Friday 12 December 2014

Malaysia ucap takziah kepada Palestin


KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia menyampaikan ucapan simpati dan takziah kepada kerajaan dan rakyat Palestin di atas kematian Menteri Kabinetnya, Ziad Abu Ein kelmarin.
PRESIDEN Palestin, Mahmoud Abbas memegang gambar Menteri Kabinetnya, Ziad Abu Ein yang meninggal dunia selepas pertempuran dengan pasukan keselamatan Israel semasa satu bantahan secara aman di Baitulmaqdis kelmarin. - Foto AFP
"Harapan dan doa kami adalah bersama-sama keluarga dan rakan-rakan Ziad serta Rakyat Palestin," kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, Malaysia juga mengutuk kekerasan yang dilakukan pasukan keselamatan Israel hingga membawa kepada kematian Ziad. "Kami menggesa Israel untuk menghentikan keganasan yang semakin berleluasa terhadap rakyat Palestin," katanya.
Anifah berkata, Malaysia juga meminta masyarakat antarabangsa supaya menjalankan penyiasatan segera dan telus berhubung kejadian itu dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Ziad dilaporkan meninggal dunia selepas pertempuran dengan pasukan keselamatan Israel semasa satu bantahan secara aman di Baitulmaqdis kelmarin.
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment