Friday 12 December 2014

Malaysia ucap takziah kepada Palestin


KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia menyampaikan ucapan simpati dan takziah kepada kerajaan dan rakyat Palestin di atas kematian Menteri Kabinetnya, Ziad Abu Ein kelmarin.
PRESIDEN Palestin, Mahmoud Abbas memegang gambar Menteri Kabinetnya, Ziad Abu Ein yang meninggal dunia selepas pertempuran dengan pasukan keselamatan Israel semasa satu bantahan secara aman di Baitulmaqdis kelmarin. - Foto AFP
"Harapan dan doa kami adalah bersama-sama keluarga dan rakan-rakan Ziad serta Rakyat Palestin," kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, Malaysia juga mengutuk kekerasan yang dilakukan pasukan keselamatan Israel hingga membawa kepada kematian Ziad. "Kami menggesa Israel untuk menghentikan keganasan yang semakin berleluasa terhadap rakyat Palestin," katanya.
Anifah berkata, Malaysia juga meminta masyarakat antarabangsa supaya menjalankan penyiasatan segera dan telus berhubung kejadian itu dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Ziad dilaporkan meninggal dunia selepas pertempuran dengan pasukan keselamatan Israel semasa satu bantahan secara aman di Baitulmaqdis kelmarin.
- BERNAMA

Ketegangan kembali tercetus di Tebing Barat


Ribuan penduduk Palestin memberi penghormatan terakhir ketika upacara pengebumian Ziad di Ramallah.
Ribuan penduduk Palestin memberi penghormatan terakhir ketika upacara pengebumian Ziad di Ramallah.
RAMALLAH - PALESTIN. Pertempuran sengit sekali lagi tercetus antara penduduk Palestin dan pihak berkuasa Israel di Hebron sehari selepas seorang menteri kanan Fatah terbunuh dalam insiden sama.

Sekumpulan penduduk Palestin turut membaling batu ke arah tentera rejim Zionis sebagai tanda protes terhadap tindakan ganas mereka yang telah meragut nyawa Ziad Abu Ein, namun tiada kecederaan atau tangkapan dibuat sejurus pertempuran itu berakhir.

Menurut AFP, Pihak berkuasa turut meningkatkan kawalan mereka di sekitar Tebing Barat.

Sementara itu, pegawai kanan Palestin, Hussein al-Sheikh memaklumkan keputusan autopsi menunjukkan kematiannya berpunca daripada terhidu asap tebal.

"Keputusan tersebut menunjukkan mangsa gagal diselamatkan kerana bantuan lambat diberikan kepadanya," jelasnya.

Dalam satu kenyataan lain, Israel mendakwa kononnya punca kematian bekas timbalan menteri Pihak Berkuasa Palestin (PA) itu adalah akibat serangan jantung.

Difahamkan, konfrontasi itu tercetus ketika Ziad menyertai perarakan bersama kira-kira 300 aktivis yang berhasrat menanam pokok buah zaitun sebagai langkah simbolik bagi membantah projek penempatan haram di Tebing Barat.

Menurut saksi, beliau diserang tiga anggota tentera rejim Zionis sebelum secara tiba-tiba rebah ke tanah.

PBB desak siasat kematian Ziad


Reuters - GAMBAR menunjukkan Ziad (kiri) dicekik oleh seorang anggota polis Israel dalam satu bantahan di Ramallah di Tebing Barat kelmarin.


