Wednesday 5 November 2014

Lagi tindakan provokasi Israel

5 November 2014
Sebahagian daripada projek penempatan haram Yahudi yang dibangunkan di Baitulmaqdis Timur.
Sebahagian daripada projek penempatan haram Yahudi yang dibangunkan di Baitulmaqdis Timur.
TEL AVIV - ISRAEL. Rejim Israel sekali lagi membuat tindakan provokasi dengan meluluskan 500 unit penempatan baharu pendatang Yahudi di Baitulmaqdis Timur.

Kumpulan aktivis, Peace Now mendedahkan projek perluasan penempatan haram di Ramat Shlomo itu telah mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri Israel.

Difahamkan, projek perluasan itu akan dibina berhampiran kawasan kejiran Beit Hanina yang menjadi titik tumpuan protes sejak beberapa minggu lalu.

Pada 27 Oktober lalu, Tel Aviv turut meluluskan projek pembinaan 1,060 unit rumah penempatan haram Yahudi di Baitulmaqdis Timur, laporan dipetik dari Press TV.

Ulama gesa lindungi, pertahan al-Aqsa


Penduduk Palestin di bawah umur 40 tahun dilarang memasuki al-Aqsa.
Penduduk Palestin di bawah umur 40 tahun dilarang memasuki al-Aqsa.
DOHA - QATAR. Kesatuan Ulama Islam Sedunia (IUMS) menggesa umat Islam supaya bersatu melindungi dan mempertahankan Masjid al-Aqsa.

Pengerusinya, Yusuf al-Qaradawi turut menyelar tindakan pihak berkuasa Israel yang mengenakan sekatan lebih ketat termasuk menutup masjid itu kepada orang Islam.

"Segala bentuk pencabulan dan serangan yang dilakukan ke atas al-Aqsa dianggap sebagai satu perbuatan jenayah," tegasnya.

Yusuf turut berasa kesal kerana masyarakat antarabangsa dan negara Arab terus membisu walaupun situasi semakin meruncing di al-Aqsa serta Baitulmaqdis ketika ini.

Sementara itu, pihak berkuasa Israel dilaporkan masih meneruskan sekatan ke atas penduduk Palestin yang mahu memasuki ke al-Aqsa.

Menurut media tempatan, kebanyakan pintu utama ditutup bagi menghalang golongan lelaki di bawah umur 40 tahun daripada memasuki masjid berkenaan.

Dalam perkembangan lain, dipetik dari Agensi, jurucakap Kementerian Pertahanan Israel memaklumkan bahawa laluan sempadan Erez dan Kerem Shalom yang menghubungkan Genting Gaza telah dibuka semula selepas ia ditutup, Ahad lalu.

Halang pembunuh Israel bebas penjara


Baitulmaqdis: Parlimen Israel semalam meluluskan undang-undang bertujuan mengehadkan amalan membebaskan pesalah Palestin yang didapati bersalah membunuh rakyat Israel untuk meningkatkan usaha damai.
“Mereka perlu mati di dalam penjara,” kata Menteri Ekonomi, Naftali Bennett dari Parti Yahudi semalam selepas Parlimen mengundi 35-15 untuk meluluskan undang-undang berkenaan.
Parti itu yang bertanggungjawab mengusulkan rang undang-undang itu.
Penduduk Palestin menganggap mereka yang yang dipenjara oleh Israel sebagai wira dalam kempen menuntut kemerdekaan di wilayah Tebing Barat, Baituilmaqdis Timur dan Semenanjung Gaza.
Pelampau Yahudi dan anggota keluarga mereka yang terbunuh dalam serangan Palestin sebelum ini mengecam rejim itu kerana membebaskan pesalah warga Palestin yang terbabit dalam pembunuhan berkenaan.
Ketua Kelab Tahanan Palestin, Qadoura Fares, yang mewakili kumpulan utama rakyat Palestin di penjara Israel, menyifatkan undang-undang itu ‘rasis.’
Katanya, Israel tidak boleh elak daripada membebaskan tahanan berkenaan kerana ia perlu dilakukan untuk pertukaran tahanan atau untuk memulakan rundingan damai. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 5:02 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6563#sthash.3hSEgaS6.dpuf

