Thursday 14 November 2013

palestin

14 November 2012

Hari ini, 14 November 2013 genap setahun As-Syahid Ahmad Al-Ja'bary dibunuh oleh rejim Yahudi. Serangan udara Yahudi ini telah membawa kepada Perang Lapan Hari yang akhirnya dimenangi oleh HAMAS.

AL-FATIHAH


AL-FATIHAH

Haji Ahmad Dalul (Abu Muhammad) telah kembali ke rahmatullah semalam.

Beliau merupakan salah seorang tokoh gerakan Islam di Palestin dan salah seorang pengasas Mujamma' Islami di Gaza bersama Syeikh Ahmad Yasin dan sahabat-sahabatnya yang lain.

BAHAGIA

BAHAGIA

Ini merupakan detik-detik terakhir bagi si anak kecil, Sama, bersama ayahnya yang tersayang, Asy-Syahid Khalid Abu Bakra, sebelum menyertai misi menentang Israel baru-baru ini. Khalid Abu Bakra terkorban syahid di dalam terowong ketika memerangkap tentera Israel.

Semoga adik Sama tabah tanpa kehadiran ayah di sisi. Sesungguhnya ayah Sama sedang menunggu di syurga abadi.

Ramal Intifada ke-3

Ramal Intifada ke-3RAMALLAH - PALESTIN. Majoriti daripada penduduk Palestin meramalkan kemungkinan besar berlakunya Intifada ke-3 untuk menentang pendudukan rejim Zionis di wilayah itu.

Dipetik laporan PNN, susulan daripada itu, presiden Mahmoud Abbas bertindak menggesa Pihak Berkuasa Palestin (PA) supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kebangkitan itu yang dikhuatiri akan menyebabkan lebih banyak pertumpahan darah.

Difahamkan, ada pihak tidak bertanggungjawab cuba untuk mencetuskan huru-hara di Tebing Barat dengan mengambil kesempatan terhadap perbezaan fahaman politik antara Hamas dan Fatah.

Tentera Israel maut ditikam remaja


Baitulmaqdis: Seorang anggota tentera Israel maut ditikam remaja Palestin ketika mereka berada dalam sebuah bas di utara negara haram itu, kata polis.

Jurucakap polis Micky Rosenfeld berkata tentera terbabit ditikam di atas bas berhampiran stesen Afula.
Katanya, tentera itu mati di hospital akibat kecederaan parah.

Menurut Rosenfeld, remaja Palestin berusia 16 tahun yang berasal dari Jenin di utara Tebing Barat itu ditahan oleh penumpang dan anggota polis.


“Kami menganggap insiden ini sebagai serangan pengganas yang didorong oleh semangat nasionalisme,” katanya.


Menurut polis, remaja itu tidak memiliki permit untuk berada di wilayah Israel.

Saksi berkata, remaja terbabit menaiki bas yang dalam perjalanan ke Nazareth-Afula dan melakukan serangan sebaik ia tiba di destinasi.

Radio tentera memetik remaja Palestin itu sebagai berkata, dia menikam anggota tentera terbabit kerana beberapa bapa saudaranya ditahan di penjara Israel. - AFP

AL-AQSA, KAMI DATANG!



"Labbaiki Ya Aqsa!" adalah slogan Sambutan Ulangtahun Pertama Kemenangan Perang Hijarah As-Sijjil yang diraikan oleh Briged Al-Qassam.

Berapa ramai rakyat Malaysia yang cemburu dengan mereka di Palestin?

"Like!" = Cemburu!
"Comment" = Ingin bersama mereka!
"Share" = rindukan Masjid Al-Aqsa!