Thursday, 5 December 2013

Mereka sedang berbincang dan merancang untuk membahagikan kawasan Haram al-Sharif.

Mereka sedang berbincang dan merancang untuk membahagikan kawasan Haram al-Sharif.

Apa pula perbincangan dan perancangan kita berkaitan Haram al-Sharif ini?

Hamas, Fatah meterai MoU


KUALA LUMPUR 4 Dis. - Perhimpunan Agung UMNO mencatatkan sejarah apabila berlangsung perjanjian persefahaman (MoU) antara UMNO dengan dua parti terbesar Palestin iaitu Hamas dan Fatah.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) menjadi wakil yang menandatangani perjanjian tersebut manakala Hamas diwakili oleh Ahli Biro Politik Hamas, Sami Khater, dan kemudiannya Tengku Adnan sekali lagi mewakili UMNO menandatangani perjanjian persefahaman dengan Fatah yang diwakili oleh Timbalan Hubungan Antarabangsa, Fatah, H.E Abdullah M.I. Abdullah.
"Perjanjian tersebut adalah antara usaha berterusan UMNO dalam usaha bersama membawa gerakan kemanusiaan dan menyokong usaha perdamaian di Palestin," kata Tengku Adnan selepas majlis tersebut.
Antara kandungan perjanjian tersebut adalah persetujuan dalam mencapai kata sepakat mengenai pembangunan menyeluruh pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua pihak.
Mereka juga berjanji berusaha untuk menggerakkan hubungan kerjasama strategik Palestin-Malaysia selain pertukaran delegasi setiap tahun dan penglibatan golongan muda.
Berikut adalah kandungan perjanjian tersebut:
l Kedua-dua pihak bersedia untuk meningkatkan lagi hubungan atas dasar prinsip-prinsip kebebasan, kesaksamaan, saling menghormati dan tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman masing-masing, dan bekerja bersama-sama untuk menggerakkan hubungan kerjasama strategik Palestin-Malaysia.
l Kedua-dua pihak bersetuju untuk menyediakan satu mekanisme pertukaran tetap bermula pada 2014. Setiap pihak hendaklah, dalam rangka mekanisme ini, menghantar satu hingga dua delegasi setiap tahun untuk melawat antara lain bagi pertukaran pandangan atau perkongsian pengalaman mengenai isu-isu kepentingan bersama.
l Kedua-dua pihak berpendapat bahawa pertukaran antara pemimpin muda politik perlu diberi keutamaan untuk mendalamkan pemahaman yang komprehensif mengenai pembangunan ekonomi dan sosial negara masing-masing, dan untuk meningkatkan persahabatan antara generasi muda kedua-dua negara.
l Kedua-dua pihak bersedia untuk menjalankan perbincangan mengenai isu-isu kepentingan bersama melalui seminar atau dalam bentuk yang lain untuk berkongsi pengalaman dalam pembangunan dan pembinaan.
l Kedua-dua pihak bersetuju bahawa program lengkap hendaklah diusahakan untuk pelaksanaan memorandum ini apabila dianggap perlu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131205/dn_04/Hamas,-Fatah-meterai-MoU#ixzz2oOp38eRj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Yasser Arafat tidak diracun - Saintis Perancis


Suha Arafat (tengah) bersama peguamnya, Pierre-Olivier Sur (kanan) di persidangan media mengenai keputusan laporan kematian Yasser Arafat oleh pakar Perancis di Paris, kelmarin. - AGENSI
PARIS 4 Dis. - Saintis Perancis menolak laporan sebelum ini yang menyatakan pemimpin Palestin, Yasser Arafat mati akibat racun radioaktif polonium seperti yang terkandung dalam laporan forensik Switzerland pada bulan lalu.
Balu Yasser, Suha Arafat semalam berkata, beliau kecewa apabila menerima laporan saintis Perancis yang mendapati racun polonium yang terdapat pada jenazah Arafat wujud secara semula jadi sekaligus menunjukkan kematian suaminya tidak mempunyai unsur jenayah.
Jelasnya, laporan terbaharu itu berbeza dengan laporan pakar Switzerland sebelum ini yang menemukan kesan polonium-210 dan plumbum dalam jenazah Arafat dan menyatakan kematian Arafat konsisten akibat keracunan polonium.
"Laporan pakar forensik Perancis menolak andaian yang mengatakan suami saya mati akibat diracun.
"Ia sangat meragukan kerana kedua-dua kajian yang dijalankan oleh pakar dari Perancis dan Switzerland menemukan bahan radioaktif pada mayat Arafat," katanya.
Sekumpulan pakar forensik dibentuk daripada tiga buah negara untuk menyiasat sama ada racun polonium menjadi punca kematian Arafat yang dirawat di sebuah hospital tentera di Perancis pada 2004.
Pihak Palestin mengesyaki Israel meracun Arafat, namun dinafikan berulang kali oleh rejim Zionis tersebut.
Di Ramallah, pegawai kanan Palestin, Wasel Abu Yousef berkata, laporan terbaharu itu tidak boleh diterima kerana telah dipolitikkan.
"Laporan pakar Perancis cuba melindungi kejadian sebenar yang berlaku di hospital Percy di Paris kira-kira sembilan tahun lalu," katanya. - AGENSI/AFP/REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131205/lu_05/Yasser-Arafat-tidak-diracun---Saintis-Perancis#ixzz2oOZwJIGl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bahagi Haram al-Sharif

