Saturday, 5 July 2014

palestin

‎#شبكة دريم الاخبارية

المستوطنون يحاولون قطع ساق شاب غرب نابلس

تفيد الانباء الواردة من محافظة نابلس بتعرض الشاب طارق زياد عديلي 23 عاما الليلة الى اعتداء من قبل مستوطنين عند مدخل قرية اوصرين غرب نابلس وحاولوا قطع ساقه بالكامل .

وأفاد شهود عيان في القرية بأن الشاب عديلي كان متوجها الى منزل عمتة الواقع عند مدخل القرية حيث تفاجأ بمستوطنين يستقلون سيارة وقاموا برشه بمخدر على وجهه وانهالوا عليه بالضرب بأدوات حادة ادى ذلك الى اصابته بجروح بالغة في ساقه .

وأشار شهود عيان بأن بعض اهالي القرية شاهدوا المستوطنين اثناء اعتدائهم على الشاب عديلي ونهالو عليهم الى انهم فروا من المكان , حيث تم نقل الشاب الى مشفى رفيديا في مدينة نابلس .

ولفت شهود العيان بأن الشاب طارق هو نجل رئيس مجلس قروي اوصرين زياد عديلي .‎‪#‎Jewish‬ settlers tried to cut off the leg of a young man West of ‪#‎Nablus‬.
23-year-old Tariq Ziad Adili was attacked by settlers Saturday night at the entrance to the Ussarin village, West of #Nablus and tried to cut his leg in full.
Ussarin is home to Adili's aunt. He was at the entrance to the village when he was surprised by settlers in a car and they sprayed his face with pepper spray and beat him with a blunt, causing serious injuries to his leg.
Settlers fled when other Palestinians arrived to help. Adili was moved to Rafidya Hospital in Nablus.
Witnesses said that the young victim is the son of Ziyad Adili, Ussarin Village Council.

Seorang kanak-kanak Palestin dibunuh setiap 3 hari


Ramallah: Statistik rasmi yang dikeluarkan Kementerian Penerangan Palestin menunjukkan sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak negara itu dibunuh setiap tiga hari oleh tentera Israel sejak 13 tahun lalu.

Perangkaan yang diambil bermula September 2000 sehingga April 2013 menyaksikan seramai 1,518 kanak-kanak Palestin dibunuh dalam tempoh itu.

Sejak Intifada kedua melawan penjajahan Israel, jumlah kanak-kanak yang cedera mencecah 6,000 orang.

Jurucakap kementerian berkata, walaupun 1 Jun ditetapkan sebagai Hari Perlindungan Kanak-Kanak Antarabangsa, namun kanak-kanak di Palestin terus menjadi mangsa kekejaman tentera Zionis dan pendatang Yahudi hampir setiap hari.



Tahun 2012 menyaksikan peningkatan paling ketara membabitkan penangkapan kanak-kanak Palestin.

Laporan menyebut, seramai 9,000 rakyat Palestin berusia di bawah 18 tahun ditahan sejak September 2000.

Hampir 250 kanak-kanak dipenjara dan 47 daripada mereka berusia di bawah 16 tahun.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05

Rusuhan sebelum kebumi remaja


Baitulmaqdis: Polis Israel bertempur dengan ratusan penunjuk perasaan di bandar ini semalam ketika jenazah remaja Palestin yang dipercayai dibunuh pelampau Yahudi dibawa untuk dikebumikan di kampung halamannya.

Jenazah remaja berkenaan disambut ribuan rakyat Palestin yang mengibarkan bendera ketika tiba bersama ambulans di masjid sebelum dikebumikan tengahari semalam.


Israel sebelum itu meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan di sekitar Baitulmaqdis.

Langkah berjaga-jaga diambil memandangkan pengebumian berlangsung itu juga berlangsung pada Jumaat pertama bulan Ramadan.


Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, pertempuran membabitkan polis dan ratusan rakyat Palestin berlaku di Ras al-Amud dan Wadi Joz di selatan Baitulmaqdis.