Bekas tentera Israel gesa perdamaian

SEORANG buruh binaan menjalankan kerja-kerja pembinaan sebuah
SEORANG buruh binaan menjalankan kerja-kerja pembinaan sebuah pangsapuri di kawasan penempatan haram Yahudi di tanah milik penduduk Palestin di Har Homa atau Jabal Abu Ghneim pada 28 Oktober lalu. – REUTERS
TEL AVIV 4 Nov. - Seramai 105 orang bekas anggota keselamatan Israel termasuk pegawai kanan tentera, polis dan ketua perisikan menggesa Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu untuk berdamai dengan Palestin, seminggu selepas bekas Presiden, Shimon Peres menyuarakan perkara yang sama.
Melalui satu surat yang ditandatangani kesemua bekas anggota keselamatan itu, mereka meminta Netanyahu untuk memulakan langkah berani dan berdamai dengan Palestin serta beberapa negara Arab lain.
Portal berita Ynet yang memetik kandungan surat itu melaporkan, komander tentera simpanan Israel (IDF) dan pegawai polis yang telah bersara, mengakui menanggung penderitaan yang berat kerana mengikuti kempen ketenteraan Israel ke atas Palestin.
“Kami berjuang dengan berani untuk Israel dengan harapan anak kami dapat hidup dengan aman, tetapi realitinya, anak kami terpaksa dihantar ke medan perang.
“Usaha ini bukan soal berhaluan kiri atau kanan. Kita mempunyai pilihan lain untuk menyelesaikan konflik yang tidak semestinya bergantung kepada rundingan dua hala dengan Palestin yang berulang kali gagal.
“Kami berharap Netanyahu menunjukkan keberanian untuk berdamai agar mendapat sokongan daripada kami,” jelas kandungan surat itu yang merupakan idea Mejar Jeneral Amnon Reshef, bekas komander unit berperisai tentera Israel.
Ynet melaporkan, Reshef telah muak dan penat dengan peperangan sejak beberapa tahun lalu berbanding dengan usaha damai negara Arab yang dilihat lebih berkesan, merujuk kepada Usul Perdamaian Arab yang dikemukakan oleh Arab Saudi pada 2012.
Malah pada minggu lepas, Peres turut mempersoalkan maruah Israel kerana hanya membiarkan Arab Saudi tampil dengan usaha damai bagi menyelesaikan konflik di Asia Barat itu.
Sementara itu, usaha damai antara Israel dan Palestin semakin kabur apabila kerajaan Netanyahu meluluskan pembinaan 500 rumah baharu di kawasan penduduk Palestin di timur Baitulmaqdis, sekali gus bakal mengundang kritikan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat (AS) dan masyarakat antarabangsa.
Minggu lalu, rejim Zionis turut mengarahkan pembinaan kira-kira 600 buah unit kediaman di lokasi yang sama di Ramat Shlomo dan 400 buah lagi di Har Homa. – AFP/REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bekas-tentera-israel-gesa-perdamaian-1.20813#sthash.fIifZODh.dpuf

20,000 tuntut bayaran gaji tentera Palestin


GENTING GAZA 4 Nov. – Kira-kira 20,000 kakitangan awam mengadakan tunjuk perasaan hari ini bagi membantah keengganan kerajaan perpaduan Palestin untuk membayar gaji anggota tentera dan pasukan keselamatan pergerakan Hamas.
Semua bangunan kementerian dan institusi kerajaan yang dikendalikan oleh Hamas ditutup selepas tunjuk perasaan dilancarkan oleh kakitangan kerajaan.
Beribu-ribu anggota tentera dan kakitangan keselamatan terhimpit dalam konflik antara kedua-dua pergerakan Hamas dan Fatah, menyebabkan mereka tidak mendapat bayaran gaji.
Hamas merekrut lebih 40,000 orang pada 2007 dan selepas perjanjian damai dengan Fatah serta penubuhan kerajaan perpaduan Palestin, Hamas menyerahkan tanggungjawab membayar gaji kepada kerajaan terbabit. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/20-000-tuntut-bayaran-gaji-tentera-palestin-1.20911#sthash.vSQhDbUA.dpuf