Bahagi Haram al-SharifPandangan dari jauh Kota Lama meliputi kawasan Haram al-Sharif di Baitulmaqdis. - Foto AGENSI Israel rancang ambil sebahagian al-Aqsa, Masjid Kubah Emas

Baitulmaqdis: Kerajaan Israel sudah membahaskan di Parlimen cadangan membahagikan kawasan Kota Lama atau Haram al-Sharif yang menempatkan Masjid al-Aqsa dan Masjid Kubah Emas serta Tembok Ratapan antara kawasan Yahudi dan Islam. Ia berpunca daripada kegiatan sekumpulan kecil aktivis Yahudi menuntut hak melakukan upacara keagamaan di tapak kuil yang musnah, di tengah Kota Lama yang meliputi al-Aqsa selain kawasan Kristian dan Armenia.

Kami mahu ia dibahagikan antara penduduk Yahudi dan Islam. Hari ini, Yahudi sedar Tembok Barat (Tembok Ratapan) tidak cukup” Aviad Visoli, Pengerusi Pertubuhan Temple Mount

Ia mencetuskan kemungkinan berlaku pertelagahan dengan dunia Islam, yang menganggap kawasan itu sebagai tempat suci dan mengharamkan Yahudi beribadah di situ.

Tetapi, setiap minggu, beratus-ratus penduduk Yahudi menaiki jalan kayu yang dibina di atas Tembok Barat dan memasuki kawasan itu.

Ambil peluang baca doa

Ramai berpura-pura bercakap di telefon bimbit tetapi sebenarnya membaca doa sebelum dengan sengaja menjatuhkan syiling dan membongkok untuk mengutipnya sekalipun aksi tunduk kepala untuk berdoa diharamkan.
Mereka tidak lagi dianggap militan kerana cadangan membahagikan kawasan itu kini dibahaskan di Parlimen Israel dan diterima puak tertentu dalam kerajaan campuran pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, lapor The Washington Post.

Pemimpin politik dalam parti Netanyahu, mahu Israel memperluas bukan memperkecil kawalan di Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan Kota Lama, termasuk Temple Mount (Kuil Bukit) atau Haram al-Sharif di kalangan umat Islam.

“Kami mahu ia dibahagikan antara penduduk Yahudi dan Islam. Hari ini, Yahudi sedar Tembok Barat (Tembok Ratapan) tidak cukup.

“Mereka mahu lebih daripada itu,” kata Pengerusi Pertubuhan Temple Mount, Aviad Visoli.

Tempat berkenaan adalah tapak Kuil Kedua Yahudi, dimusnahkan pada 70 selepas masihi ketika Titus menjadi pemerintah Roman, yang memaksa Yahudi tinggal dalam buangan.

Tembok itu yang dilawati 10 juta pengunjung setahun, adalah sebahagian bekas candi yang dibina di sekeliling kompleks kuil itu, kawasan paling suci bagi Yahudi. - AGENSI

Tiada bukti Arafat diracun


ARAFAT


PARIS - Para saintis di Perancis telah mengeluarkan beberapa laporan lengkap membabitkan kematian pemimpin Palestin, Yasser Arafat yang didakwa telah diracun dengan bahan polonium radioaktif, kata seorang balunya, Suha kelmarin.
Bagaimanapun, keputusan yang diperolehi itu bertentangan dengan penemuan awal oleh sebuah makmal di Switzerland yang mendapati, terdapat bahan radioaktif pada pakaian Arafat.
Ekoran itu, punca kematian pemimpin tertinggi Palestin tersebut pada sembilan tahun lalu masih lagi tidak jelas.
Para saintis dari beberapa buah negara telah cuba untuk mengkaji sama ada racun jenis polonium memainkan peranan dalam kematian Arafat di sebuah hospital tentera di Perancis pada tahun 2004 lalu.
Bagaimanapun, penduduk Palestin telah lama mengesyaki bahawa Israel telah meracun Arafat namun, ia telah dinafikan regim Zionis itu.
Satu laporan pada tahun 2012 bahawa kesan radioaktif polonium dijumpai pada pakaian Arafat.
Ekoran itu, balunya telah memfailkan satu aduan undang-undang di Perancis memohon agar satu siasatan dapat dilakukan berhubung kematian suaminya itu. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2mY8i40kt 
Hakcipta terpelihara