Keadaan berjaya dikawal sebelum solat Jumaat selepas dua hari tunjuk perasaan berlangsung mengecam pembunuhan remaja itu.

Mayat Mohammed Abu Khdeir, 16, yang rentung ditemui Rabu lalu di kawasan hutan selepas dia diculik dari kediamannya di timur Baitulmaqdis.

Berita kematiannya menggemparkan dan mencetuskan kemarahan penduduk Shuafat menyebabkan pertempuran berlaku antara penduduk dengan polis Israel.

Keluarga mangsa mendirikan khemah besar di perkarangan kediaman mereka untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada mangsa.

Bapa mangsa, Hussein berkata, doktor selesai melakukan bedah siasat pada petang kelmarin dan jenazah dihantar ke rumah selepas solat Jumaat.

Perdana Menteri Israel cuba menenangkan keadaan dan mengecam pembunuhan itu serta berjanji menjejaki mencari orang yang bertanggungjawab.

“Motif dan identiti pelaku masih belum dikenal pasti tapi kami akan terus mencuba.

“Penjenayah yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan tidak kira siapapun yang melakukannya,” katanya kepada wartawan, semalam.-AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05

Polis Israel bertempur dengan penduduk Palestin


2014/07/05 - 01:11:39
Baitulmaqdis: Polis Israel bertempur dengan beratus-ratus penunjuk perasaan Palestin di Baitulmaqdis semalam ketika seorang remaja Arab Palestin yang dikatakan dibunuh pelampau Israel, dibawa ke kampung halamannya untuk dikebumikan.

Beribu-ribu orang melaungkan dan mengibarkan bendera Palestin mengiringi jenazah yang tiba dengan ambulans di masjid sebelum dikebumikan petang semalam. Mereka yang berkabung mengusung jenazah melalui lautan manusia yang bersesak.

Polis sebelum ini telah meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan sekitar Baitulmaqdis.

Langkah berjaga-jaga tambahan telah diambil memandangkan pengebumian kebetulan bertembung dengan solat Jumaat pertama di bulan Ramadan. 

Polis Israel kawal ketat Baitulmuqaddis


TIGA orang lelaki memanjat tembok pemisah di Kampung Al-Ram, Tebing Barat untuk memasuki Baitulmuqaddis bagi menunaikan solat Jumaat semalam.


BAITULMUQADDIS - Polis Israel melakukan kawalan ketat di timur Baitulmuqaddis sebelum jenazah seorang remaja Palestin yang mati dibunuh oleh rejim Israel dikebumikan.
Kawalan itu juga dibuat pada hari Jumaat pertama umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan.
Remaja Palestin yang mati dibunuh itu, Mohammed Abu Khder, 16, yang diculik dan mayatnya ditemui mati pada Rabu lalu.
Jenazahnya akan dikebumikan di kawasan kejiranan Shuafat, timur Baitulmuqaddis selepas solat Jumaat dalam suasana tegang selepas berlaku rusuhan dan penentangan terhadap kejadian itu sejak dua hari lalu.
Polis Israel dalam satu kenyataan berkata, ribuan anggota telah dikerah ke timur Baitulmuqaddis untuk mengawal keadaan.
Dianggarkan kira-kira 10,000 penganut Islam hadir ke pekarangan Masjid Al-Aqsa untuk menunaikan solat Jumaat pertama dalam bulan Ramadan tahun ini.
Jurucakap polis, Micky Rosenfeld memberitahu agensi berita AFP, ekoran keadaan tegang lewat malam kelmarin, lelaki yang berusia lebih 50 tahun dilarang memasuki pekarangan masjid berkenaan.
Bagaimanapun, wanita dikecualikan daripada sekatan itu.
Ramai penduduk Palestin percaya Mohammed dibunuh kerana balas dendam ekoran kematian tiga remaja Israel di Tebing Barat yang mayat mereka ditemui pada Isnin lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz36Xn3V9ny 
Hakcipta terpelihara