|
BAITULMUQADDIS - Polis Israel melakukan kawalan ketat di timur Baitulmuqaddis sebelum jenazah seorang remaja Palestin yang mati dibunuh oleh rejim Israel dikebumikan.
Kawalan itu juga dibuat pada hari Jumaat pertama umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan.
Remaja Palestin yang mati dibunuh itu, Mohammed Abu Khder, 16, yang diculik dan mayatnya ditemui mati pada Rabu lalu.
Jenazahnya akan dikebumikan di kawasan kejiranan Shuafat, timur Baitulmuqaddis selepas solat Jumaat dalam suasana tegang selepas berlaku rusuhan dan penentangan terhadap kejadian itu sejak dua hari lalu.
Polis Israel dalam satu kenyataan berkata, ribuan anggota telah dikerah ke timur Baitulmuqaddis untuk mengawal keadaan.
Dianggarkan kira-kira 10,000 penganut Islam hadir ke pekarangan Masjid Al-Aqsa untuk menunaikan solat Jumaat pertama dalam bulan Ramadan tahun ini.
Jurucakap polis, Micky Rosenfeld memberitahu agensi berita AFP, ekoran keadaan tegang lewat malam kelmarin, lelaki yang berusia lebih 50 tahun dilarang memasuki pekarangan masjid berkenaan.
Bagaimanapun, wanita dikecualikan daripada sekatan itu.
Ramai penduduk Palestin percaya Mohammed dibunuh kerana balas dendam ekoran kematian tiga remaja Israel di Tebing Barat yang mayat mereka ditemui pada Isnin lalu. - AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz36Xn3V9ny
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment