KUALA LUMPUR 4 Dis. - Perhimpunan Agung UMNO mencatatkan sejarah apabila berlangsung perjanjian persefahaman (MoU) antara UMNO dengan dua parti terbesar Palestin iaitu Hamas dan Fatah.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) menjadi wakil yang menandatangani perjanjian tersebut manakala Hamas diwakili oleh Ahli Biro Politik Hamas, Sami Khater, dan kemudiannya Tengku Adnan sekali lagi mewakili UMNO menandatangani perjanjian persefahaman dengan Fatah yang diwakili oleh Timbalan Hubungan Antarabangsa, Fatah, H.E Abdullah M.I. Abdullah.
"Perjanjian tersebut adalah antara usaha berterusan UMNO dalam usaha bersama membawa gerakan kemanusiaan dan menyokong usaha perdamaian di Palestin," kata Tengku Adnan selepas majlis tersebut.
Antara kandungan perjanjian tersebut adalah persetujuan dalam mencapai kata sepakat mengenai pembangunan menyeluruh pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua pihak.
Mereka juga berjanji berusaha untuk menggerakkan hubungan kerjasama strategik Palestin-Malaysia selain pertukaran delegasi setiap tahun dan penglibatan golongan muda.
Berikut adalah kandungan perjanjian tersebut:
l Kedua-dua pihak bersedia untuk meningkatkan lagi hubungan atas dasar prinsip-prinsip kebebasan, kesaksamaan, saling menghormati dan tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman masing-masing, dan bekerja bersama-sama untuk menggerakkan hubungan kerjasama strategik Palestin-Malaysia.
l Kedua-dua pihak bersetuju untuk menyediakan satu mekanisme pertukaran tetap bermula pada 2014. Setiap pihak hendaklah, dalam rangka mekanisme ini, menghantar satu hingga dua delegasi setiap tahun untuk melawat antara lain bagi pertukaran pandangan atau perkongsian pengalaman mengenai isu-isu kepentingan bersama.
l Kedua-dua pihak berpendapat bahawa pertukaran antara pemimpin muda politik perlu diberi keutamaan untuk mendalamkan pemahaman yang komprehensif mengenai pembangunan ekonomi dan sosial negara masing-masing, dan untuk meningkatkan persahabatan antara generasi muda kedua-dua negara.
l Kedua-dua pihak bersedia untuk menjalankan perbincangan mengenai isu-isu kepentingan bersama melalui seminar atau dalam bentuk yang lain untuk berkongsi pengalaman dalam pembangunan dan pembinaan.
l Kedua-dua pihak bersetuju bahawa program lengkap hendaklah diusahakan untuk pelaksanaan memorandum ini apabila dianggap perlu.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131205/dn_04/Hamas,-Fatah-meterai-MoU#ixzz2oOp38eRj
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment