Sunday 9 June 2013

Israel tahan dua nelayan Palestin


9 Jun 2013
GENTING GAZA - Tentera Israel menahan dua nelayan Palestin di luar pantai Genting Gaza dan turut merampas bot mereka, menurut agensi berita Ma'an, kelmarin.

Ketua Persatuan Nelayan di Gaza, Mahfouth Kabariti berkata, kedua lelaki itu ditahan, lewat Khamis lalu di perairan pantai wilayah barat laut walaupun kawasan tangkapan ikan telah diperluaskan kepada enam batu nautika dari pantai Gaza pada November lalu.

April lalu, Penyelaras Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), James W Rawley berkata, sekatan baru Israel telah memberi kesan kepada bekalan makanan dan akan menjadi lebih buruk jika diteruskan.

"Sekatan demi sekatan yang dikenakan ini sebenarnya akan memberi kesan buruk kepada populasi di Gaza," katanya lagi menurut laporan Press TV.