Polis Israel menutup mayat warga palestin yang mati ditembak berhampiran Kfar Adumim, semalam. - Foto AFP |
BAITULMAQDIS - PALESTIN. Tentera Israel bertindak melulu apabila menembak mati seorang rakyat Palestin di wilayah Tebing Barat yang diduduki, semalam.
Seperti biasa, rejim Zionis menuduh suspek cuba menyerang tentera Israel.
Kejadian berlaku di sebuah stesen bas berhampiran penempatan haram Israel di Kfar Adumim.
Dalam kejadian itu, dua askar Israel dilaporkan cedera.
"Sebuah kereta yang dipandu warga Palestin merempuh dua anggota tentera Israel yang berada di sebuah stesen bas. Penyerang berjaya ditumpaskan," kata polis.
Israel bagaimanapun enggan mendedahkan identiti serta umur suspek. - Press TV

No comments:
Post a Comment