Saturday 13 December 2014

Mesir musnahkan terowong Hamas


13 Disember 2014 2:30 AM


Seorang tentera duduk berehat di dalam terowong yang menghubungkan Gaza dan Mesir.

KAHERAH 12 Dis - Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkata, Palestin menyokong tindakan Mesir memusnahkan terowong yang menghubungkan Genting Gaza yang dikawal pergerakan Hamas ke Sinai, dan tindakan-tindakan lain bagi melindungi negara itu daripada ancaman kumpulan militan.
“Kami menyokong semua langkah yang diambil pihak berkuasa Mesir untuk menutup terowong dan menghentikan aktiviti penyeludupan senjata serta kemasukan manusia antara Gaza ke Sinai,” kata Abbas dalam satu temu bual bersama majalah Mesir, Al-Ahram Al-Arabi yang akan diterbitkan esok.
“Kami akan menyokong sebarang langkah (pihak berkuasa Mesir) untuk melindungi Mesir daripada bahaya,” katanya.
Sejak 2013, bekas Presiden Mesir Mohamed Mursi yang digulingkan tentera telah bersubahat dengan pergerakan Hamas.
Pasukan tentera Mesir bertindak memusnahkan terowong yang menghubungkan Gaza yang didakwa digunakan oleh pejuang Palestin untuk menyeludup senjata, makanan dan wang.
Tentera berkata, pihaknya telah memusnahkan lebih 1,600 terowong sejak Mursi disingkirkan.
Mesir juga telah menubuhkan zon penampan sepanjang sempadan Mesir dengan Genting Gaza, yang menyaksikan beratus-ratus rumah bakal dirobohkan, untuk mengelakkan penyusupan militan dan penyeludupan senjata.
Kaherah mengesyaki pergerakan Hamas bertanggungjawab membantu beberapa siri serangan maut ke atas pasukan keselamatan Mesir di Semenanjung Sinai, baru-baru ini. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mesir-musnahkan-terowong-hamas-1.35867#sthash.JzYd41Og.dpuf

No comments:

Post a Comment