WASHINGTON – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon kelmarin mendesak Israel supaya segera menyiasat kematian seorang pegawai kanan Palestin, Ziad Abu Ein yang terbunuh selepas dipukul tentera Yahudi.
Ki-moon berkata, beliau berasa amat sedih dengan kematian Ziad yang dipukul di dada oleh tentera Israel ketika menyertai satu bantahan di Tebing Barat kelmarin.
Menurut jurucakap PBB, Stephane Dujarric, Ki-moon menggesa pihak berkuasa Israel menjalankan siasatan dengan segera dan adil terhadap pembunuhan kejam tersebut.
Katanya, pihak Palestin dan Israel didesak mengawal situasi di wilayah itu bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.
Ziad yang dilantik sebagai ketua oleh pihak berkuasa Palestin di penempatan haram Yahudi di Tebing Barat meninggal dunia ketika dirawat di sebuah hospital di Ramallah.
Seorang pegawai keselamatan Palestin memberitahu agensi berita AFP, tentera Israel memukul Ziad dengan senapang dan topi keledar ketika beliau menyertai satu bantahan berhampiran sebuah perkampungan di Turmus Ayya.
Kejadian tersebut berlaku ketika kebimbangan semakin meningkat di PBB berhubung keganasan berterusan di wilayah berkenaan dan proses rundingan damai yang masih tertangguh.
Ki-moon beberapa kali merayu para pemimpin Palestin dan Israel untuk kembali ke meja rundingan dan memberi amaran penangguhan proses berkenaan boleh meningkatkan lagi ketegangan. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1212&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3LdWGno9k 
Hakcipta terpelihara 

Menteri Palestin 
maut di tangan Israel

Dihentak dengan bucu senapang ketika sertai bantahan di Tebing Barat

Ziad Abu Ein, menteri tanpa portfolio yang mengetuai Jawatankuasa
Ziad Abu Ein, menteri tanpa portfolio yang mengetuai Jawatankuasa Penempatan dan Anti Penjajahan penduduk Palestin di bawah pimpinan kerajaan Pihak Berkuasa Palestin (PA), kelihatan mengurut dadanya yang sakit sebelum dilapor rebah serta pengsan sebaik-baik dipukul dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sebuah hospital.
TURMUSIYA, Tebing Barat 10 Dis. - Seorang menteri Palestin, meninggal dunia selepas dihentak di bahagian dada oleh tentera Israel menggunakan bucu senapang ketika menyertai satu bantahan di sini hari ini.
Ziad Abu Ein, menteri tanpa portfolio yang mengetuai Jawatankuasa Penempatan dan Antipenjajahan penduduk Palestin di bawah pimpinan kerajaan Pihak Berkuasa Palestin (PA), dilapor rebah serta pengsan selepas dipukul dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sebuah hospital.
Beberapa keping gambar oleh Reuters menunjukkan seorang anggota tentera Israel mencekik Ziad selepas satu perselisihan tercetus.
Rakaman video disiarkan portal berita rt.com pula memaparkan pemimpin itu terduduk memegang dada sambil menahan sakit sebelum rebah.
Seorang pemimpin kanan pergerakan Fatah, Mahmoud Aloul yang berada bersama mangsa dalam demonstrasi itu turut mengesahkan kejadian tersebut.
“Saya bersama Ziad dan penduduk yang lain membawa dahan pokok zaitun semasa satu protes menentang rampasan tanah oleh peneroka haram Yahudi di Turmusiya, di timur laut Ramallah.
“Ketika itu, sekumpulan tentera Israel melepaskan gas pemedih mata dan memukul sebahagian daripada kami menggunakan senapang,” katanya.
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengutuk sekeras-kerasnya kejadian itu yang disifatkan pembunuhan kejam dan tidak boleh diterima.
“Kita akan mengambil langkah yang perlu selepas siasatan kes ini dijalankan,” katanya seperti laporan agensi berita WAFA.
Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki pula berkata, Israel bertangggungjawab di atas pembunuhan Ziad dan perlu membayar ganti rugi.
Ziad sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Tahanan Palestin. – REUTERS/AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/menteri-palestin-8232-maut-di-tangan-israel-1.35017#sthash.Io8np6tH.dpuf

