terhadap Serbia, Rusia mengambil langkah menggerakkan bala tenteranya ke sempadan Serbia.

Tindakan itu dilakukan kerana Rusia tidak mahu peperangan merebak ke wilayahnya selain mendakwa Serbia sekutunya.


Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2014/08/yahudi-perancang-perang-dunia-pertama.html#ixzz3s7WW4RkF
Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook

Israel lanjut penahanan rakyat Palestin

Israel lanjut penahanan rakyat Palestin
Israel menahan sewenang-wenangnya rakyat Palestin tanpa mengikut lunas undang-undang.
21 NOVEMBER 2015
 TEBING BARAT - PALESTIN . Persatuan Tahanan Palestin (PPS) mendakwa rejim Zionis telah melanjutkan tempoh penahanan 90 rakyat Palestin termasuk beberapa kanak-kanak di penjara Israel atas tuduhan yang tidak diketahui.
PPS berkata, tempoh lanjutan itu mendapat perintah daripada mahkamah Israel.
Ia kononnya bagi membolehkan pihak rejim melakukan soal siasat selain melengkapkan prosedur undang-undang terhadap tahanan terbabit.
"Tentera Israel telah menahan 416 rakyat Palestin dalam tempoh 12 hari pertama pada bulan November termasuk 122 tahanan di bawah umur," kata PPS.
Ketegangan di wilayah Palestin yang dijajah telah meningkat secara mendadak sejak Israel mengenakan sekatan ke atas umat Islam untuk memasuki Masjid al-Aqsa.
Dalam perkembangan lain, seorang lagi mangsa kekejaman Israel dilaporkan meninggal dunia.
Mangsa dikenali sebagai Mahmoud Said Ulayyan, 20, meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya selepas bertempur dengan pasukan keselamatan Israel di Ramallah, awal bulan ini.
Kematian mangsa menyaksikan bilangan warga Palestin yang maut di tangan Israel meningkat kepada 92 orang sejak awal Oktober lalu. - Press TV

Hari berdarah

Baitulmaqdis: Satu serangan pisau dan tembakan yang berlaku secara berasingan kelmarin menyebabkan lima terbunuh termasuk tiga warga Israel, seorang pelajar Amerika Syarikat (AS) dan seorang Palestin.
Seorang lelaki Palestin yang bersenjatakan pisau menikam dan membunuh dua warga Israel di sebuah bangunan pejabat di tengah Tel Aviv pada tengah hari kelmarin.
Seorang saksi, Shimon Vaknin berkata, dia melihat seorang mangsa dalam keadaan berlumuran darah tersungkur di dalam bilik sembahyang di bangunan itu.
Jurucakap polis, Luba Samri berkata, penyerang itu cuba melarikan diri, tetapi berjaya ditangkap oleh orang awam.
Menurutnya, penyerang dikenal pasti sebagai penduduk Palestin yang tinggal di kampung Dura berhampiran Hebron di Tebing Barat.
Beberapa jam kemudian, seorang lelaki Palestin yang memandu sebuah kereta melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang tersangkut di kesesakan jalan raya di Gush Etzion, selatan Baitulmaqdis di Tebing Barat.
Jurucakap tentera Israel berkata, lelaki itu mahu melanggar sekumpulan pejalan kaki.
Bagaimanapun, askar berjaya menembak lelaki berkenaan.
Sehingga kini pihak berkuasa Israel tidak mendedahkan identiti dan keadaan penyerang itu.
Serangan itu menyebabkan tiga orang terbunuh termasuk seorang rakyat Israel dan seorang pelajar warga AS berusia 18 tahun, Ezra Schwartz.
Seorang lelaki Palestin turut terbunuh, tetapi polis tidak memberitahu mangsa maut akibat terkena peluru dilepaskan penyerang atau ditembak askar Yahudi.
Dua serangan berkenaan dianggap antara yang terburuk sejak bantahan penduduk Palestin tercetus pada September lalu.
Bantahan itu tercetus selepas penduduk Palestin tidak berpuas hati dengan beberapa tindakan Israel yang dianggap mereka sebagai cubaan merampas kawalan di Masjid al-Aqsa.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 November 2015 @ 5:16 AM


ORANG Palestin membantu rakan mereka yang cedera ketika tunjuk perasaan selepas majlis pengebumian lelaki Palestin Shadi Arafeh yang terbunuh dalam serangan di Hebron.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/94617#sthash.stidZX2h.dpuf