Seperti biasa, rejim Zionis menuduh suspek cuba menyerang tentera Israel.
Kejadian berlaku di sebuah stesen bas berhampiran penempatan haram Israel di Kfar Adumim.
Dalam kejadian itu, dua askar Israel dilaporkan cedera.
"Sebuah kereta yang dipandu warga Palestin merempuh dua anggota tentera Israel yang berada di sebuah stesen bas. Penyerang berjaya ditumpaskan," kata polis.
Israel bagaimanapun enggan mendedahkan identiti serta umur suspek. - Press TV