Ireland negara ke-4 Eropah iktiraf Palestin

Gambar bertarikh 4 Disember lalu, memaparkan Presiden Palestin,
Gambar bertarikh 4 Disember lalu, memaparkan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengadakan pertemuan bersama pemimpin parti pembangkang Ireland, Parti Sinn Fein, Gerry Adams di Ramallah. – AGENSI
DUBLIN 11 Dis. – Ahli Parlimen Ireland meluluskan satu usul simbolik bagi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara semalam, sekaligus menjadikan Ireland negara keempat di Eropah berbuat demikian sejak bulan Oktober lalu.
Usul simbolik tidak terikat dengan Perlembagaan itu dipersetujui Ahli Parlimen di Dublin dengan mereka menggesa kerajaan untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berasaskan kepada Perjanjian Sempadan 1976 yang termaktub dalam resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Tindakan tersebut diambil bagi mencari jalan penyelesaian positif berhubung konflik berdarah di antara Israel dan Palestin.
Sebelum ini Parlimen Perancis, Sweden dan Sepanyol meluluskan usul simbolik mengiktiraf Palestin susulan kecewa dengan proses perbincangan yang berjalan dengan sangat perlahan bagi menamatkan konflik di Asia Barat itu.
Menteri Luar Ireland, Charlie Flanagan berkata, kerajaan tidak akan terikat dengan usul tersebut namun secara ‘prinsipnya’ menyokong pengiktirafan sebuah negara berdaulat Palestin.
“Kami sering menyokong usaha mencari jalan penyelesaian di antara kedua-dua belah pihak terbabit dan kami akan terus menyokong dalam apa cara sekali pun.
“Ada yang menyatakan, pengiktirafan membolehkan proses rundingan berjalan semula. Mungkin itu yang difikirkan oleh Sweden dan anggota Parlimen Ireland ketika ini,” jelas Flanagan dalam sidang Parlimen.
Usul berkenaan telah dicadangkan oleh parti pembangkang, Parti Sinn Fein sebelum dipersetujui oleh semua anggota Parlimen Ireland tanpa perlu menjalankan proses undian. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/ireland-negara-ke-4-eropah-iktiraf-palestin-1.35394#sthash.xcidIY6Q.dpuf

UNRWA: 2014 tahun terburuk Palestin


Pihak berkuasa Israel merobobohkan kedai milik penduduk Palestin yang dibina di kem pelarian Shuafat di Baitulmaqdis Timur.
Pihak berkuasa Israel merobobohkan kedai milik penduduk Palestin yang dibina di kem pelarian Shuafat di Baitulmaqdis Timur.
GENEVA - SWITZERLAND. Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) menyifatkan 2014 sebagai tahun terburuk bagi penduduk Palestin.

Menurut Press TV, Timbalan Ketua Pesuruhjayanya, Margot Ellis berkata, penilaian itu dibuat berdasarkan penderitaan berterusan penduduk Palestin akibat sekatan haram dan penindasan rejim Zionis.

Susulan itu, UNRWA bertindak melancarkan tabung rayuan bagi mengumpulkan dana sebanyak AS$414 juta (RM1.4 bilion) untuk disalurkan kepada penduduk Palestin.  

"Bantuan kecemasan diberikan oleh UNRWA dan agensi PBB lain menjadi talian hayat kepada penduduk Palestin yang kini berdepan krisis kemanusiaan terburuk akibat perang selama 50 hari pada Julai lalu.

Sementara itu, Ketua Perunding Palestin, Saeb Erakat mengutuk rancangan jahat Israel untuk mengusir penduduk Palestin yang tinggal di Baitulmaqdis.

"Tindakan itu sememangnya melanggar undang-undang dan ia jelas menunjukkan dasar rejim Zionis untuk melakukan pembersihan etnik, sekali gus merampas kota lama tersebut," jelasnya.

Siasatan tentera Israel tidak telus?


Siasatan tentera Israel tidak telus?
PENUTUPAN siasatan terhadap tujuh dakwaan salah laku dilakukan tentera rejim Zionis ketika Operasi Perlindungan Sempadan yang dilancarkan ke atas Genting Gaza telah mencetuskan persoalan tentang ketelusan prosedur tersebut.

Awal minggu lalu, rejim Zionis mengumumkan mereka kini menjalankan siasatan terhadap lapan kes baharu melibatkan salah laku tentera mereka.

Menurut Al-Jazeera, pada masa yang sama, Israel turut menutup tujuh kes sama berhubung serangan ke atas hospital, infrastruktur Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kakitangan perubatan dan orang awam.

