Wednesday 14 August 2013

Israel pintas bedilan roket dekat Sinai


GAMBAR fail 21 Ogos 2011 menunjukkan sebuah roket dilancarkan daripada sistem pertahanan anti-peluru pandu Israel yang dikenali sebagai Kubah Besi.


BAITULMUQADDIS - Israel memintas sebuah roket berdekatan Semenanjung Sinai semalam dan meletupkan senjata tersebut di ruang udara bandar Eilat, selatan negara itu, kata seorang pegawai tentera.
Beberapa saksi dan media Israel menyatakan tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.
Laman web Israel, Ynet melaporkan, roket itu dipintas dan diletupkan menggunakan sistem pertahanan peluru berpandu rejim Zionis yang dikenali sebagai "Kubah Besi".
Pegawai tentera berkenaan enggan menyatakan lokasi sistem peluru berpandu dilancarkan.
Dalam pada itu, Israel menutup lapangan terbang di Eilat pada pada Khamis lalu sebagai langkah berjaga-jaga terhadap ancaman militan di Semenanjung Sinai.
Ia ekoran operasi untuk menghapuskan mereka yang dilancarkan oleh tentera Mesir.
Keganasan di Mesir meningkat sejak bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak digulingkan dalam kebangkitan rakyat pada 2011.
Pada masa pemerintahannya, Mubarak dianggap sebagai sekutu rapat rejim Zionis. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0814&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2bthrl8kM 
Hakcipta terpelihara