Mejar Jeneral, Danny Efroni yang bertanggungjawab melakukan siasatan itu berkata mereka mendapati tindakan ketenteraan rejim Zionis ketika perang selama 50 hari itu kononnya mempunyai alasan yang kuat dan munasabah.    

Susulan daripada itu, penyelidik kanan di Pemerhati Hak Asasi Manusia, Bill van Esveld bertindak mengkritik prosedur siasatan tersebut.

"Tentera Israel mempunyai rekod akauntabiliti yang lemah. Mekanisme penilaian pencarian fakta mereka mungkin tidak telus kerana hanya mendapatkan bukti dari sebelah pihak dan kebanyakan keterangan juga bercanggah serta mengelirukan," jelasnya.


Sengaja buat helah


Sementara itu, penyelidik di Amnesty International, Saleh Hijazi menyifatkan operasi itu adalah yang paling agresif berbanding Perang Gaza 2008 dan Operasi Tiang Pertahanan pada 2012.

"Tindakan ketenteraan itu dibuat secara melulu dan mereka berterusan melancarkan serangan bertubi-tubi ke kawasan penempatan penduduk Palestin hingga mengorbankan lebih 2,100 nyawa," katanya.

Sebelum ini, banyak pihak menggesa penglibatan penyiasat bebas untuk membongkar kekejaman Israel, sekali gus mengheret mereka ke muka pengadilan.
Bagaimanapun, Tel Aviv telah beberapa kali menolak cadangan itu dan turut menghalang akses Pelapor Khas PBB, Makarim Wibisono dan Suruhanjaya Siasatan Gaza ke wilayah terbabit.

Menurut Hijazi lagi, Israel sengaja membuat pelbagai helah untuk menghalang penyiasat mencari bukti bahawa mereka telah melakukan jenayah perang ketika operasi tersebut.


Tentera rejim Zionis terlepas hukuman

Siasatan terhadap pelanggaran hak di Tebing Barat termasuk pembunuhan orang awam juga sering berlarutan selama bertahun-tahun tanpa penyelesaian.
Jurucakap dan penyiasat kumpulan hak asasi manusia, B'Tselem, Sarit Michaeli mendedahkan kebanyakan kes pembunuhan penduduk Palestin di Tebing Barat diletakkan di bawah siasatan tentera rejim Zionis dan tidak pernah diselesaikan.

Pada 2011, Israel telah mengubah dasar mereka yang dilihat sebagai usaha untuk mengaburi mata masyarakat dunia dan ia tidak langsung memberi kesan kepada akauntabiliti rejim Zionis.

"Mereka membuka kes tetapi ia jarang diselesaikan mengikut prosedur yang betul. Apabila sesuatu keputusan dibuat, pesalah biasanya tidak dikenakan sebarang dakwaan," jelasnya.

Menurut laporan B'Tselem, lebih 30 kes berkaitan kematian penduduk Palestin diletakkan di bawah siasatan tentera antara 2011 dan 2014, namun hanya enam kes telah ditutup manakala individu bertanggungjawab terlepas daripada hukuman.

Kumpulan itu juga mendapati kebanyakan salah laku tentera Israel tidak disedari atau tidak dilaporkan akibat kekurangan akses untuk penduduk Palestin membuat aduan ke balai polis berhampiran kawasan kejiranan mereka.

Sementara itu, pengasas Pusat Hak Asasi Manusia Palestin di Genting Gaza, Raji Sourani berpendapat 'sistem' yang diamalkan oleh Israel telah memberi kekebalan penuh kepada mereka daripada dakwaan melakukan jenayah perang.

"Kami merekodkan banyak bukti jenayah perang dan jenayah kemanusiaan yang dilakukan rejim Zionis ketika Operasi Perlindungan Sempadan, baru-baru ini. Namun, mereka mungkin terlepas daripada sebarang dakwaan kerana dilindungi sekutu kuatnya, Amerika Syarikat.

"Kekejaman Israel akan terus bermaharajalela manakala penduduk Palestin kekal ditindas tanpa sebarang pembelaan sewajarnya," katanya lagi. - Al-Jazeera